LONDON: Seorang lelaki disiasat selepas dikesan memanjat bahagian luar Shard, yang diperbuat daripada kaca, iaitu sebuah bangunan pencakar langit di sini, hari ini, ketika matahari terbit.
Shard yang terletak berhampiran London Bridge adalah bangunan tertinggi di Eropah Barat.
Bangunan yang mempunyai ketinggian 310 meter itu, menempatkan pejabat, restoran, pusat beli belah dan sebuah hotel.
Menurut polis, pihaknya tiba di lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki memanjat menara itu.
“Polis menyoal siasat lelaki terbabit di lokasi, tetapi beliau tidak ditahan,” katanya. - Reuters
|