CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34329|Reply: 256

Ramainya Muslimah Buat Sulam Bedak, Tak Tahu Ke Haram Sebab Menyerupai Tatu?

  [Copy link]
Post time 21-8-2019 07:20 AM | Show all posts |Read mode




'Beauty is pain'. Ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk cantik hatta mengubah wajah sekalipun. Jika zaman dahulu, pemakaian susuk sangat popular untuk tampil jelita, kini pelbagai 'susuk moden' muncul yang kononnya lebih selamat dan 'halal'.



Kata mereka pembedahan plastik haram kerana mengubah wajah, namun pelbagai cara lain yang kononnya mendapat impak sama dilakukan. Pemakaian 'filler', penggunaan dna haiwan dan merosakkan kulit wajah secara tidak langsung antara cara yang disarankan bagi mendapat kulit cantik.



Paling popular ketika ini ialah sulam bedak yang semakin ramai pengikutnya. Didakwa 'mesra wuduk' namun ramai pakar agama menyatakan ianya tidak sah wuduk kerana ianya seperti tatoo iaitu menanam 'warna pigmen' ke dalam kulit. Lebih teruk, ia menutup pori-pori serta merosakannya dalam jangka masa panjang.







Kegilaan wanita Asia menjadi putih dan pipi berwarna merah ini memang sudah lama sebenarnya. Namun sulam bedak itu sendiri berasal dari Korea Selatan yang juga dikenali sebagai Korean BB Glow. Kemudiannya ia beransur-ansur memasuki Indonesia dan kini popular di Malaysia.



Wajah yang bercahaya dan pipi kemerahan menjadi simbol kecantikan dan pemakainya tidak perlu lagi memakai bedak dan pemerah pipi kerana ia sudah tertanam di dalam kulit muka. Begitu juga dengan melentikkan bulu mata yang kekal beberapa bulan hingga tidak perlu lagi memakai maskara!








Hal ini membuatkan ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menggunakan sulam bedak, sulam blusher dan sulam bibir supaya tidak lagi mengenakan solekan ketika mahu keluar atau berselfie. Lebih mudah kata mereka tanpa menyedari ianya haram serta banyak kesan negatif.



Bagi warganet yang sedar tentang bahayanya teknik sulam bedak ini menasihatkan wanita-wanita ini supaya tidak terpedaya dengan 'keindahan' yang ditonjolkan itu.









Diharapkan dengan pendedahan ini, wanita lebih berhati-hati memilih rawatan yang sesuai dan halal. Janganlah obses cantik hingga tidak peduli halal dan haram! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 09:08 AM | Show all posts
tapi macam tak kena pulak
kalau hidung macam dalam
gambar tu nak pipi pink..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish laaaa.. apa ka bangang laaaa menusia2 nih... gigih nak sulam bagai... mokalokata Belanga ka.. xpayah nak sulam2 ngat aihhh.. boh blusher pon segak nk mampuih dah! Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Belanga_Tefal replied at 21-8-2019 09:29 AM
Ish laaaa.. apa ka bangang laaaa menusia2 nih... gigih nak sulam bagai... mokalokata Belanga ka.. xp ...

Bahasa awak macam odah da vass. Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni ada mild rosacea kat pipi. So kalau tengah panas sikit atau ada bahang memang mudah naik merah2.

Aku tak suka n selalu berharap kulit aku ni normal. Tengok gambo atas ni... sengaja cucuk2 bagi muka merah2... haihh pelik sungguh. Tak bersyukur betullah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 21-8-2019 09:08 AM
tapi macam tak kena pulak
kalau hidung macam dalam
gambar tu nak pipi pink..

Memang tak kena pun, muka melayu, kaki leher, jari, kaki coklat/gelap, tapi muka putih + pinkish.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2019 09:41 AM | Show all posts
Owlknight replied at 21-8-2019 09:34 AM
Bahasa awak macam odah da vass. Hahahahaha

odah lagi naik level mencarut tu kannn.. baru start vdeo pon dah "okey celaka".. budussss
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:41 AM | Show all posts
baru la tau ada benda2 sulam2 gini..aku tau sulam guna benang je..eh pemalas nya pompuan, guna mekap je la.. rm 800 tu kau boleh dah beli high end produk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
+ contact lens biru, hijau, kelabu, pliss lah tu semua tak sesuai untuk native ethnic asia tenggara, brown / light brown je sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:42 AM | Show all posts
aku follow IG sulam2 bedak nak tgk

mmg ngeri
diorg buat sulan bedak, blusher, lipstik
filler tetek bonbon
pecah lemak ke apa tah
buang segalam parut and bleach badan jadi mcm pucat lesi

anjolie pon buat semua ni
baru2 ni buat filler tetek beria dia goncang2 nenek depan camera dekat IG
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit lebih sket lh tu gigih nk alter tmbah mcm2 kt kulit kt muka...cuba lah gna duit tu beli makanan yg berkhasiat klu nk kulit cntik ke apa...we are what we eat... korg alter mcm mna pn buang duit ratus2 tp klu ‘sampah’ jugak yg msuk dlm bdn, dlm perut ingat boleh cantik sihat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:46 AM | Show all posts
ramai org buat eh.... kl keburukkan nyer dah lama dah kkm haram kan..

melayu islam nak buat suka hati depa laaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya, yg nasihat tu pun kalau ada duit, dorang nak buat jugak.. Ramai je sekarang ni bagi nasihat semata nak sedapkan hati sendiri.
Btw, memang memudaratkan pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:47 AM | Show all posts
Ramai muslimah juga tak tahu bahawa mencukor bulu kening itu harom sebab perbuatan itu mengubah ciptaan Allah tetapi mencukor bulu kemaluan itu sunat sebab itu laen.....laennnnn.

Ini lah tanda akhir zaman.......

Wallahualam,
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:48 AM | Show all posts
kl haram sane sini.. ape kata haramkan jugak make up2 ni....

make up pon mengubah wajah gak.. tp sekejap2..
sulam bedak ni.. mekap tahan berbulan.

halal haram ni ade sela mase ke?.. mekap few hours x haram.. mekap tahan 2-3 bulan haram... gitew ek?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:52 AM | Show all posts
oooo baru tahu apa itu sulam bedak..dorg nak bangun pagi masih lawa lah ni..mungkin sebelum ni bangun pagi kejung je tengok muka sendiri..ekekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 09:55 AM | Show all posts
Nak pelik apa Uqasha senrose pun mcm buat tu je. Pipi hidung dagu merah semacam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
shark_eow7 replied at 21-8-2019 09:41 AM
odah lagi naik level mencarut tu kannn.. baru start vdeo pon dah "okey celaka".. budussss

Hahahahaha. Tapi ramai pula orang follow dia. Pemes makcik tu sampai boleh buat review bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cantik tapi malas macam tu la...

Dah tua nanti (tu pun kalau sempat),  tanggunglah akibatnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:58 AM | Show all posts
Owlknight replied at 21-8-2019 09:55 AM
Hahahahaha. Tapi ramai pula orang follow dia. Pemes makcik tu sampai boleh buat review bagai.

byk dah produk review.. rancangan memasak pon semakin mendapat smbutan skrg. silap2 esok ganti datin yg baru dilantik duta megi tuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.860321 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list