Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1968
View
31
Reply

[Tempatan] Suruhanjaya Tinggi Namibia buat aduan terhadap pegawai imigresen KLIA.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-8-2019 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-8-2019 12:41 PM

Suruhanjaya Tinggi Namibia buat aduan terhadap pegawai imigresen KLIAMinderjeet Kaur -

August 17, 2019 4:15 PM





Adventure Simataa Simasiku (kiri), Persuruhjaya Tinggi Namibia, Anne Namakau Mutelo dan Roydie Mabengano Simasiku (kanan) di KLIA.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Tinggi Namibia membuat aduan rasmi kepada Wisma Putra terhadap seorang pegawai imigresen yang didakwa biadab terhadap pesuruhjaya tingginya dan menahan 2 warganya tanpa sebarang penjelasan pada Isnin.

Pesuruhjaya Tinggi Anne Namakau Mutelo memberitahu FMT aduan itu dibuat kepada Kementerian Luar Negeri kerana merela bertanggungjawab ke atas kebajikan wakil-wakil diplomatik.

Menceritakan kejadian dengan pegawai imigresen itu, Mutelo berkata ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Ogos.

Dua anak saudaranya, Adventure Simataa Simasiku dan Roydie Mabengano Simasiku, tiba di KLIA tetapi diminta keluar dari barisan imigresen dan pergi ke sebuah bilik.







Mereka diberitahu bilik itu pejabat imigresen untuk mereka cap pasport mereka jika mahu memasuki Malaysia.

Mereka ditahan selama 3 jam di pejabat imigresen itu bersama ramai lagi orang Afrika dan warganegara, katanya.

Beliau berkata adik beradik itu memaklumkan kepada imigresen bahawa mereka anak saudaranya dan dia dalam perjalanan untuk mengambil mereka.

Mutelo kemudian memperkenalkan dirinya kepada imigresen dan meminta sebab-sebab penahanan itu.

Suruhanjaya Tinggi Namibia dalam kenyataan akhbar berkata pegawai imigresen terbabit berulang kali mengatakan ini Malaysia dan bukan Namibia dan mencampak pasport adik beradik itu kepada Mutelo.

Sebahagian daripada perbalahan itu dirakam oleh Adventure tetapi pegawai imigresen berkenaan meminta dia memadamkan rakaman itu, katanya.

Mutelo berkata Suruhanjaya Tinggi membantah cara kasar dan tidak bertamadun pegawai terbabit melayan kerajaan dan rakyat Namibia.

Beliau berkata pegawai berkenaan mencabuli hak warga Namibia berkenaan apabila menahan mereka secara tidak sah.

Selepas trauma itu dan apabila pasport sudah dicap, tiada sebab-sebab sah diberikan tentang penahanan itu, katanya.

Mutelo tidak menyatakan apakah tindakan yang patut dikenakan terhadap pegawai imigresen terbabit, mengatakan terserah kepada kerajaan Malaysia bagaimana untuk menguruskan isu berkenaan.

Wisma Putra memberitahu FMT kementerian kesal dengan kejadian itu dan aduan rasmi berkenaan sudah disampaikan kepada imigresen untuk siasatan dan tindakan.



Kejadian yang dikesali itu tidak menyasarkan mana-mana warga dari rantau Afrika, katanya.





Imigresen nafi biadap terhadap anak saudara pesuruhjaya tinggi NamibiaBernama -

August 18, 2019 1:47 PM





Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung tindakan Mutelo mencampuri urusan serta SOP jabatan itu. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan pegawai jabatan itu bertindak biadap terhadap 2 anak saudara lelaki Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Ogos lepas.


Ketua pengarahnya, Khairul Dzaimee Daud berkata, 2 lelaki berkenaan dibawa ke pejabat operasi JIM di KLIA hanya untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan lawatan sosial mereka ke negara ini.

Kedua-dua mereka sebelum itu gagal memberikan jawapan memuaskan semasa berada di kaunter ketibaan imigresen, katanya ketika dihubungi.


Semalam, media melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Namibia, Anne Namakau Mutelo mendakwa 2 anak saudaranya, Adventure Simataa Simasiku dan Roydie Mabengano Simasiku ditahan seorang pegawai Imigresen selama 3 jam selepas tiba di negara ini pada 6.25 petang.


Mutelo mendakwa tindakan pegawai itu mencabuli hak warga Namibia kerana menahan mereka secara tidak sah.

Khairul Dzaimee berkata, susulan kejadian itu, pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung tindakan Mutelo yang mencampuri urusan serta prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu.


Katanya ketika kejadian, Mutelo meluru masuk ke pejabat operasi dan mempersoalkan SOP jabatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi.

Satu surat bantahan akan dihantar minggu depan kerana beliau (Mutelo) mencampuri urusan dan SOP agensi kerajaan serta menimbulkan perkara yang tidak benar, katanya.












Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu negara
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:11 PM | Show all posts

Tu belun kena dgn imi China or Imi US. Kalau kena mana mau mengadu dong?


