Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6222
View
165
Reply

[Tempatan] Kenapa majoritas Founder kosmetik adalah cikki Serambi?

[Copy link]

Author: famri7       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-8-2019 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by famri7 at 12-8-2019 12:35 PM

Senok Otak : Sebab majoritas kosmetik founder adalah wanita kelantan.

Syma Eima bersama adik beradik dan kawannya, semua adalah founder kepada produk masing-masing.

Perasan tak di Malaysia sejak setahun dua ini, muncul ramai founder kosmetik dengan produk mereka yang bermacam-macam warna dan jenis?
Perasan tak semakin ramai wanita muda dengan kekayaan dan status jutawan sebelum umur 30?


Dato' Shamimi , pengasas BVRC, juga daripada Kelantan

Yes majoriti daripada mereka adalah kosmetik founder. Founder kosmetik berjaya di tanah air contohnya , Arwah Faziani Rohban (D'nars Skincare), Syma Eima (syma beauty), Dato' Seri Vida (qu Puteh), Ika Ekora (Ekora Beauty), Shaa Hassan (Syaalcious Beauty), WN Syuhada (Sobella) dan ramai lagi antara jelitawan yang berjaya dengan empayar kosmetik masing-masing.


Dato' Seri Vida dengan Ferarri Pinknya, juga wanita Kelantan

Disebalik kereta mewah (bukan honda cabuk, tapi audi/lamboghini/ferrari okkay!) , beg tangan birkin/chanel , rumah persis istana yang bernilai jutaan ringgit., pasti ramai bertanya siapakan mereka dan apakah persamaan mereka? Pastinya ramai berkata mereka adalah wanita yang waja, yang tidak tahu erti penat lelah. Ada juga yang berkata mereka pandai merebut peluang yang ada. Semua di atas adalah betul tapi yang paling utama, majoriti daripada mereka adalah WANITA KELANTAN.

Kenapa wanita Kelantan? bukan wanita Perlis? wanita Sarawak? Maksud saya wanita negeri lain pun ramai yang berjaya sebagai cosmetic founder tetapi kebanyakan mereka adalah mek kelate hok kecek kelate..ini realiti

Ini antara sebab utamanya:

1. Berniaga ada sinonim dengan wanita di Kelantan


Bazar siti Khadijah, dipenuhi hampir keseluruhan adalah peniaga wanita.

Berniaga dimonopoli hampir melebih 70% oleh kaum wanita di Kelantan. Jika anda pernah bertandang ke negeri serambi mekah ini, pastinya anda terbiasa dengan keadaaan dimana setiap pelusuk negeri dipernuhi peniaga wanita..jika anda pergi ke Pasar Siti Khadijah.. memang hampir 90% adalah wanita..wanita waja yang gigih menjadi tunggak rezeki keluarga.. Memang daripada kecil majoriti mereka yang tidak berkerja makan gaji, akan melatih anak-anak mereka berniaga..bermula daripada gula-gula di sekolah, tudung di universiti, sehingga full-blown product bila dah stabil.

2. Petah berbicara dan bermulut manis.


Neelofa, Gadis daripada Pasir Putih, dengan status jutawan. Kerjaya utama adalah pengacara dan usahawan,

Wanita Kelantan memang terkenal dengan mulut manis dan sifat peramah, terutama sesama kelate. Perangai peramah ini amat membantu mereka meluaskan empayar perniagaan masing-masing, tertama semasa close-sale dan promosi produk masing-masing. Bagi yang tidak biasa, anda boleh cuba makan di Kedai Tomyam, pasti anda akan perasan akan ada Akak Kelate yang jangok ( melaram) dengan loghat kelatenya yang pekat..dan paling penting friendly.

3. Rupa paras menawan dan kulit putih melepak.



Syma Eima, antara Jelitawan kosmetik yang paling terkenal di negara ini, juga daripada Kelantan.

Mempunyai rupa paras yang cantik, eksotik dan putih melepak adalah tiket emas kepada founder ini untuk mengembangkan empayar bisnes mereka..Wanita kelatantan khususnya kawasan Pasir Mas terkenal dengan gadis-gadis kacukan Pakistan. Contohnya Neelofa yang nyata sekali jelita dan berjaya dalam bidang perniagaan.. Di kawasan rantau panjang pula, keturunan siam  menjadikan wanita di sana mempunyai kulit putih pinkish, kulit yang paling digilai wanita asia seluruh dunia..Aset berharga ini menjadikan pelanggan mereka lebih yakin dengan founder , disamping keberkesanan produk itu sendiri.

