CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7952|Reply: 84

[Tempatan] Ibu JJ tolak tawaran cucu atas pemindahan 9 juta saham 3 syarikat.

  [Copy link]
Post time 14-8-2019 02:04 AM | Show all posts |Read mode
Ibu JJ tolak tawaran cucu atas pemindahan 9 juta saham 3 syarikatHo Kit Yen -

August 13, 2019 3:26 PM





Aminah Abdullah ialah ibu kepada bekas menteri dan duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Jamaludin Jarjis.

KUALA LUMPUR: Ibu kepada bekas menteri dan duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Jamaludin Jarjis, hari ini gagal menyelesaikan saman terhadap 2 cucunya atas pemindahan 9 juta saham bernilai kira-kira RM1.4 bilion dalam 3 syarikat kepada pentadbir bersama harta anaknya.

Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Aminah Abdullah, berkata anak guamnya menolak penyelesaian yang ditawarkan cucunya, Ikhwan Hafiz Jamaludin dan Nur Anis Jamaludin.

“Kami beritahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Firuz Jaffril yang kami menolak cadangan defendan. Kami dapati ia tidak munasabah.”

Kamar berkata, Ikhwan dan Anis menawarkan wang berhubung permohonan sijil faraid yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah.







“Kami kata tiada cadangan mengenai saham syarikat itu yang kami minta di mahkamah sivil ini.”

Kamar berkata, perbicaraan penuh saman Aminah akan diteruskan Khamis ini.

“Kami ada 12 saksi semuanya. Kami akan panggil 3 daripada mereka Khamis ini.”

Aminah dalam samannya berkata, jika cucunya gagal memindahkan saham syarikat itu, seorang pegawai mahkamah patut diberikan kuasa untuk menjalankan tugas itu bagi pihak pentadbir bersama.

Saham 3 syarikat itu adalah Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insights Sdn Bhd.

Aminah memohon perisytiharan mahkamah supaya Ikhwan dan Anis yang merupakan pentadbir bersama, meminda senarai aset dalam surat kuasa mentadbir, untuk memasukkan saham itu sebagai harta boleh alih.

Beliau turut menuntut cucunya membayar semua dividen, bonus, isu terbitan, keuntungan dan kerugian ketika memiliki saham itu.

Kamar berkata, Mahkamah Tinggi Syariah turut menetapkan 24 September ini untuk keputusan sama ada membenarkan permohonan isteri Jamaludin, Kalsom Ismail dan cucunya menolak permohonan Aminah untuk mendapatkan sijil faraid.

Aminah menyaman Kalsom dan cucunya atas pemindahan harta yang dilaporkan milik anaknya.

Beliau mendakwa harta boleh alih dan tidak boleh alih yang bernilai kira-kira RM2.1 bilion boleh diagihkan mengikut undang-undang Islam.

Di bawah undang-undang syariah, ibu boleh mendapat 1/6 aset anaknya, manakala isteri mendapat 1/8 dan baki dikongsi bersama anaknya.



Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai JJ ialah kawan rapat bekas perdana menteri, Najib Razak. Beliau meninggal dunia apabila helikopter dinaikinya terhempas 4 tahun lalu tanpa meninggalkan sebarang wasiat.

Beliau ialah ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Rompin dari 1990 sehingga pemergiannya pada 4 April 2015.

Beliau menceburi bidang perniagaan sebelum menyertai politik, dan pernah menubuhkan firma perunding kejuruteraan, J&A Associates pada 1981.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah adik beradik jj nak rebut harta tu.. Tp kena paham faraid tu dtg dgn tanggungjawab. Kalau lepas ni diorang sakit pening pun nenek, pakcik makcik kena tlg depa.. Jgn nak harta je ikut faraid.. Pastu dah dpt buat senyap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 14-8-2019 06:51 AM
Tak salah adik beradik jj nak rebut harta tu.. Tp kena paham faraid tu dtg dgn tanggungjawab. Kalau  ...

Dah dpt nanti kompom sonyaplaa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Xhabis2 lagi diorang ni..ingatkan dah settle
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Reta byk berbillion pun xde buat wasiat ke
Mmg masak la bila ada yg menuntut
Lama dah kot teringin, so skrg la masanya nak tumpang merasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenek da tua pon fhm ye nilai $$$ ni untuk anak2 lain.
Hingga ke akhir hayat bakti nenek ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 14-8-2019 06:51 AM
Tak salah adik beradik jj nak rebut harta tu.. Tp kena paham faraid tu dtg dgn tanggungjawab. Kalau  ...

