CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 0

[Tempatan] dadah bernilai hampir rm700 juta dirampas!

[Copy link]
Post time 19-8-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DISIFATKAN antara rampasan dadah terbesar dalam sejarah apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kartel dadah tempatan selain merampas ketamin dan kokain bernilai hampir RM700 juta.

Sumber berkata, rampasan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu membabitkan ketamin seberat hampir 500 kilogram (kg) dan kokain seberat lebih tiga tan.

Menurutnya, kejayaan itu susulan serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, KDRM dan cawangan polis berkaitan di sebuah kilang di Puncak Alam, Selangor, petang semalam.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dan sembilan warga asing yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah.

"Pemeriksaan susulan menemui 11 guni dipercayai berisi serbuk ketamin.

“Suspek yang disoal siasat kemudian membawa anggota polis ke sebuah rumah di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor," katanya.

Menurutnya, polis melakukan pemeriksaan rapi di kediaman itu sebelum menemui lebih 3,200 ketulan dadah mampat disyaki kokain seberat lebih tiga tan.

"Polis masih menyiasat kemungkinan sindiket menjadikan negara ini sebagai transit berikutan penggunaan dadah kokain di Malaysia tidak popular berbanding syabu dan ketamin.

"Kokain berasal dari Amerika Selatan mendapat permintaan tinggi dari sindiket di negara jiran dan harganya menjangkau ratusan ribu ringgit sekilogram," katanya.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rampasan dadah ini dianggap antara kejayaan terbesar PDRM yang sebelum ini pernah merampas dadah syabu seberat 2.06 tan bernilai RM103. 2 juta di Ulu Tiram, Johor pada Mac lalu.


https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/487716/amp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.295940 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list