CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Pelbagai] Lets TALK coffee...

[Copy link]
Post time 31-8-2019 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi2 baca pasal coffee ni rasa tak boleh tahan tekak terus rasa nak minum. Bau kopi bila dibancuh dengan air panas berasap jadi segar mata. Kopi che nah peket hijau atau kuning, kopi aik cheong dan nescafe semua sedap. Rumah kampung dulu bancuh kopi dalam kole enamel boleh berbunyi satu dapur.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 31-8-2019 07:28 AM
Pagi2 baca pasal coffee ni rasa tak boleh tahan tekak terus rasa nak minum. Bau kopi bila dibancuh d ...

Terima kasih mod seribulan yang baik hati bagi saya banyak kredit



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 02:55 PM | Show all posts
bukak lah byk mana coffee outlets pun, iols tetap suka starbucks... dulu tetiap pagi mmg akan beli..  smpai dh bleh buat geng ngan barista.. haha...nk jimat, bawak tumbler sendiri sbb off 2hengget.... selalunya iols order americano with hazelnut syrup.. klau pagi tue cam lapar, iols akn order Soy caramel latte, extra shot, less sweet..

time paling giler beli starbucks ialah bila akhir tahun.... sibuk kumpul points nk dptkan planner.. HAHAHAHA.. planner dia punya lah cepat out-of-stock, so selalunya iols akn belanja team iols minum.. sehari je dh bleh redeem planner.. huehueheu

mooncake starbucks pn penah beli gak, mooncake nya bg kat team iols... iols cuma nk beg yg letak mooncake tue je...

pastu ada gak redeem lanyard lah, tote bag, key-chain.. ntah apa lagi lah... giler sungguh masa tue.. blum lagi giler kumpul tumbler dia... haihhhh...

but that was the good old days lahh... ada satu masa tue.. starbucks naik harga sampai 2 kali dlm tempoh beberapa bulan, terus iols ban starbucks.. mcm x worth pulak.. patah hati iols time tue.. skrg tetiap pagi, iols bancuh davidoff coffee je.. ada lah gak beli starbucks lg, saje nk lepas gian

btw, selain coffee, donut, chicken cranberry sandwich & jumbo croissant (yg plain) kt starbucks mmg sedap

gitu lah my love & hate relationship w starbucks...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Favourite!!! Tp kopi yg freshly brew je. Haha..uncang terus migraine..

Cannot leave without it every morning.

At least cup a day

Favourite mcd latte, sb CM & latte

Now dah beli coffee machine sebab nak cut cost hari2 check in mcd, every week check in SB. Hahaha

Let's see how it goes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 i memang x minum kopi sebab i percaya dia akan buat migraine i menyerang. Masa pregnant anak ke2, dapat voucher starbucks n jadi teringin nak minum kopi. Lepas tu terus jadi suka. Bila ada sekali kena migraine, doktor bagi pain killer & caffeine pill. So lepas tu i fikir, might as well minum kopi je kan.
So, sekarang i pon dah jadi avid coffee drinker. Selalu i amek cappucino without sugar. My staff pun selalu cakap selagi i x dapat coffee maknanya i belum "sampai"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi x dpt coffee kemurungan dibuatnya. Kalau kat rumah, iols bancuh kopi 434 je tanpa gula. Kalau pi ofis, wajib singgah espressolab beli latte. Iols rasa antara yg tersedap... Kalau nak jimat sket, beli latte kat mcd. Baru baru ni my friend ada recommend beanie coffee bole beli kat jaya grocer. Ada mcm2 flavor. Sedap juga kat tekak i

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2019 06:09 PM | Show all posts
B suka coffee kalau x minum memang mata x boleh buka
selalu minum starbucks sebab kopi dia sedap
x pun costa or mcd..tp paling sedap so far starbucks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 06:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2019 06:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 06:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 06:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 06:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 06:17 PM | Show all posts

Anda Penggemar Kopi? Ketahui 10 Khasiat Kopi Ini
By infopelajar2u


Kebaikan Dan Khasiat Kopi
Penggemar kopi, maka anda pasti akan suka dengan senarai di bawah.

1. Kopi Boleh Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuatkan Anda Lebih Bijak
Kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga mereka.

Hal ini kerana ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein, yang sekarang sudah dikira sebagai bahan yang paling banyak diambil oleh penduduk dunia.

Selepas anda meminum kopi, kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ, ia akan dihantar ke otak.