4. Backup sesama kawan. Tolong sesama mereka

Orang kelantan sebagai umumnya agak suka membantu sesama mereka.. Konsep  'sep kito jange pecoh!'  ini juga tidak asing juga dalam dunia kosmetik. Para founder kosmetik ini sama-sama mempromosi produk masing-masing sambil berkolaborasi untuk majlis tertentu.Inilah yang menjadikan mereka teguh walaupon diasak oleh pelbagai masalah.SenokPerut

7/6/2019

Apa pendapat anda pula??











Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 109 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:06 PM | Show all posts
well , unless the product is termed unsafe , then i guess this is ? non issue?
why ?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-8-2019 03:07 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Malangnya sultan tetap tak layan mike ni semuaa
Si syma tu aku ade je tgk dia komen dlm ig kat satu peniaga timbang kilo. order barang in bulky dkt penjual timbang kilo few years ago before dia jadi kaya.
I am telling you, timbang kilo ok, bukan kilang oem.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-8-2019 03:09 PM | Show all posts
vender replied at 12-8-2019 07:07 AM
Malangnya sultan tetap tak layan mike ni semuaa  
Si syma tu aku ade je tgk dia komen dlm ig k ...

Heshe level legend dah..terus terang tapi ummah xkisah sebab founder lawa...so acik kepam masih berharap nk jadi selawa heshe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak tau diorang ni pakai ke tak produk timbang kilo yang di promote sangat tu...kalau pakai, bila la dapat tengok founder2 ni di cashkan sakit beramai2 sebab pakai produk mercury/hydroquinone kan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-8-2019 03:17 PM | Show all posts
Sekarang di serambi smua keluarkan Serum pepet, serum ketiak dan Serum tetek....harga RM80 sebotol tapi maintain habis stock.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua option ada kat vote tu kecuali opition Jantan KEL pemalas dok umah goyang batang. Tu pasal banyak pompuan yang banyak  cari rezeki sara famili
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua option ada kat vote tu kecuali opition Jantan KEL pemalas dok umah goyang batang. Tu pasal banyak pompuan yang banyak  cari rezeki sara famili
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab orang malaysia batak nak putih.. Kalau putih baru cantik.. Minda dijajah ideologi white supremacy
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perasan lama dah bnda ni. Pelik mcm mana blh kuar produk sendiri dgn xde background academic hal2 ubatan atau kosmetik. Ambik produk siam ke? Agaknya la...dah mudah sgt buat produk sendiri. Aku mmg xbeli la produk2 dr founder2 ni suma. Baik beli kat watson, guardian ke. Takut terguna bahan larangan...dr nak putih selawa founder, terus  dpt mcm2 masaalah kulit
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
TT xtambah lagi 1 penyebab ke i.e. sume barang kosmetik senang dpat dari Thailand??berani jamin la barang2 sek2 klate ni produk timbang kilo
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 12-8-2019 03:09 PM
Heshe level legend dah..terus terang tapi ummah xkisah sebab founder lawa...so acik kepam masih be ...

Netizen bodo sah2 la deyoollss g cucuk drip xpun pkai sulam bedak yachh..harap deyollss trima cash sbab jual produk merkuri nihh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-8-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 12-8-2019 07:26 AM
TT xtambah lagi 1 penyebab ke i.e. sume barang kosmetik senang dpat dari Thailand??berani jamin la b ...

Majoritas buat di negara sis..kilang ada di pengkalan chepa pelbagai..modal 1000 fah bleh jd founder serum pepet.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 12-8-2019 03:40 PM
Majoritas buat di negara sis..kilang ada di pengkalan chepa pelbagai..modal 1000 fah bleh jd found ...

Tapi based chemical klu xsilap amik kt siam jugak tu..penah bli produk tmpatan, muka dari kak lina pompom jadi semah mancur
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Voted..tp btol..awek klate meme pandai meniaga
Meniaga kecik2 kat opis pon jadik jek
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk drpd serambi mekah memudaratkan blakaa...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-8-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 12-8-2019 08:15 AM
Produk drpd serambi mekah memudaratkan blakaa...

Kalo keluar senarai produk beracun separuh drpd ponder serambi sis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ramai gegadis yang terpengaruh tengok founder lawo putih melepak terus beli produk. Padahal deme tu dah memang asli cantik. Takdenya deme pakai produk sendiri pun. Dah la jual rege yahudi. Mana tak kayo sis
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 04:55 PM | Show all posts

kerana, wanita kelantan lebih hebat dari wanita negeri lain, jangan jeles
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090604s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list