Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
679
View
8
Reply

[Dunia] Mahkamah bebas suspek bunuh lelaki Islam

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-8-2019 08:11 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI: Sebuah mahkamah di India membebaskan enam lelaki daripada tuduhan membunuh seorang lelaki Islam yang dipukul beramai-ramai kerana dituduh menyembelih lembu dengan alasan kekurangan bukti.

Keputusan itu menimbulkan keraguan pada pihak pendakwa raya mengendalikan kes berkenaan walaupun terdapat beberapa rakaman video menunjukkan mangsa dipukul, Pehlu Khan beramai-ramai hingga mati.

Pada 2017, Pehlu Khan dan dua anak lelakinya dipukul beramai-ramai oleh pelampau Hindu di negeri Rajasthan kerana dituduh membawa lembu untuk disembelih.

Video yang dirakam menggunakan telefon bimbit itu menunjukkan mangsa merayu dibebaskan sebelum mereka dipukul sekumpulan lelaki. Pehlu meninggal dunia tetapi dua anaknya selamat.

Sejak Perdana Menteri Narendra Modi berkuasa selepas parti pro-Hindu memenangi pilihan raya pada 2014, ramai penduduk Islam menjadi mangsa serangan kumpulan pelampau Hindu.

Peguam bela tertuduh, Hukum Singh Sharma berkata, mahkamah di bandar Alwar membebaskan enam lelaki berkenaan kerana pendakwa raya gagal mengaitkan mereka dengan serangan itu.

Pendakwa raya, Yogendra Singh memberitahu NDTV, mahkamah tidak menerima video berkenaan sebagai bukti.





Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dasar sistem celaka betul.dh bunuh org, kene lepas pulak.bajingan sama taraf dgn dna lembu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
So pembunuh aruah adib lepas jugak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak celaka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pihak yg sanjung india...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 09:03 AM | Show all posts
kesiannyaaa. klu laa islam ni takde adab lama dah korg kena lg teruk dari ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:57 AM | Show all posts
semoga syahid la yg kena pukul tu kalau dia nak sembelih utk korban/aqiqah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 11:13 AM | Show all posts
Ha Ha Ha......... Yang ni puak2 liberal hidung pesek tak nak bertandang masuk dan menyindir ke?......... Oh lupa, takde perkataan hafiz dengan lobai.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ummah dna sana memg selfish.bak kata kawan aku malaysian indian sendiri.nasib baik lahir di malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079098s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list