Semua mengetahui bahawa pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah dikurniakan seorang puteri dan dinamakan Alisa Aisyah.
Keluarga pasangan ini sentiasa mendapat perhatian ramai termasuklah anak sulung mereka iaitu Yusuf Iskandar yang petah berbicara walaupun usianya masih kecil sehingga menambat hati ramai netizen.
Terbaru, Hairul Azreen telah berkongsi satu video di laman Instagramnya di mana dia bersembang dengan Alisa dan bertanya sama ada dia sudah mahu tidur.
Video comel itu ternyata membuatkan ramai cair kerana seronok melihat telatah Alisa yang comel.
Pun begitu, ramai netizen turut memuji si kecil itu kerana mempunyai bulu mata yang melentik dan ada yang berseloroh sama ada Hanis rajin memakai maskara semasa mengandungkan Alisa.