CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Veteran tentera minta Zakir tak persoal kesetiaan kaum India.

  [Copy link]
Post time 15-8-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 14-8-2019 08:35 PM
Ptotla..leluhur indon rupanya, no wonder dendam kesumat ng malaysia

Sarawak mmg leluhur kalimantan..dengki ke apa ko ni bahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2019 09:26 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 13-8-2019 05:09 PM
Tibet tu Pon dilarang beragama jugak...takda pulak orang Islam nak pertahankan Tibet.


Tibet tu tempat orang berugama Isle ke adik Malaysia Doom?



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 09:43 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-8-2019 08:20 PM
Enough is enough, deport Zakir Naik, says minister Syed SaddiqFMT Reporters -

August ...

Thank you Syed Saddiq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2019 09:57 PM | Show all posts

Ye maideen mari kita ucapkan terima kasih kepada SS.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:07 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-8-2019 09:57 PM
Ye maideen mari kita ucapkan terima kasih kepada SS.

Ya FM.....at least Syed Saddiq menunjukkan bukan semua orang Isle mahu membunoh orang kafir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 05:53 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-8-2019 02:04 PM
Maideen. replied at 15-8-2019 06:07 AM
Ya FM.....at least Syed Saddiq menunjukkan bukan semua orang Isle mahu membunoh orang kafir.

Boleh percaya ke maideen apa yang zakir naik ni cakap? Nampak seperti putarbelit je
Tapi kesihan juga kepada dia ni sebenarnya.


Saya tak bersalah, kenyataan ‘Cina tetamu’ diputar belit, kata Zakir NaikFMT Reporters -

August 15, 2019 10:59 PM





Zakir Naik. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik menolak dakwaan beliau mencetuskan ketegangan kaum dengan menyalahkan media atas kenyataannya yang meminta orang Cina meninggalkan Malaysia.

Katanya, komennya mengenai orang Cina bertujuan “menempelak ahli politik Cina berpengaruh” yang bersetuju dengan pihak yang menggelarnya “tetamu” di Malaysia.


Dalam jawapan saya kepada beliau dan mereka yang menyokogn kenyataannya, saya kata ‘jika anda mahu tetamu baru ini pergi, minta tetamu lama pulang terlebih dahulu’.

“Ini ialah tempelak terhadap hujahnya yang mengelirukan, sebagai tetamu, saya perlu keluar dari negara ini. Saya tidak pernah kata orang Cina perlu keluar; tetapi saya hanya tunjuk kelemahan dalam kenyataannya dengan mengingatkan beliau juga seorang ‘tetamu’ seperti saya,” kata Naik merujuk veteran DAP, Lim Kit Siang yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya atas kenyataannya yang didakwa menghina penganut Hindu di negara ini.


Desakan untuk Naik dihantar pulang ke India bertambah, susulan ceramahnya di Kelantan yang mendakwa penganut Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Dr Mahathir Mohamad walaupun diberikan lebih “100 kali” hak berbanding umat Islam di India.


Beliau turut dilaporkan berkata, orang Cina di Malaysia juga dianggap “tetamu” di negara ini.

Naik mengulangi dakwaannya berhubung “kempen cercaan” terhadap dirinya susulan satu siri ceramahnya di Kelantan pada minggu lalu atas pelawaan kerajaan negeri pimpinan PAS.


“Daripada ceramah saya selama 8 jam, kali ini mereka yang benci saya memetik satu perkara di luar konteks untuk memfitnah saya. Walaupun hadirin acara itu tidak menemui sebarang isu berbaur perkauman dalam ucapan saya, media diberikan berita bersifat kebencian dan ketaksuban dengan dakwaan palsu.”


Beliau mempertahankan tindakannya menggunakan perkataan “tetamu” ke atas masyarakat Cina tidak salah.

“Bagaimana jawapan saya terhadap desakan orang Cina untuk pengusiran saya bersifat perkauman terhadap mereka?

“Saya ialah orang dengan misi menyebarkan keamanan dan kebenaran. Tetapi, ada beberapa penjaja kebencian, kebanyakannya mempunyai agenda politik, mahu mengganggu misi saya dan cuba berbuat demikian dengan menyalah petik saya dan memalsukan maklumat mengenai saya.”

Naik mendakwa beliau sering disalah petik dan merayu rakyat Malaysia mendengar keseluruhan ceramahnya “berbanding hanya mendengar sebahagian kecil klip itu”.

“Jika orang bukan Islam di Malaysia mendengar sesetengah ceramah saya secara menyeluruh, jika bukan saya, saya pasti mereka akan menghargai kerja dan menyokong misi saya juga.”




Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.097476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list