CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scorpionkiki

[Tempatan] Myvi menggegar Songkla membunuh 5 orang Thai

  [Copy link]
Post time 13-8-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi nanti akan ada up status nak kutip derma #gofundme

Memang tak lah aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereput la ko dlm jail!

Tapi jgn sebab kau org, rakyat mesia dah x boleh rilek santai makan hangin kat hatyai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 10:47 PM | Show all posts
'Tolong kami cari RM200,000...'

PASANGAN suami isteri yang kemalangan di Thailand, mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang, Selangor, selepas keluarga kepada warga Thailand yang meninggal dunia dalam kejadian itu menuntut pampasan RM200,000.

Dalam kemalangan pada 10 malam 19 Disember lalu, Abd Wahab Yahaya, 56, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, dikatakan bertembung dengan pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand.

Mengikut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.

Anak kepada pasangan itu, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, berkata, dia sekeluarga kini buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan bapanya yang parah dan masih dirawat di Hospital Krabi, Krabi.

“Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya pengsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ingatan sekejap.

“Bapa pula patah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendarahan pada mata.

“Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang meninggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amirun Aziz berkata, bapanya kini masih dirawat dan baru selesai menjalani pembedahan di negara berkenaan serta tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan ia dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari depan.

“Malah, pasport bapa berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Dalam keadaan kesihatan bapa yang teruk, saya sekeluarga mahu bapa dibawa pulang secepat mungkin ke negara ini memandangkan ibu sudah dibenarkan pulang semalam.

“Bapa tidak dibenarkan pulang kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa.

“Saya sekeluarga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah bapa di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Saya meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

“Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 162713016800. Segala jasa baik semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mne ko drive ni kak? Kesiannya mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la aku takut nk bwk masuk kereta ke siam...sampai gaduh gak ngan kwn aku hr tu...last skali semua naik train je ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak kete tempat orang pun kemain menonong lagi. Kat msia xtau la macamana.. Elok mereput la kat sana xpyh blk drive kat msia lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gudluck lh sistur2...pasni ada kutip fund x?ke kna kawin je duk sna smpai bercucu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
harap takde yang menderma la kalau tino2 ni mintak sedekah nanti. ko cari nahas, orang lain mati, pandai la tanggung. kira baik taw kalau thai tak suruh korang kena langgar mcmn korang bunuh pakcik mesin rumput tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau macam ni driver je ke yang kena tanggungjawab
penumpang kena dam
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Myvi masa baru released iols rasa macam ada tak kena. Terlalu berbeza dari agronomik proton dan kereta import

Takde niat merendahkan pemandu Myvi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertidur kot driver myvi tu.. Mcm pengasas dnars tu pun accident sbb suami dia terlelap. Naseb korang lah kak berani sgt drive kt negara org.. Kalau ada kutip derma meols x rasa nk hulur
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:09 PM | Show all posts
Harap kena penjara semua cikki2 sundal itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku takleh bayang dia punya sesal pergi cuti2 Siam ni...mesti dia dok pikir kalau aku naik bas..kalau aku naik ketapi ja mesti tak berlaku...adoiii kesian pulak.

Jgn lak lepas ni susah nak drive masuk. Aku rajin pergi makan somtam kat Hatyai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:12 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 13-8-2019 10:57 PM
Bawak kete tempat orang pun kemain menonong lagi. Kat msia xtau la macamana.. Elok mereput la kat sa ...

Takde sesiapa ke nak csi siapa owner keter ni..No pendaftaran terpampang tuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:14 PM | Show all posts
Ehhh susah oo nak settle.law kat thailand kan lain..sure penjara thai
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun syak main fon...
Masaklah ko dek.. kat Thailand ambulance nak angkat bawak p hospital pun kena charge
Mahai gak aku dgr
Sapa ntah ritu terlanggar moto kat siam nasib baik tak mati.. kos perubatan semua kena tanggung.. tambahlah mati cgini
Bawak kereta tu takyah le dok main WA..
Mmgla pompuan boleh buat byk kerja satu masa.. tapi bukan time driving
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Very unlikely mabuk atau dadah.
Drive mcm syaitan ke sampai 5 sekali mati.

Harap cikki driver mereput je dalam jail sana. Atau hidup semata untuk lunaskan pampasan sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 la lepas ni kalau nak masuk... Semua tv dan surat khabar thai bising dah. 5 sekali dibantainya. Jangan nanti kita tak boleh masuk thailand. Sekarang ni pun diorang dah menyampah sebab orang kita suka bawak laju dekat sana. Mentang2 jalan kampung pon toll free, double lanes dan cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 13-8-2019 10:07 PM
kena sedia duit banyak banyak la.
tak salah, seorang kena langgar, keluarga boleh minta pampasan sa ...

Ya, macam pakcik yang bercuti di Krabi naik motor sewa langgar orang sampai mati. Duduk dalam penjara sementara family kumpul duit jual rumah semua. Family si mati mintak 200k
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian bankrap dek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.889110 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list