Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
14797
View
253
Reply

"I Tak Boleh Bernafas, Dada Sakit, Mental Teruk" - Diana Danielle Kongsi Pengalaman

[Copy link]

Author: Cari-Azza       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-8-2019 10:44 AM | Show all posts |Read mode




"I nangis ni sebab I penat cari nafas. Dah 3-4 hari macam ni, masih tak boleh bernafas."



Itu luahan aktres Diana Danielle menerusi laman Instagram mengenai apa yang dilaluinya minggu ini. Dengan nada yang sedih, isteri kepada Farid Kamil menjelaskan yang masalahnya terlalu berat untuk ditanggung. Kebimbangan melampau (anxiety) yang dialaminya bukan perkara main-main kerana ia telah dialaminya sejak dua minggu yang lalu lagi.



Simptomnya berturutan iaitu peluh berlebihan, tidak boleh tidur, degupan jantung laju, hilang selera dan rasa penat sangat membuatkan Diana berasa sukar bernafas. Lebih teruk beberapa hari yang lalu, dia dilanda serangan asma hingga terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan di pusat perubatan.



  



Menurut Diana, apa yang dialaminya sangat menakutkan. Walaupun dia cuba untuk tidur yang cukup, makan makanan berkhasiat dan sebagainya namun apabila diserang kebimbangan melampau, tiada apa yang boleh dilakukan kecuali cuba mencari nafas itu sendiri.



"Tak pasti hari keempat atau lima. Saya tidur awal jam 11, kemudian bangun awal pagi.

Tidur lagi 2 petang dan bila bangun, masih tidak dapat bernafas."



Foto : IG




Walaupun doktor yang memeriksa memberitahu tekanan oksigennya di tahap 100 peratus, namun dia tetap susah untuk menghela nafas sehingga menangis kerana terpaksa menanggung beban keterlaluan.



Biarpun videonya dirakamkan dalam keadaan tidak terurus namun perkongsiannya ini adalah untuk menegaskan bahawa sindrom kerisauan melampau adalah benar. Biarpun akan ada orang yang menyatakan ia sekadar mainan perasaan semata-mata, tetapi rakyat Malaysia tahu ada orang yang sedang menderita.



"Saya berkongsi perkara ini sebab tidak ramai yang berani bercerita secara terbuka di Malaysia dan ianya tidak adil.

Biarlah saya bercerita dan cuba cara yang dikongsi oleh orang lain."



Foto : IG




Ya, rasa kemurungan, kebimbangan melampau antara penyakit kejiwaan yang perlu dirawat. Ini kerana jika ia tidak diatasi di peringkat awal, ia akan membahayakan nyawa individu itu sepertimana yang berlaku terhadap Diana Danielle iaitu kesukaran bernafas. Mungkin dengan meluahkan di media sosial atau berkongsi, akan ada yang boleh membantu walaupun ada juga yang akan mengeji. Apa pun diharapkan Diana kembali pulih seperti biasa ya. - CARI


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:56 AM | Show all posts
get well soon dear....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit2 pun sempat berselfie bagai..
Cian datin huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:08 AM | Show all posts
kesian...apa lagi laki dah tambah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Memg ksian, ada rmai je frumer dlm ni anxiety sedar or xsdar jer. Member iol mkn ubat anxiety, lama2 heol dgr pnglmn org yg kena anxiety tp dah baik. Heol ikut cara tu. Pntang mkn. Hnya rebus n stim je. Dah 2 taun lbih heol hnya mkn ayam, sayur parkchoy/sawi, karot, ada bbrapa jnis ikan. Hnya guna gram n sdikit gula. Kuih hnya guna tpung beras je, xminum ais. Skrg heol dah sembuh. Tp msih xbrani nk mkn plbgai rsau dtg lg. Xblh stress n penat mlampau. Bnyk mknan yg angin n pedas mnybabkn lg truk anxiety.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:18 AM | Show all posts
aku kalu da sakit xsempat la nak pegang fon..even bapak aku meninggal pun fon aku tah mana2 aku tak daya nak pegang..pelik org skang ni tangan berjahit ngan fon..gila
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:23 AM | Show all posts
chicozinn replied at 19-8-2019 11:18 AM
aku kalu da sakit xsempat la nak pegang fon..even bapak aku meninggal pun fon aku tah mana2 aku tak  ...

