CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Remaja dari London hilng di seremban.

   Close [Copy link]
Post time 6-8-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-8-2019 02:20 PM
Ada update pasal kes larian dalam hutan tu hilang tu kak? Panglima jalal cakap apa?

Cerita aka ...

Kesian sistur vokuru asyik tersedak kena petik dgn kaka... Tapi yap.. Ada betul apa yg kaka cilipadi tulis tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 5-8-2019 02:25 PM
Mmg Cite halusinasi jah pong. Boleh bc dr awal smpai abih kat bod misteri sinung . Tu pon lps dh k ...

Penah juga tanya she. She tak jawab soklan i.
Ai ni kaki baca buku mistik cite hantu segala siap bukak tered promot buku hantu jembalang pun boleh jadi skeptikal dgn dia

Bayangkan

Untuk tak OT, dia masuk hutan malam2 tak nyamuk kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul dah nampak ramai2 lah tahan and panggil polis.

Ramai nak jadi attention seeker. Hhmm.

Please lah kes acap tu pun ramai nak jadi attention seeker. Hujung2 tak jumpa. Dan aku pun dah terpecaya ngan mulut hampeh yg update di fb tu. Sorry acap. Walau lama i harap u kembali pulang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 07:35 AM | Show all posts
munchkin replied at 6-8-2019 01:04 AM
Kalau betul dah nampak ramai2 lah tahan and panggil polis.

Ramai nak jadi attention seeker. Hhmm ...

dekat cariforum panglima jalal dan askar wakanda masih belum jumpa acap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-8-2019 07:35 AM
dekat cariforum panglima jalal dan askar wakanda masih belum jumpa acap.

Acik tu mesti rengsa kalau ada org hilang kat tanahair kan...sebab mesti kisah hasanah beliaw diungkit....tapi dari sudut hati paling legam iols ucapkan terima kasih kat beliaw sebab menghiburkan kita semua dgn cite hasanah itu....level lord of the ring sangat siap perperangan bagai dan beliaw cedera dipanah yachhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 07:43 AM | Show all posts
JunkMail replied at 6-8-2019 07:39 AM
Acik tu mesti rengsa kalau ada org hilang kat tanahair kan...sebab mesti kisah hasanah beliaw diun ...

mungkin benar mungkin tidak cerita dia. wallahuallam.

cuma cerita dia kategori naruto jua. mcm kes kaka sebelum2 ni yang rajin cerita  pasal malaikat dan alam bunian ni patient syabu metapathamine. mereka overdose dan rasa insaf nak jadi baik. bila chemical drug dah tendang bahagian vessel oblongata kt otak maka lahirlah superior superior action movie. setakat ni kaka belum jumpa patient yang cerita nampak avengers lagi.

kdg2 yang lelaki siap pakai telekung sebab takut nampak malaikat tulah kesan dadah. mcm kes vokuro lain pula, isap gam gajah last2 tahi hidung tersumbat sampai sekarang. terpaksa bernafas guna  diving scuba tank gas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2019 08:20 AM | Show all posts




Semoga d jumpai dengan kadar segera

Tolong lah ... dalam kes macam ni .. tak perlu nak teliti tiap inci muka adik ni dengan niat mengutuk. Baca tiap komen .. tak sangka pula ada yang berhati hitam camtu.

Dan tak perlu untuk tagged sesapa dengan niat nak memperlekehkan orang tu. Kes Thread lain .. kes Board lain tak perlu juga nak bawak masuk ke Thread ni.

Semoga adik ni cepat d jumpai.




Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:26 AM | Show all posts
BAPA saudara remaja perempuan warga Ireland yang dilaporkan hilang dari resort di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad melahirkan rasa bimbang dan risau dengan keadaan Nora Anne Quoirin yang masih belum ditemui.

Menurut Michael Agnew, anak saudaranya yang berusia 15 tahun itu tidak membesar seperti remaja lain kerana memerlukan perhatian yang lebih khusus dan rapi.

Memetik laporan Daily Mail, Agnew menerusi lama Facebook miliknya meminta mana-mana rakan yang mempunyai hubungan di Malaysia untuk bersama-sama membantu mencari Nora Anne.

“Rakan-rakan yang mempunyai hubungan di Malaysia agar terus berhubung dengan saya jika anda fikir dapat memberi bantuan.

“Anak saudara saya hilang di Seremban yang jaraknya sekitar satu jam atau lebih dari Kuala Lumpur.

“Dia berusia 15 tahun dan perlu bantuan yang khusus. Hilang malam tadi apabila semua keluarganya telah masuk tidur,” katanya menerusi Facebook.

Status Agnew di Facebook mendapat perkongsian hampir 1,500 orang dengan komen sekitar 150 yang rata-ratanya menyuarakan rasa sedih atas kehilangan Nora Anne.

Terdahulu pada Ahad, pihak polis daerah Nilai giat menggerakkan usaha mengesan Nora Anne.

