CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Remaja dari London hilng di seremban.

   Close [Copy link]
Post time 6-8-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-8-2019 07:35 AM
dekat cariforum panglima jalal dan askar wakanda masih belum jumpa acap.

Kakaaaaa CPS. Haipppp!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 03:50 PM | Show all posts
JunkMail replied at 6-8-2019 03:33 PM
Takdelah...Aku dah check maps. Takde sungai pun berdekatan walaupun mukim Pantai. Mcm Pantai Dalam ...

dalam map mmng takde..tapi dekat2 situ ada jeram/lata..15min walk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by joy_ah at 6-8-2019 04:05 PM
batmana replied at 5-8-2019 02:15 PM
klu kne sorok tu, cm mustahil

SOP alam nusantara, tk berani sorok omputih, sebab dorg tk pndai sp ...


Eh tapi dalam tamar jalis,jin tu kaco omputeh nama mr.brown

Banyak juga omputeh kena kacau terutama zaman british
Puaka nusantara dah update SOP kot kacau je omputeh tapi jgn cakap dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 6-8-2019 11:03 AM
Meols siap gugel watak2 dlm citer lord of the ring yach sbb sheols ckp rupa jin jahat yg berperang ...

Rasanya hotel gini pet not allowed. I penah usha hotel hutan mcm ni. Katanya tak boleh bawak pet. Toy boy boleh kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:12 PM | Show all posts
aku nak duk sini
kalau keja jadi tukang cuci sni agak2 ok tak
penatla hadap jem hari2

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 6-8-2019 03:13 PM
Adik zahir hilang kt mana such.. Berapa tahun umur dia?

Hilang kat bandar seri putera kajang umah dia dekat ngn bangi wonderland tu.
Yg mak dia org susah cleaner tu.
Budak tu umur 8 tahun rasanyaa..
Senyap gitu je tah apa jadi pun xtau laaah tak dapat bygkan kalau jd kt tempat pemeli dia nk mkn pun tak lalu kenangkan anak kecik yg xtau di mana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 5-8-2019 09:37 PM
bukan the dusun ni ke viral yg owner dia gatai tu. ke shorea.  yg sampai grup yg becuti tu blah teru ...

Yang ini baca di  mana ya. Kita cuba cari tapi tak jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
#Norahilang - Sidang media oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai sejak pagi Ahad lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nora Anne berpakaian dalam ketika hilang

Raja Noraina Raja Rahim

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan Nora Anne yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai. FOTO Adzlan Sidek

REMAJA perempuan warga Ireland yang hilang sejak 4 Ogos lalu di resort di Pantai, Seremban, dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.

Menurut penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 47, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mangsa bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Katanya, dia turut terbabit dalam operasi itu sejak hari pertama kehilangan remaja itu.

“Ahli keluarga memberitahu ketika remaja itu hilang semua pakaian berada di dalam bilik dan dia hanya memakai pakaian dalam.

“Bagaimanapun, kehilangan remaja itu tidak dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di resort berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tan berkata, dia menolak kemungkinan remaja itu diserang binatang buas kerana sepanjang 13 tahun menghuni di kampung berkenaan tidak pernah melihat kehadiran binatang buas di kawasan itu.

Katanya, dia mengambil inisiatif mencari mangsa sejak mengetahui berita kehilangan dilaporkan memandangkan dia mahir dengan selok-belok kawasan hutan itu.

“Saya ikut anggota SAR cari di seluruh kawasan hutan tapi masih tidak ditemui. Saya juga cari di kawasan kampung berdekatan juga tidak menemui sebarang petunjuk.

“Saya percaya mangsa masih berada di kawasan berdekatan,” katanya.

Operasi SAR remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoririn, 15, diteruskan jam 8 pagi tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-8-2019 09:23 AM
Betul tu tak perlu persoalkan muka dia tak mcm budak2 ke apa. Dia bukan asian mmg la nampak cepat  ...

