CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5046|Reply: 24

[Tempatan] [UPNM Buat Hal Lagi] Penuntut UPNM Maut Sebab 'Lemas' - Adakah Buli????

[Copy link]
Post time 6-8-2019 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by laksmanabentan at 6-8-2019 03:52 PM








Selepas Kes Zulfarhan, Ada Penuntut UPNM Lain Maut Sebab ‘Lemas’. Ini Pula Cerita Sebenar Dari Keluarga






by Amirul Asraf











Perasaan keluarga manakah yang tidak sedih selepas mendapat tahu anak yang disayangi meninggal dunia kerana lemas di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang. Lebih memilukan, kematian tersebut masih menjadi tanda tanya kepada keluarga berkenaan sehingga hari ini.

Menerusi Facebook Norzulaikha Othman, wanita tersebut akhirnya berkongsi kisah kematian adiknya Amirul Nashriq. Menurut Zulaikha, adiknya yang merupakan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), didakwa dibuli oleh pelajar senior universiti berkenaan sebelum ditemui lemas di air terjun.


Masa yang sesuai untuk saya cerita

Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, di sini saya kongsikan kronologi serba sedikit. Saya tidak akan kongsi secara terperinci kerana kes ini akan dibuka semula untuk kali kedua dan saya tidak mahu mengganggu siasatan pihak terbabit. Sebarang gambar berkenaan arwah dan nombor telefon pihak keluarga juga tidak akan saya kongsi atas faktor privasi. Harap kerjasama dari semua pihak, terima kasih.

1. 22/3/2018 (Khamis)
Arwah menghantar gambar badannya (ulu hati dan dada) lebam akibat dipukul oleh 3 orang senior akibat lambat melapor diri ke bilik senior terbabit melalui group WhatsApp keluarga kami pada pukul 8:20 malam. Seorang lagi rakan arwah telah dipukul terlebih dahulu oleh 3 senior tersebut di bilik yang sama. Arwah cuba sorokkan hal sebenar dengan mengatakan bahawa dia telah mendapatkan rawatan di klinik dan diberi ubat sapu oleh doktor kerana tidak mahu kami sekeluarga berasa risau.

Kemudian, dia menambah bahawa pegawai telah ambush bilik tersebut dan telah mengambil tindakan ke atas 3 orang pesalah. Manakala rakan arwah telah dihantar ke wad kecemasan kerana lebam teruk dan sesak nafas dan seterusnya pihak keluarga telah membawanya pulang ke rumah. Kami berpesan pada arwah untuk melaporkan hal tersebut kepada pegawai sekiranya kecederaan yang dialaminya teruk dan tidak mahu kes sebelum ini (kes arwah Zulfarhan) berulang lagi.

Beri wang supaya pulang ke rumah

Sekadar gambar hiasan


2. 23/3/2018 (Jumaat)
Bapa kami telah memasukkan wang ke akaun arwah dan menyuruh dia pulang ke rumah untuk kami membawa dia ke hospital bagi membuat pemeriksaan X-ray untuk memastikan tiada kecederaan dalaman. Kali terakhir arwah membalas mesej dalam WhatsApp group keluarga adalah pada waktu malam dengan mengatakan, “Terima kasih ayah” kerana memberi wang belanja padanya. Arwah tidak menyebut sama ada dia akan pulang ke rumah atau tidak. Namun, kami mengharapkan dan menunggu kepulangan arwah.

3. 24/3/2018 (Sabtu – hari kejadian)
Ayah saya telah menerima panggilan yang memberitahu bahawa arwah telah meninggal dunia kerana lemas di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang pada pukul 5:30 petang. Ayah dan ibu saya telah dibawa ke Hospital Bentong oleh 2 orang pakcik saya. Dalam perjalanan, bapa saya telah menerima beberapa panggilan dari pegawai UPNM dan mendesak agar diberi kebenaran untuk membuat post mortem ke atas arwah, namun ibu saya telah menegaskan untuk menunggu ketibaan mereka di hospital.