Di otak, kafein akan menghalang adenosina (inhibitory neurotransmitter). Apabila perkara ini berlaku, kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepinephrine dan dopamine akan meningkat – membawa kepada peningkatan neuron.

Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.

2. Kopi Boleh Membantu Membakar Lemak
Adakah anda tahu bahawa kafein yang terdapat di dalam kopi sudah diaplikasikan di dalam kebanyak produk supplement ubat kurus (fat burner)?

Terdapat rahsia di sebalik itu. Kafein merupakan salah satu bahan yang mempunyai bukti kukuh dalam membantu pembakaran lemak badan.

Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meingkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%

Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.

Walaupun begitu, kesan ini akan berkurangan bagi orang yang sudah terlalu kerap meminum kopi.

3. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal
Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.

Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.

Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.

Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.

4. Kopi Memiliki Nutrisi Yang Baik
Kopi bukan sahaja sebarang air yang berwarna hitam. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda.

Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:

Riboflavin (Vitamin B2)
Pantothenic Acid (Vitamin B5)
Manganese dan Potassium
Magnesium dan Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.

5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2
Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat merunsingkan, terutama di Malaysia. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis.

Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!

Baca : Menguatkan Daya Ingatan Dengan Hanya Tidur Siang Selama 45 Minit ?

6. Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia
Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dan penyebab kepada dementia.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit Alzheimer ini.

Ini merangkumi pengamalan gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi juga boleh membantu.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.

7. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson
Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf juga, ia kedua paling banyak selepas Alzheimer.

Ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak.

Sama juga seperti Alzheimer, tiada penawar. Oleh itu adalah terbaik jika kita cari jalan mencegahnya.

Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%

Dalam kajian ini, mereka menyimpulkan bahawa bahan kafein yang bermain peranan kepada penurunan risiko, bukannya kopi itu sendiri. Hal ini kerana orang yang minum kopi deface tidak mengalami penurunan risiko.

8. Kopi Boleh Melindungi Hati (Bukan Cinta ya)
Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan.

Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain.

Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.

9. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira
Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda.

Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya.

Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.

Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi.

10. Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser
Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan.

Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:

Kanser hati
Kanser kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%

Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%.

AMARAN !!
Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jangan terlebih dos.
Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain pula, kopi boleh menghilangkan rasa pening.
Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.
Kesimpulan
Secara ringkas, khasiat kopi ini banyak namun bukan untuk semua. Ada segelintir orang yang tidak menyukai kopi. Tidak mengapa, mereka mungkin lebih berminat kepada teh hijau.

Kopi sekarang pula sudah banyak pilihan. Anda boleh dapatkannya di pasar raya berdekatan. Elakkan 3-in-1, dan pilihlah serbuk kopi atau yang perlu dibrew sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 06:20 PM | Show all posts
KOPI adalah minuman harian masyarakat Malaysia dan secara umumnya mengambil kopi O tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit iaitu sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat namun jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose tanpa kalori adalah lebih baik.
Kopi yang dicampur dengan krimer tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca kepada masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) yang akhirnya boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.



Sementara itu, bahan kafein dalam kopi berfungsi untuk menghalang kesan pencetus saraf adenosine (neurotransmitter) yang boleh menyebabkan keletihan serta mengantuk. Biasanya paras adenosine akan meningkat menjelang waktu petang dan akan membuatkan seseorang itu berasa letih dan mengantuk terutama menjelang malam.
Kafein juga membantu merangsang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Kafein juga meningkatkan paras pencetus saraf seperti dopamin dan norepinefrin. Kafein begitu cepat meresap ke dalam darah dan berdasarkan kajian secawan kopi akan memberikan kesan seawal 20 minit selepas diminum sehingga sejam untuk kesan maksimum kepada otak kita.
Kajian terkini menunjukkan minum kopi yang mengandungi kafein mempunyai faedah kesihatan jika diambil dalam dos yang sederhana. Syaratnya kopi yang diambil itu tidak mengandungi gula yang berlebihan dan juga tidak diambil bersama krimer.


