Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
765
View
14
Reply

[Tempatan] Murid bengkok tulang belakang akibat dibuli

[Copy link]

Author: jahcomel       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Murid bengkok tulang belakang akibat dibuli


[size=1.125]




[size=0.75]14 Ogos 2019 2:53 PM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]60






JERLUN 14 Ogos - Seorang murid perempuan kini menderita tulang belakangnya bengkok dan hanya mampu berkerusi roda dipercayai akibat dibuli rakan sekolahnya sejak tahun lalu.




Murid tahun tiga di sebuah sekolah di Ayer Hitam itu mendakwa, dia sering dibuli tiga rakannya iaitu dua perempuan dan seorang lelaki yang pernah menendang, menolaknya sehingga jatuh tangga dan memukul di beberapa bahagian badan.



Malah, anak kedua daripada empat beradik itu berkata, mereka juga kerap mengambil wang sakunya sehingga dia terpaksa mengikat perut pada waktu rehat atau meminta wang daripada kakaknya.
Kadang-kadang mereka ambil RM1, RM3 dan RM4 dalam poket saya dan bila saya bawa duit syiling mereka tak ambil pula kerana hanya mahu duit kertas sahaja.
Mereka ugut kalau saya beritahu cikgu, mereka akan kata saya yang tidak pulangkan wang yang kononnya saya pinjam, mereka juga pernah menyimbah air kepada saya dan selalu menghina keluarga saya termasuk mengatakan bapa saya gila, katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya lagi, dia kini tidak mahu ke sekolah itu lagi kerana risau terus dibuli rakan-rakannya, selain tidak mampu mendaki anak tangga untuk ke kelas yang terletak di tingkat tiga sekolah terbabit.


Sementara itu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Asma, 32, berkata, anaknya dikesan berjalan secara tidak normal sejak Jun lalu dan kini kanak-kanak itu juga tidak boleh berjalan lama dan jauh sehingga terpaksa didukung untuk ke mana-mana.
"Sebelum ini saya sudah beberapa kali berjumpa guru di sekolah berkenaan namun seperti tidak diendahkan apabila mereka hanya memberi jawapan akan siasat dan pantau sahaja.
Malah, ada guru yang memberi gambaran negatif kepada suami saya berikutan dia mengalami masalah kesihatan skizofernia," katanya yang juga kakitangan di sebuah hospital di sini.
Katanya, pemeriksaan pengimejan resonans megnetik (MRI) telah dilakukan ketika anaknya ditahan wad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) baru-baru ini setelah dirujuk kepada pakar kanak-kanak.
Doktor beritahu tulang belakang anak bengkok yang mungkin disebabkan 'terhenyak' dan tidak menolak terdapat faktor lain yang menyebabkan keadaan itu.
"Kini, suami terpaksa mendukungnya termasuk untuk ke bilik air. Bahagian belakangnya juga kelihatan seperti kemerah-merahan dan benjol, saya sangat sedih melihat keadaan anak saya, ujarnya yang turut memberitahu sudah membuat laporan polis ekoran kejadian itu. -UTUSAN ONLINE






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah ngadu kat ckgi pgtua tak jln.. pindah srkolah ajelaaa.. senang.. kdg kdg cikgu pun dah tak mampu dah.. dihukum budak jahat tuuu cikgu tuu kena balik.. cikgi hanye dpt tegur shj.. lebih lebih kang mak pak bdk setan tuu serang cikgi balik.. ade shj jawapan seperti jubo diberi..

Pernah cikgi srkolah aku budak curi hp mahai dia.. budak bgtau kat cikgu tuu.. cikgu tuu pi rumah budak jahat tuu.. mak pak biul tuu jwb bkn curi ok tp dia ambil jer.. mak pak pun tahu hp tuu tp buat bodo jahhh.. sooo..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:08 PM | Show all posts
apa nak jadi ngan anak bangsaku kini.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:16 PM | Show all posts
makin menjadi2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, kesian adik ni. Semoga diberikan kesembuhan. Harap yg membuli tu diberikan hidayah. Nk doa supaya dpt kifarah, diriku tidak maksum
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:08 PM | Show all posts
Siapa yang buat, siapa yang tak endah semua..... bila engko dibuli, bila orang lain tak endah tengok engko dibuli nanti... jangan heran pulak kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik ni. Disebabkan buli, sampai menjejaskan fizikal dia. Kenapa la budak2 zaman sekarang ni macam ni perangai nya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 14-8-2019 04:30 PM
Kalo dah ngadu kat ckgi pgtua tak jln.. pindah srkolah ajelaaa.. senang.. kdg kdg cikgu pun dah tak  ...

Sooooo hanat mak bapak budak tu. Kalau aku jd cikgu tu, aku henyak mak bpk dia. Bodohhh betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dia

Jahat betul la kanak2 pembuli tu
Cikgu2 pun
Kenapalah
Naya betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 yang buli tu yahudi nasoro kan sis? Sebab kalau anak2 kecil yang syumul itu mengamalkan ajaran islam yang betul..tidak akan berpelakuan sebegini..wallaualam.

Semoga adik disembuhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:20 PM | Show all posts
serang hendap kat luar sekolah.. bedal habis habisan.. boleh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:28 PM | Show all posts
kenapa boleh berlarutan sampai mcm ni?


sedih, marah, malu, terkejut, terduduk semua ada.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:30 PM | Show all posts
cabut nyawa budak2 pembuli itu sebelum benih mereka bercantum jaid keturunan pembuli di kemudian hari .Bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 situ useless ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 09:48 PM | Show all posts
hmmm..cikgi pun dah tak boleh buat apa dah...lelebih kang..jadi kes pulak..udah viral satu malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.104337s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list