Setibanya ibu bapa saya di hospital, didapati jahitan adik saya sudah kering(dipercayai telah dijalankan post mortem ke atasnya beberapa jam sebelum). Bapa saya telah disuruh untuk menurunkan tandatangan ke atas satu borang(dipercayai untuk keizinan post mortem yang sepatutnya ditandatangan sebelum prosedur dijalankan). Dalam kesedihan dan keserabutan tersebut, kad pengenalan dan barang peribadi arwah tidak dipulangkan kepada kami sebagai waris. Hingga ke hari ini, di mana kad pengenalan dan barang arwah(pakaian, kasut dan cermin mata yang dipakai untuk ke air terjun) berada masih menjadi tanda tanya.

Laporan kedua untuk buka kes

Sekadar gambar hiasan


4. 25/3/2018 (Ahad)
Selepas selesai urusan pengebumian arwah, satu laporan polis telah dibuat kerana kami tidak puas hati atas kematian arwah(cara dan jalan cerita bercanggah). 7 orang rakan lain yang turut ke air terjun tersebut tidak mengikut kami ke rumah untuk urusan pengebumian atas alasan pegawai UPNM melarang mereka berbuat demikian dan mereka telah diarahkan pulang terus ke UPNM.

Soalan netizen:
1. Kenapa keluarga tidak membuat laporan polis?
Kami telah membuat laporan sehari selepas kematian arwah namun tiada tindakan lanjut yang diambil oleh Balai Polis Cheras yang menguruskan kes ini atas alasan UPNM mahu menjalankan siasatan dalaman dan kononnya akan membuang 3 orang senior tersebut. Pihak keluarga telah berjumpa dengan 4 orang peguam sebelum ini namun tiada seorang pun yang berani untuk mengambil kes ini kerana risiko yang tinggi dan tiada bukti kukuh. InshaAllah kami akan membuat laporan kedua bagi membuka kes ini.

2. Status terkini rakan arwah yang turut dipukul pada hari kejadian.
Masih belajar di UPNM namun kami gagal menghubungi dia dan keluarganya.
Akhirnya, kami dari pihak keluarga berharap agar semua dapat berkongsi tentang kes ini dan sekiranya ingin menghulurkan apa-apa bantuan, boleh berhubung terus dengan saya dengan menghantar Personal Message (PM) di Facebook, sekian terima kasih.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 03:57 PM | Show all posts
berita zaman purba ke sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2019 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2019 04:00 PM | Show all posts
Modngengade replied at 6-8-2019 03:57 PM
berita zaman purba ke sis?

belum ada pembelaan kes last year...
itu yg up tahun nih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:07 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 6-8-2019 03:58 PM
berita baru uoollss...5 August 2019


NI berita tahun lepas dekk....pprt sgt post berita purbawara



Selepas kes kematian Zulfarhan Osman, pegawai kadet UPNM yang menemui ajal setelah  dibuli dan didera secara kejam oleh sahabatnya sendiri 2 tahun lalu, kini timbul pula isu kematian yang turut melibatkan seorang penuntut UPNM iaitu Amirul Nashriq yang meninggal dunia pada tahun lalu.
Terbaru, netizen di Twitter mempertikaikan punca kematian penuntut UPNM yang mati akibat lemas di Sungai Chamang pada 24 Mac 2018.
Ada kesan lebam pada badan mangsa 2 hari sebelum meninggal
Menerusi laporan yang dikeluarkan, dipercayai  terdapat kesan lebam pada badan mangsa dua hari sebelum mangsa ditemui mati lemas. Hal ini menimbulkan persoalan adakah mangsa sebenarnya “didera”sebelum menemui ajalnya.
Susulan itu, pihak keluarga Amirul Nashriq menuntut keadilan terhadap kematian anaknya namun tidak diendahkan oleh pihak pengurusan UPNM.
Arwah dipukul oleh 3 orang senior UPNM di bahagian ulu hati, rosak organ dalaman
Menerusi sebuah Tweet yang dimuat naik oleh pemilik bernama Ritzana, kematian arwah menimbulkan keraguan dan spekulasi kerana dibuli dan dipukul oleh 3 orang senior di UPNM.
Jap, siapa tahu pasal kes arwah budak ni? pic.twitter.com/5qd4On5CEq
— KEPALA PENING (@_Ritzana) August 4, 2019
Sebelum mangsa ditemui mati lemas di air terjun Sungai Chamang, mangsa dipercayai dibuli dan dipukul oleh 3 orang penuntut UPNM yang bergelar senior.
Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan organ dalaman arwah rosak dan terdapat kesan lebam di bahagian ulu hatinya.
Amirul Nashriq juga dikatakan tenggelam dan timbul semula selepas 15 minit sebelum ditemui mati lemas, arwah dipercayai cuba diselamatkan oleh rakannya namun gagal.
Berikutan kejadian ini, nama UPNM sekali lagi terpalit dengan kes pembunuhan, adakah pihak UPNM akan mengambil langkah sewajarnya terhadap pengurusan Universiti ataupun hanya sekadar bersikap ‘lepas tangan’?
Budaya buli dan ‘raging’ yang diamalkan oleh penuntut UPNM telah menyebabkan dua nyawa melayang, namun pihak UPNM masih  berdiam diri malah tidak mengeluarkan sebarang permohonan maaf atau kenyataan rasmi berhubung kematian Zulfarhan Osman dan Amirul Nashriq.