Nota:Hari itu aii tgk youtube Nigeria yang ada budak nama perempuan nama Success .. rata rata guna alasan pergi Malaysia. Kalau orang kita sesikit "ohh saya tak ada di malaysia saya ada di UK" or di US or di Japan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa 3 jam ko dah merempan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Immigration menjalankan tugas...kan lepas buat jenayah plk.kalau kena kat USA ke berani ke nak komplen?tak pyh nak layan komplen2 yg sengaja nak buruk2an anggota Immigration
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:41 PM | Show all posts


Takde sebab negara nak malu. Immigration jalankan tugas mereka, especially sekarang ni warga Afrika dah terlalu ramai yg masuk bukan utk sebab yg dinyatakan, tapi utk buat kerja2 jenayah. Problem dari negara mereka bawak masuk Malaysia. No way.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama la tu.. imi ostrolia tahan, halau balik orang Malaysia bila depa syak, atau depa rasa bukan nak melancong..

Sama ja kot.. dah umat dari negara tu buat masalah.. tempias habih kat semua orang.. nasib la
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak malu k pa dah mmg tugas dorang.kena dgn immi china lg teruk
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku jadi wisma putra buat dek jelah.x payah nak layan sgt.kalau dok layan mcm mn anggota immi mak buat kja.tak buat kja kata rasuah,tapi bila buat kja kata lain plk
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-8-2019 08:42 AM
Sama la tu.. imi ostrolia tahan, halau balik orang Malaysia bila depa syak, atau depa rasa bukan nak ...

Tgk YouTube search border force atau border control.

Bezanya Kapir laknatullah tu buat kerja dgn melayu ketuanan ialah layanan.

Firm itu perlu. Tapi dlm menjalankan kerja, tiada tempat utk berlaku kasar Dan tidak beradab, layan org dgn cara Tak bertamadun. Ini isu yg ditimbulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:47 AM | Show all posts
kenapa sibuk bagi muka sgt ni???

malaysia jgn bagi muka utk mana2 bangsa dan negara lain. biar org gerun sikit!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 18-8-2019 09:30 AM
Tgk YouTube search border force atau border control.

Bezanya Kapir laknatullah tu buat kerja dg ...

Yang kafir tgk kat youtube. Yang melayu tu sis tengok kat mana?
Nak tgk jugak untuk perbandingan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla. Sebelum ni aku nampak tanya siket2 dan lepas. Diorang ni la benteng pertama nak tapis orang luar. Dah tiga ekor ni masuk profile awang itam buat masalah, memang patut kena tahan. Tengok australia punya sikap, tegas dan siasat betul2 siapa yang masuk negara dia. Siap sebab belajar asyik fail pun dia batalkan visa pelajar minah tu. Ini awang itam yang datang malaysia ni ramai menyamar jadi pelajar lepastu buat taik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:55 AM | Show all posts
simple je pemakaian pesuruhjaya tinggi tu.cm nk pi pasar aja
msti org merendah diri cmni


kalau korang rekod video dlm tepon, kemudian diminta ssorg padam file tu , korg padam samada dari internal storage atau sd card,
korg bole dptkn balik 90%-100% data dgn software  yg kt internet  tu..  aku pnah bantu kes gamba scammer yg marah mangsa, suruh mangsa padam gambar dri tepon dia depan mangsa,  tapi sib baik si mangsa jupe aku, dptla restore gmba dia, pstu wat report..smpai kene tngkap dah, psl gmba yg dipadam mmg bole restore balik..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Immi kiter dah x boleh nak bsangke baik ngan puak2 ni. Dh bmacam jenayah mat afrika buat, pikir lah sendiri. Kalau immi buat lembut korang gak meroyan,kate nyer penjawat awam x buat keje. Selagi x melibat kan sentuhan fizikal, ape nak dibising
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-8-2019 10:19 AM | Show all posts
kasibiman replied at 17-8-2019 05:30 PM
Tgk YouTube search border force atau border control.

Bezanya Kapir laknatullah tu buat kerja dg ...

Betul tu kesilapan kerana mencampakan passport.

Australian  ..uk seperti mana dalam documentary tu mereka kena maki hamun dengan pelancung pun masih cool lagi tak ada marah ataupun menggunakan bahasa kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nya kakak2 kepam cari ini. Korang faham tak artkel itu dan apa yang heshe komplen kan?
Banyak makan babi ke sampi bebal macam babi nak faham artikel pun tak reti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai Immigresen semua poyo2....kalau pergi JIM ko tengok macam mana dorang tengking2 indon,bangla semua. Padahal pendatang tu tanya2 question jer borang apa itu ini pun kena jawab tengking2. Tak professional lansung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila warga asing tau Malaysia mudah 'disaiko'....tgklah camner warga asing bermaharaja lela kat Msia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan lepas aku pernah la tgk foreigner kena tengking dgn imigresen. Salah apa tak tau la. Dah la masa tu ramai org tgh queue.
Tapi kesian pulak kat pegawai imigresen. Kalau terlepas penjenayah dorang jugak kena komplain tak buat kerja makan gaji buta. Cuma part campak passport tu agak rude lah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089197s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list