Misi pencarian ke atas mangsa melibatkan anggota bomba dan polis dari unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemilik hotel yang didiami Nora pada jam 1.30 petang.

Setakat jam 11.30 malam tadi, mangsa belum dijumpai dan gerakan mencari mangsa diteruskan.

Dalam pada itu, Catherine Cook yang merupakan rakan kepada keluarga mangsa berkata Nora Anne lazimnya tidak akan keluar ke mana-mana seorang diri.

“Saya juga seorang ibu dan berita ini amat menyedihkan. Saya tidak boleh bayangkan apa yang mereka sedang lalui sekarang.

“Dalam pengetahuan saya, kerajaan Perancis dan Ireland sedang membantu mereka.

“Alangkah baiknya jika agensi dan kerajaan di seluruh dunia tampil memberi sokongan,” jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 08:30 AM | Show all posts
'Siapa kata Nora Anne diculik?' - Ketua Polis Negeri Sembilan


NILAI: Siasatan awal polis terhadap kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai sejak pagi Ahad, tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menegaskan orang ramai termasuk media tempatan mahupun luar negara diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Jelasnya, setakat ini kehilangan mangsa masih dikategorikan sebagai kes Orang Hilang (OH) dan siasatan pihak polis di lokasi terakhir mangsa berada iaitu di bilik penginapan resort berkenaan mendapati tiada sebarang kesan mencurigakan.

Tegasnya lagi, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan remaja itu dilarikan seperti yang dilaporkan media antarabangsa dengan memetik sumber dari polis Malaysia.

Setakat jam 7 petang, kami telah mengarahkan 171 orang pegawai dan anggota untuk menjalankan siasatan dan juga pencarian di kawasan yang kami jangkakan mangsa ini berada.

“Setakat ini, kami masih mengklasifikasikan kes sebagai Orang Hilang.

“Tiada elemen atau unsur jenayah setakat ini dan kami masih menyiasat kes ini sebagai Orang Hilang. Kami memberikan tumpuan pada pencarian Orang Hilang,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan Balai Polis Pantai, Nilai malam Isnin.

Mengulas lanjut, pihaknya menolak dakwaan media asing yang mendakwa mangsa diculik atau dilarikan pihak tertentu.

Malah katanya, berdasarkan keterangan adik mangsa, remaja perempuan tersebut dipercayai keluar sendiri melalui tingkap berdasarkan elemen tingkap yang terbuka pada pagi hari kejadian.

Sehingga jam 7 petang tadi, pihaknya telah meluaskan kawasan pencarian kepada 8.09 hektar dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih menemui jalan buntu ekoran tiada sebarang petunjuk berkaitan kedudukan remaja berkenaan.

Bagaimanapun ujarnya, pihak polis percaya remaja itu masih berada di kawasan berhampiran dan keanggotaan yang ditambah kepada 171 dengan bantuan sebuah helikopter dari Pasukan Gerakan Unit Udara (PGUU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipecahkan kepada empat zon.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan mangsa untuk terus tampil ke balai polis berhampiran dan bukan menokok tambah maklumat sehingga menjejaskan proses penyiasatan.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:36 AM | Show all posts
SEREMBAN - Kerajaan negeri menghormati permintaan keluarga remaja warga Ireland yang hilang sejak pagi Ahad untuk tidak bertemu dengan sesiapa ketika ini.

Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihaknya memahami keadaan keluarga yang mengalami tekanan emosi ketika ini.

"Saya sudah cuba menyantuni keluarga remaja perempuan Irish yang hilang tetapi mereka tidak mahu jumpa sesiapa sekarang.

"Kami hormati keputusan itu dan sewajarnya juga diberi ruang untuk mereka bertenang sementara polis dan semua pihak giat mencari remaja tersebut sehingga ditemui dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, polis hari ini melipatgandakan usaha dengan menambah anggota dalam operasi mencari dan menyelamat remaja itu, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari rumah penginapan ketika bercuti dengan ahli keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill di sini, pagi semalam.

Remaja itu disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya oleh keluarganya.

https://www.sinarharian.com.my/article/41602/BERITA/Tragedi/Exco-gesa-hormati-permintaan-keluarga-Nora-Anne-Quoirin
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:39 AM | Show all posts
tipis la harapan nak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tertanya-tanya juga. Jika terlalu ramai yang menyertai SAR, ada kemungkinankah jejak mangsa menjadi semakin sukar dikesan kerana: 1) Rosak atau ditutup secara tak langsung dengan jejak orang lain. 2) Munculnya banyak jejak dari orang lain dan ini mampu menyebabkan "distraction" kepada orang Asli.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nora Anne dipercayai masih ada di sekitar Pantai

Nazarudin Shahari
05 Ogos 2019 11:27 PM

SEREMBAN 5 Ogos - Polis percaya remaja perempuan, Nora Anne Quoirin, 15, dari Ireland yang didapati hilang dari bilik penginapan sebuah resort desa di Pantai dekat sini semalam masih berada di kawasan sekitar pusat peranginan itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, berikutan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan memeriksa semula kawasan seluas 10 hektar yang telah diliputi oleh pasukan berkenaan hari ini dalam misi esok.