Sangat stujuh sis. Ada sorang Mod tu komen cam kimk padehal ngaku merata porom ada anak fomfuan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 6-8-2019 04:09 PM
Rasanya hotel gini pet not allowed. I penah usha hotel hutan mcm ni. Katanya tak boleh bawak pet.  ...

Klu gitu meols bwk toy boy je la. Siang mlm meols buat2 takut nk berteman jah kohkoh. Ade satu kt bentong klo xsilap tenpat tu nama Tanah Aina. Pn kwsn resort dlm utan dlu meols pnh plan nk g situ tp xjd. Lg satu ade satu movie afdlin shauki + shani n few pelawak lupa cite apa tp kejar2 ngn polis n dduk dlm resort dlm utan yarabbi cantik tempat tu mcm banglo kaca je dinding dia n ade sungai tepi2. Memang tenang. Tp bila dipikirkn balik bahaya jgk sbb mmg dlm utan. Jd pape mmg nangis tak berlagu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 6-8-2019 07:03 PM



Misteri nota terjawab. Pn Haanim adalah wakil pihak pengurusan The Dusun.
Berdasarkan artikel terbaru di atas (post #229 oleh @Remyda), kandungan nota tersebut memiliki maklumat yang sama.

@arasham

Bagi yang tidak nampak perkongsian FB yang kita letak dalam post ini, boleh lawati FB The Dusun melalui pautan di bawah:
https://m.facebook.com/story.php ... p;__tn__=%2As%2As-R

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 07:37 PM | Show all posts
Tak dapat bayangkan hilang anak masa travel...
Semoga Nora selamat dijumpai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kata SOP makhluk tak berfaedah ni tak kacau omputeh.. Kilang kat kulim hat mat saleh punya.. Mat saleh kena usik sampai lari tak cukup tanah

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengah2 malam gelap gelita dalam hutan.. kesian Nora semoga baik2 saja.. cepat balik ye .. sejuk lapar dahaga ..Tak terbayang seksa .. keluarga pun tak senang duduk dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 6-8-2019 12:23 PM
Lemas hanyut ke mana pulok...ada sungai ke kat dusun tu?

ADa sungai tapi takkan la mlm2 buta
nak terjun jln melalui sungai
keluar dari dusun
kalau ke kiri
hujung jln akn berakhir dgn
Loji rawatan air
belakang loji rawatan air tu
trail utk ke gunung berembun
depan loji rawatan air tu pun sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2019 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dah kena bunuh dek parents sendiri & mayat disorok dlm resort tu sudahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2019 03:18 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-8-2019 11:19 AM

Operasi cari Nora Anne tumpu kawasan sungaiBernama -

August 6, 2019 9:33 PM





Nora Anne Quoirin. (Gambar Facebook)

NILAI: Pencarian Nora Anne Quoirin, 15, yang masuk hari ke-3 hari ini diteruskan secara bersepadu dengan tumpuan di kawasan lereng bukit dan sungai.


Polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta penduduk setempat menggembeleng usaha mencari remaja Ireland itu yang hilang ketika bercuti bersama keluarganya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusof berkata semua unit polis digerakkan termasuk Unit Anjing Pengesan dan Unit Senoi Praaq bermula 7.30 pagi membabitkan kekuatan 178 anggota.


Tumpuan pencarian masih di sekitar kawasan sekeliling resort berkenaan seluas 4 hektar dan dipecahkan kepada 4 sektor. Pencarian turut dibuat melalui tinjauan dari udara.


“Kami rasa tempat di atas (bukit) kami dah cuba cari banyak kali dan kalau secara logiknya, dia (mangsa) tidak akan naik lagi dan cuba turun ke kaki bukit mencari air.


“Jadi mulai petang ini dan sehingga malam, kami akan beri fokus kepada kawasan sungai di bawah. Setakat ini tiada maklumat yang tepat yang kami dapat dan setakat pukul 5 ini, keputusan negatif,” katanya kepada pemberita hari ini.