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:16 PM | Show all posts
apa pnya tempat UPNM ni ha...

aku pun teringin nk masukkan anak aku, tp aku sayang anakku, x mau la nati mati pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup jer la uni iron nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:26 PM | Show all posts
memang arwah meninggal tahun lepas sis... tapi cerita arwah baru je diupkan oleh family arwah . supaya orang buka mata bukan kes zulfarhan je libatkan kematian... lepas2 tu pun ade kes buli sampai mati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je klau dh mcam ni. Acah2 konon nk kentalkan mental dn fizikal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm... Macamana nama U tak tercemar kalau dah kes buli sampai teruk sangat macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:48 PM | Show all posts
garangnye mod
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Universiti Pembunuh Nasional Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah ada kronologi tu,  mmg tahun lepas tapi kes dibuka semula..
Mod pun x baca habis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg universiti pembunuh nasional jah. Mana haritu student yg katanya kuat physical tpi lemah mental sbb kena panggil uni pembuli? Mmg dasar uni caprut kaki buli acah2 buli jdi kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 6-8-2019 05:02 PM
Kan dah ada kronologi tu,  mmg tahun lepas tapi kes dibuka semula..
Mod pun x baca habis ke?

@Modngengade sedang period, haruslah semua org dia balun tanpa belas ehsan. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 05:22 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 6-8-2019 05:15 PM
@Modngengade sedang period, haruslah semua org dia balun tanpa belas ehsan. Kahkahkah

hello?  akak x der masa nk lyn cerita2 basi dekkk, lainlah sister yg mmg suka cerita2 retro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 05:50 PM | Show all posts
Universiti Neraka namanya ni...mohon tutup UPNM!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena lebihkan subjek pendidikan agama kat univ. ni supaya semua student ada pikir dosa pahala azab bila nak buat bende yg salah.. dengan agama saja dpt didik diaorg ni lebih bermoral.. if mental kuat tapi xde asas agama kukuh..tak guna juga.. semangat sesama saudara Islam tu xde..kasih sayang sesama Islam xde..tu yg asik nak buli orang je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringat sorang Forummer yang cukup bangga bila anaknya masuk UPNM....habis digebang serata forum..

Kita YG dengar pulak' malu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 6-8-2019 05:22 PM
hello?  akak x der masa nk lyn cerita2 basi dekkk, lainlah sister yg mmg suka cerita2 retro

Sister kena faham, cerita ni naik balik ekoran perhatian diberikan rakyat Malaysia terhadap kes Zulfarhan sedangkan kes anaknya yg disyaki mati dibuli tidak diambil peduli. So dia naikkan isu ni utk diambil tindakan yg sama supaya dpt keadilan. Moga tuhan memberkahi mangsa2 buli. Amen
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.078566 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list