Edited by FOTHER-MUCKER at 13-8-2019 10:11 AM
Veteran tentera minta Zakir tak persoal kesetiaan kaum IndiaBernama -
August 13, 2019 12:55 PM
Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji dan Zakir Naik.
KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Nasional (Patriot) hari ini meminta pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik supaya jangan mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India terhadap negara. Presidennya, Mohamed Arshad Raji juga meminta Zakir tidak menggembar-gemburkan layanan kerajaan China terhadap umat Islam Uighur di negara itu.
“Rakyat Malaysia yang berketurunan India setia kepada negara. Mereka turut banyak menyumbang bersama bangsa lain berkhidmat dengan anggota keselamatan dalam mempertahankan raja dan negara. “Tindakan Zakir mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India adalah silap dan jahil tentang rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata isu sensitif seperti umat Islam Uighur pula seharusnya diserahkan kepada kementerian luar untuk ditangani dan tidak perlu digembar-gemburkan. Arshad mengulas ceramah yang disampaikan oleh Zakir dalam program dakwah Kelantan pada 9 Ogos.
|