Mohamad berkata anjing pengesan yang digunakan dalam operasi itu juga hanya dapat menjejaki bau mangsa pada hari pertama operasi dan sejauh 100 meter dari chalet yang diduduki remaja itu.


“Pada hari berikutnya, bau semakin lama semakin hilang. Kami percaya Nora Anne masih berada di kawasan sekitar,” katanya.

Mohamad berkata pihaknya masih mengklasfikasi kes kehilangan Nora Anne itu sebagai orang hilang.


Sementara itu, Ketua Polis Nilai, Mohd Nor Marzukee Besar berkata polis melakukan 4 kali tinjauan udara sepanjang operasi pencarian dilakukan bermula 9am.


“Selain pencarian di darat, kami juga menggunakan helikopter bagi pemantauan daripada udara,” katanya.

Pada 4 Ogos lepas, media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort oleh keluarganya pada 8am.


Keluarga mangsa juga memaklumkan remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor pula dalam kenyataan hari ini menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebar atau berkongsi sebarang berita tidak benar mengenai kehilangan remaja itu, demi menjaga sensitiviti keluarga dan bagi mengelak spekulasi yang boleh menjejaskan usaha pencarian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesan jejak Nora Anne hanya 100 meter

Raja Noraina Raja Rahim

MOHAMAD pada sidang media di Balai Polis Pantai.
USAHA pasukan mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland berdepan kesukaran kerana jejaknya hanya dapat dikesan 100 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, unit anjing pengesan (K9) yang terbabit dalam operasi berkenaan cuba menjejaki lokasi Nora Anne Quoirin, 15, mungkin berada pada hari pertama dia hilang.

“Anjing hanya dapat kesan jejak mangsa kira-kira 100 meter dari bilik dia dan keluarganya menginap di resort berkenaan. Kita yakin mangsa masih berada di kawasan sekitar dan mungkin sesat di hutan.

“Sebab itu, lokasi pencarian masih tertumpu di kawasan sekitar resort membabitkan radius seluas 4.85 hektar sama seperti semalam,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai di Seremban, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, operasi pencarian berdepan kesukaran kerana sehingga kini tiada maklumat tepat yang boleh mengesan lokasi mangsa.

Menurutnya, operasi SAR pada hari ini dimulakan 7.30 pagi membabitkan kekuatan 178 pegawai dan anggota polis termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Jabatan Perhutanan yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Katanya, operasi itu juga mendapat bantuan daripada penduduk kampung dan Orang Asli yang secara sukarela menawarkan diri untuk membantu mencari mangsa.

“Sekiranya mangsa tidak ditemui di lokasi sama, kita mungkin akan teruskan operasi pencarian di kawasan lereng bukit dan sungai bermula malam ini sehingga esok. Jika dia sesat, kemungkinan dia akan turun cari sumber air,” katanya.

Mohamad turut mengesahkan mangsa kali terakhir dilihat hanya memakai pakaian dalam ketika tidur sebelum dia dilaporkan hilang.

Ditanya mengenai khabar angin mangsa dijumpai penduduk sedang mandi di tangki air di kawasan itu, beliau berkata, pihaknya menyiasat setiap maklumat diterima.

“Setiap maklumat yang diterima kita akan siasat. Ini termasuk juga yang mengatakan kes ini mempunyai kaitan dengan unsur mistik, kita terima dan siasat,” katanya.

Malah, ditanya mengenai dakwaan mangsa diculik, beliau menegaskan sehingga kini siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes masih diklasifikasi orang hilang.

Beliau berkata, ibu bapa dan dua adik mangsa masih berada di resort itu serta mereka memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 09:33 AM | Show all posts
Mohamad berkata anjing pengesan yang digunakan dalam operasi itu juga hanya dapat menjejaki bau mangsa pada hari pertama operasi dan sejauh 100 meter dari chalet yang diduduki remaja itu.

maknanya mmng dak nora tu keluar..maka tuduhan femili sorok dalam lemari tu terbatal.
teruskan mencari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 1.130654 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list