CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3589|Reply: 79

[Tempatan] Individu bangkit isu perkauman terus ditangkap, tiada lagi amaran - KPN.

[Copy link]
Post time 21-8-2019 04:24 AM | Show all posts |Read mode
Individu bangkit isu perkauman terus ditangkap, tiada lagi amaran - KPNTarikh kemaskini: 20/08/2019

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

"Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan memang saya akan buat (lakukan tangkapan).


"Saya bagi arahan kepada anak-anak buah saya untuk siasat kes terkelas melibatkan keagamaan dan kaum. Jangan tunggu, terus siasat dan tangkap. Saya ulang tiada lagi amaran," katanya kepada Bernama News Channel di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata banyak pihak terpedaya dengan agenda tertentu yang dicipta pihak-pihak tidak bertanggungjwab untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.

Beliau berkata individu-individu yang terpedaya itu, kemudian berkongsi perkara tidak sahih, merakam video berbaur perkauman dan menyebarkannya di media sosial selain menghina dan memaki pemimpin negara.

"Saya menyeru kepada orang ramai jangan terpedaya dengan mainan politik pihak tertentu dengan secara tidak disedari mereka terperangkap, makanya orang yang menularkan video tidak tahu hujung pangkal, akhirnya mereka ditahan dan didakwa.

"Saya nasihatkan jangan ambil tindakan yang melulu dan ikut emosi," katanya sambil menambah tindakan pihak tidak bertanggungjwab ini telah mengakibatkan masyarakat keliru, takut dan negara dilihat seolah-olah porak peranda.

Abdul Hamid berkata pelbagai isu perkauman sedang dan telah diselesaikan pihak polis demi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Saya menyeru pemimpin politik supaya mereka ada sikap tanggungjawab dalam bulan (Bulan Kebangsaan) ini kerana kita hendak sambut Merdeka. Banyak kenyataan tidak bertanggungjawab dikeluarkan, sepatutnya mereka (pemimpin politik) lebih bertanggungjawab selepas kita berjaya jalankan proses demokrasi cemerlang.

"Sekarang macam porak-poranda pula. Semua kaum, orang ramai jadi takut apa yang berlaku dalam negara kita ini, biarlah bertanggungjawab.. Jangan keluarkan kenyataan tanpa guna akal fikiran, hentikan semua ini," katanya

-- BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2019 04:26 AM | Show all posts
Ye bagus tu tangkap terus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah... dah ramai sgt yg boleh ditangkap... silalah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus, yg buat statement terang2an harap tangkap jer terus, tanpa mengira dari pihak mana sekalipun dan dari setinggi mana status sosial sekalipun pengucap berkenaan.....

Harap tiada bias, satu pihak saja yg kena yg lain dibiar berleluasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pls tangkap lokman adam dan papagomo ...bosan tgk diorg menghasut melayu sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 21-8-2019 11:03 AM

jgn tunjuk berani  dgn pembangkang je.. .kalu dgn mentri  dan taikun dap  terus  kecut telur .......elok potong bagi anjing makan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh mula dgn 5 kategori ni dulu. Baru rakyat percaya.

1) Mereka yg anti tulisan jawi.
2) Mereka yg menghina tentera.
3) Mereka yg menghina Jalur Gemilang.
4) Mereka yg pertikai ibadat Qurban.
5) Mereka yg kata Melayu pendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:10 AM | Show all posts
R2D2 replied at 21-8-2019 07:00 AM
Boleh mula dgn 5 kategori ni dulu. Baru rakyat percaya.

1) Mereka yg anti tulisan jawi.

Hanya permohonan maaf sudah memadai. Kes setel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 07:25 AM | Show all posts
R2D2 replied at 21-8-2019 07:00 AM
Boleh mula dgn 5 kategori ni dulu. Baru rakyat percaya.

1) Mereka yg anti tulisan jawi.

rasanya tidak...org yg suruh tangkap org yg bangkitkan 5 perkara di atas akan ditangkap dulu....see the kerajaan skg lah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 21-8-2019 07:25 AM
rasanya tidak...org yg suruh tangkap org yg bangkitkan 5 perkara di atas akan ditangkap dulu....se ...

itu sudah pasti punya. siapa yg buat aduan tentang puak puak ni pasti akan dituduh bangkitkan isu perkauman jadi mereke lah yg akan ditangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes semburit
Lokman buat laporan pasal semburit dia pula  yg kena tahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:49 AM | Show all posts
kalu kita yg kutuk2 puak sana n minta maaf lepas tu, boleh lepas tak?
alah macam dorang selalu buat tu, boleh lepas tak ni?

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 21-8-2019 07:00 AM
Boleh mula dgn 5 kategori ni dulu. Baru rakyat percaya.

1) Mereka yg anti tulisan jawi.

Berani ka nak tangkap?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 21-8-2019 07:59 AM

Hat ni kalau kena tangkap.. Siap berguling lagi.. Lps tu meratib kata ni semua rasis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kenari2101 replied at 21-8-2019 07:49 AM
kalu kita yg kutuk2 puak sana n minta maaf lepas tu, boleh lepas tak?
alah macam dorang selalu buat ...

Boleh.           
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:15 AM | Show all posts
cik_chili replied at 20-8-2019 10:06 PM
pls tangkap lokman adam dan papagomo ...bosan tgk diorg menghasut melayu sana sini...

yang cina , india hari-hari rasis, buat ucapan, hasutan dalam bahasa diorang yang kau tak faham tu macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:27 AM | Show all posts

nnt kalau kene kutip.. "ape sarahan sy".. tepon kene hack, tepon hilang... sebetulnye, dah "Mentodi" tu jgnlah main smartphone
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:38 AM | Show all posts
ikan bilis cepat je tangkap...kalau jerung banyak je alasan..ehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.573187 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list