Dalam pada itu, laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 berhubung 21 kajian kohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008 telah membuat kesimpulan bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kajian lain juga menunjukkan kopi mampu memberikan kesan positif terhadap kawalan tekanan dengan bertindak menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar tekanan. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11 peratus dan membantu membakar lemak sehingga 13 peratus.
Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84 peratus. Kajian turut menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit kronik sehingga 30 peratus terutama dalam kalangan wanita dan pesakit diabetes.
Kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64 peratus, kanser kolorektal sehingga 38 peratus dan kanser kulit sehingga 20 peratus. Kajian yang menarik juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40 peratus kepada lelaki dan 57 peratus kepada wanita.
Dalam perkembangan berkaitan pengambilan kopi dengan kadar yang disyorkan adalah antara dua hingga empat cawan (tanpa gula yang tinggi dan tanpa dicampurkan krimer). Bagaimanapun pengambilan kopi melebihi empat cawan sehari atau lebih daripada 400mg kafein sehari akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan, kerisauan, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur.
DR. NORMAN MOHD NORAWI
Perdim, Melaka



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 04:35 PM | Show all posts
ada org xleh minum coffee sbb nnt sakit perut coz coffee is acidic... ada gak yg xleh minum coffee sbb nnt kene heart palpitations.. meaning heart beat akan terasa laju giler smpai rasa x selesa...

dulu2, my project manager ada heart palpitations klau minum coffee.. tp dia minum gak occasionally sbb temankn iols minum... bila order, dia akn kurangkn shot utk coffee... iols klau gaduh2 manja dgn dia, mesti akn ugut nk inject espresso kat dia, bg dia mati cepat... kakakakaka

wlpn iols minum coffee hari2, iols xpenah try espresso.. iols rasa iols pn xleh tahan with my adrenaline rush coz bila amik affigato, a few sips ngan ice-cream, rasa xleh go dah...  so, iols mmg tabik those yg order espresso, pastue minum 2 3 kali teguk camtue je..

ni iols copy paste pasal heart palpitations dr web https://www.everydayhealth.com/c ... heart-and-exercise/

Caffeine and Your Heart

The question behind the comment I often encounter in clinic is “does caffeine effect my heart?” The simple answer is that it does. Caffeine in high doses raises your blood level of epinephrine. Epinephrine is also known as adrenalin. In pure forms, epinephrine can increase blood pressure, increase the contractility or force of the heart, and mildly increase the heart rate. In patients that are susceptable to abnormal heart rhythms, high doses can cause the heart to develop skipped beats from the upper or lower heart chambers or palpitations from a rapid heart rhythm (1).

In most patients that I meet, when high doses of caffeine are consumed, there can be an uncomfortable feeling of the heart beating. This is usually due to a mildly elevated heart rate and increased force of each heartbeat. These are normal responses of the heart when exposed to epinephrine, but they can lead to uncomfortable symptoms. With normal heart responses the symptoms typically improve when the body levels of caffeine diminish. Unfortunately, if the caffeine causes the heart to beat abnormally, the abnormal heart rhythm can persist even after the body levels of caffeine are very low or even absent.

For most people that enjoy caffeinated products our bodies develop tolerance to caffeine over time and the effects on the heart are lessened. Unfortunately for most patients that have consumed caffeine for many years without significant changes, the development of new abnormal heart rhythms is usually independent of the caffeine. However, it is always a good idea to consider a trial of stopping caffeinated products if you experience an abnormal heart rhythm or any new heart symptoms.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Daku x boleh hidup tanp coffee. Campur creamer bertambah heaven hidupku.dulu pernah ketagih minum nescafe 3 in 1.lps tu dah insaf sbb gula tinggi.so sekarang masih minum cuma tak sekerap dulu. Kalau minum teh masih blh kurangkan gula tp coffee bila kurang gula,serasa minum air buah yg diperam lama..heheheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 02:29 AM | Show all posts
peng'kopi' tegar di sini...pagi pagi sebelom start keje, mesti ada intake of caffeine and nicotine, office mate tao dah, kalau nak kacau, make sure dia dah disumbat kopi then baru kacau.

anyway, my favorite coffee, turkish to be exact. orang minom pakai cawan kecik...mine is a MUG. hahaha.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 08:23 AM | Show all posts
i'm not a kopi lover but kt opis tetiap pagi ada je yg bancuh kopi satu jug besaq,
kopi cap gantang, bancuh pekat2 pahit maniss..piawww betull
semerbak satu opis....

my MIL tetiap hari bancuh kopi dlm cerek tembaga kecik,
just nice utk dia sorg minum,
bancuh dlm cerek letak ats api..panaskan
kopi kampung buatan sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 12:34 PM | Show all posts
i suka black coffee, tanpa gula/susu nanti rasa coffee tu hilang
kat office ni takde coffee, so tiap pagi bancuh nescafe kosong pekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 01:59 PM | Show all posts
Hari ni minum dah secawan Kopi kolagen kappucino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.231189 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list