Katanya, pasukan itu yang terdiri daripada 171 orang telah dibahagikan kepada empat zon yang meliputi beberapa kawasan termasuk bahagian utara sehingga anak air, pesisir sungai, pinggir jalan besar dan pinggir hutan tebal.

"Dalam pencarian hari ini, kita masih belum menemukan remaja itu. Belum ada sebarang petanda atau petunjuk yang dapat membantu usaha ini.

"Petang tadi, pasukan SAR turut dibantu Unit Udara polis yang akan datang semula esok pagi untuk meneruskan pencarian," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Pantai dekat sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan dan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar.

Kehilangan Nora Anne disedari adiknya kira-kira pukul 8 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort.

Mereka kemudian berusaha mencari remaja tersebut di sekitar resort tetapi gagal menemukannya.

Keluarga dari Ireland itu yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak telah tiba untuk bercuti di resort berkenaan kira-kira pukul 7 pagi kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad menafikan Nora Anne menjadi mangsa penculikan seperti yang dilaporkan oleh media luar negara.

Jelasnya, berdasarkan kepada maklumat, keterangan dan bukti yang dikumpulkan sehingga kini tidak menunjukkan sebarang elemen jenayah dan kes itu masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.

"Kita terus menyiasat keterangan daripada keluarga mangsa dan kenyataan daripada pekerja resort," ujarnya.

Beliau juga yakin tidak ada dalam kalangan pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam operasi SAR itu yang memberikan kenyataan kepada media asing kononnya kes itu adalah penculikan seperti didakwa media asing.

Sumber:
- UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:50 AM | Show all posts
aku rasa budak ni dh lemas hanyut
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada kesilapan komunikasi sehingga tercetusnya isu dalam artikel di bawah:
----------------------------------

Malaysian police join the hunt for London teenager Nora Quoirin, missing from jungle resort
UPDATED ABOUT 2 HOURS AGO

The family of Nora Quoirin said her father discovered her missing from her bedroom Sunday morning (local time) at a resort in a nature reserve 63 kilometres south of Kuala Lumpur, with the window left open.

The Lucie Blackman Trust, a British charity supporting people during a crisis overseas, quoted the girl's aunt as saying the family considered her disappearance a criminal matter.

The girl's parents are an Irish-French couple who have been living in London for about 20 years, the group said in a statement posted on its Facebook page. It is dealing with the media on behalf of the family.

The aunt, Aisling Agnew, said from Belfast that the teenager was especially vulnerable because she had learning and developmental disabilities.

"Nora would not know how to get help and would never leave her family voluntarily," Ms Agnew said.

"We now consider this a criminal matter. We are appealing to everyone to assist the local police in any way they can and to pass on any information that would help locate our beloved Nora without delay."

Che Zakaria Bin Othman, the deputy police chief for Negeri Sembilan, the state the girl's family was visiting, said: "So far, there's no indication of foul play; however, the investigation is still ongoing."

He said he and the police chief met Sunday and Monday with the missing girl's family and officials from the embassies of Ireland and France.

"All officials are still up there at the hotel. We discussed with them all, and God willing we will continue the search until it is successful," he said.

The Lucie Blackman Trust gave a somewhat different account of the police evaluation of the disappearance.

Citing information that it said came from Nora's family, it stated on its Facebook page that: "Contrary to several reports that police are NOT treating Nora's disappearance as an abduction, the family have been told directly by police that they are treating it as both an abduction and missing persons case."

---------------------------------------
Kredit kepada ABC News
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 09:01 AM | Show all posts




salah satu bilik dari virous type. klau mcmni mmng senang dia keluar.
resort ni owner dia org puteh juga

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 09:04 AM | Show all posts





or this type maybe since diorg dtg satu femli.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 09:11 AM | Show all posts
Edited by rosa_canina at 6-8-2019 09:12 AM
rospinki replied at 6-8-2019 09:04 AM
or this type maybe since diorg dtg satu femli.

cantiknya chalet dia... tp mlm2 mcm agak scary

semoga dipermudahkan urusan sar adik nora
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 09:19 AM | Show all posts
rosa_canina replied at 6-8-2019 09:11 AM
cantiknya chalet dia... tp mlm2 mcm agak scary

semoga dipermudahkan urusan sar adik no ...

kan..cantik sgt. suasana dia mesti aman damai..tapi unsur mistik byk keliling tu. tgk hari apa diorg c.in malam tu berapa haribulan..smua tu ada kaitan. moga Allah swt melindungi adik Nora dan selamat kembali kepada keluarganya. aaminn.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.302086 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list