Kan. Dgn mak dia berkerusi roda bagai, iols rasa xde pun mak dia nk sgt harta tu. Melainkan adik beradik yg lain duk cucuk2 suh tuntut. Lagi2 yg tolak kerusi roda tu. Muka mcm hanat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik JJ ni ada bersusah payah bersama-sama JJ ke waktu setup company ni? Kira okay dah anak buah offer penyelesaian, tapi nak juga pembahagian cara faraid. Iols husnuzon la yang diorang ni sentiasa ada waktu JJ ups n down. Kalau bangsa cina, simply je diorang minta putuskan hubungan kekeluargaan kat court so that takde family members merempan duit harta etc bila mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 14-8-2019 07:48 AM
Kan. Dgn mak dia berkerusi roda bagai, iols rasa xde pun mak dia nk sgt harta tu. Melainkan adik b ...

muka macam jj jugak..saling tak tumpah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 14-8-2019 07:57 AM
muka macam jj jugak..saling tak tumpah

Muka je lah sama. Hati belum tentu sama. Bersyukur la org nk bagi saham tu. Gigih jugak nk tuntut ikut faraid. Tamak haloba.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk 2 billion... kalau bagi pun 1/6 tu masih kaya raya lagi. Sape yg byk harta tu siap2 la buat hibah. Siap2 hibahkan harta kat sape nk kasi. Kdg ade anak perempuan yg jaga mak pak kat kg, uruskan semua benda. Tapi bila meninggal, harta anak lelaki dtg tuntut. Kesian anak perempuan yg byk berjasa ngan mak pak. Faraid ni lelaki faham bahagian dpt harta je, bahagian tanggungjwb, ignore je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:48 AM | Show all posts
reta byk sape tak berebut.a dik beradik pn time ni la nk muncul rajin turun naik mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 14-8-2019 02:02 PM
Sazida replied at 14-8-2019 07:48 AM
Kan. Dgn mak dia berkerusi roda bagai, iols rasa xde pun mak dia nk sgt harta tu. Melainkan adik b ...


Adik beradik pe ke nya...
JJ ank tunggal dgn mak ni....mak dia nk hak 1/6 je ikut faraid....jj ada ank lelaki...tak yah agih ke adik beradik....yg menantu tu tamak sgt pehal.....

Masa jj ada...menantu bkn main baik dgn mak mertua. .dah tak de, terus kuar pangai sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 14-8-2019 07:54 AM
Adik beradik JJ ni ada bersusah payah bersama-sama JJ ke waktu setup company ni? Kira okay dah anak  ...

Aku tak rasa pun mcm tu.....

JJ penah cite kat kwn aku dulu...dia bljar betul betul sbb nk buktikan kat ayah dia, dia blh berjaya wlupun diabaikn...terbukti ank ayah dia dgn mak yg satu lg tu tak menyerlah....

Dia sayang sgt mak dia sbb mak dia & dia hidup susah & diabaikn....wife dia pun bkn main baik dgn mak dia sbb tau jj utamakan mak...bljar masak dgn mak berkali kali sampai jd mcm masakan mak.& mcm mcm lg....tak sangka bila jj tak de..tetiba berperang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 14-8-2019 08:59 AM
Adik beradik pe ke nya...
JJ ank tunggal dgn mak ni....mak dia nk hak 1/8 je ikut faraid....jj ad ...

ohh ank tunggal. Yg menantu ni kahwin dgn adik beradik tiri jj ker? Patutla babi sgt perangai menantunya. Bkn jenis drh daging sendiri mmg hanat sikit perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 14-8-2019 09:08 AM
Sazida replied at 14-8-2019 08:46 AM
Muka je lah sama. Hati belum tentu sama. Bersyukur la org nk bagi saham tu. Gigih jugak nk tuntut  ...


Sapa yg tamak?....mak jj?....

Dia tuntut hak dia je...mgkin duit tu dia nk wakafkn ke....kita tak tau cite sebenar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 14-8-2019 09:04 AM
ohh ank tunggal. Yg menantu ni kahwin dgn adik beradik tiri jj ker? Patutla babi sgt perangai mena ...

Menantu...dah tentu kwin dgn jj....

Aku rasa adik beradik tiri tu himpit mak dia kot....maklum le org tak de apa apa....buat muka manis le....org tua kan hati lembut...lupakan kisah silam...anak somi aku..anak aku jugakkk....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:30 AM | Show all posts
berapa tahun dah tak settle2.. harta pusaka dah jd harta puaka.. sedih JJ kalau tahu cite ni.. semua yg dia syg dah gaduh2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:34 AM | Show all posts
Edited by zafira at 14-8-2019 09:36 AM
zeed replied at 14-8-2019 06:51 AM
Tak salah adik beradik jj nak rebut harta tu.. Tp kena paham faraid tu dtg dgn tanggungjawab. Kalau  ...

ya.. dari apa yang akak dengar , adik beradik JJ yang suruh maknya tuntut.. memang dispute antara adik beradik nih... dengar adik beradik lain bapak pun ya kan? kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:36 AM | Show all posts
pentingnya hibah guys.. sikit atau banyak perlu ada hibah. tak tenteram didalam sana bila yg masih ada ni bertelingkah .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.562591 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list