mungkin itu cara dia nk luahkan rasa sakit
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..faham perasaan sentiasa berdebar2 tu macammana tapi tak pernah jadi macam DD ni sampai tak boleh bernapas
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe stress perangai laki ke.. tapi kesian ler. Sejak kahwin macam2 dia hadap
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:38 AM | Show all posts
aku kesian dia ni, laki dia mmg drag her down laa, aku ingat muka lawa mix blood dapat ler jerung, ruhainies muka kemek lagi nan desa pun bole tangkap jerung (gamaknya laaaaa). kalau laki sejenis yg mmg mendatangkan masalah dr satu hal ke satu hal, mmg bole heart attack si dd ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:40 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan semuanya ye DD.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:42 AM | Show all posts
Dia ni tabah betul la jadi wife FK ni..sampai dah tahap anxiety attack bagai. Yet dia still tunjuk she's happy. One super strong lady..tp kalau nak hadap sampai mati perangai laki camni..haihhh..tak berbaloi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:43 AM | Show all posts
kesian, iols tengok separuh je video sheols. semoga cepat sembuh dd. nampak je dia ceria happy, tapi duka dia tak siapa tahu. sebab tu kot dia rekod ni, untuk kesedaran umum
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Wa rasa dia stress dgn masaalah keluarga sejak dia kawin...mak nya,  laki nya...kemudia beranak pinak. Tapi dia ingat dia boleh control Dan handle Itu semua... Konon she is fine... Ammekkau sekarang meletopp.

3 benda boleh buat badan Kita Sakit.
1. Kurang vitamin
2. Stress
3. Allergy

Selain kena saka org hantar laa

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:47 AM | Show all posts
ni bukan anxiety attack, so don't lock it in the mental issues problem, also not thyroid syndrome

ni more tu, terlalu stress dgn keadaan kehidupan dia skrg yg entah apa2. She is holding on more for the kids than for herself, tu sebab dia tertekan sgt. Nak anak2 dia membesar in a normal family kot, masaalahnya laki dia tu tak normal to begin with.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:51 AM | Show all posts
Pernah kena attack kat kedai makan. tgh lepak2 tiba2 hati berdebar2 jadi takot nafas jadi laju.
Tahan2 sampai nafas tercungap2. Pergi emergency and Doc kata i ada anxiety dapat la ubat tido paling kuat. Memang kuat sebiji telan kejap ja hilang ahahaha. then lepas tu study la apa bnda la penyakit ni, skang ni Alhamdulillah dah pandai nak kawal. Selalu kalau berdebar2 iols akan call family terdekat borak2 dengan dorg tanya sihat ker ada apa2 jadi ka. Lepas tu kalau tengah keje tinggalkan keje keluar office  jalan. Alhamdulillah jadi kat diri sendiri kawal minda jangan fikir bukan2. tak nak bergantung dengan ubat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 19-8-2019 11:14 AM
Memg ksian, ada rmai je frumer dlm ni anxiety sedar or xsdar jer. Member iol mkn ubat anxiety, lama2 ...

itu penyakit GERD. berkenaan dgn Gastro Esofugus Reflux Disease. Tanda2 awal /symptom adalah anxiety attack. Mmg sengsara. Mkn berpantang , x boleh stress mcm2 la .. GWS DD
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:00 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh dd
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:01 PM | Show all posts
kesian ..semoga cpt semboh DD
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:02 PM | Show all posts
try baca yassin hari2, insyallah x de nye nk panic attack bagai sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.110115s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list