CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Zakir Naik Kekal Tinggal Di Malaysia: Tun M

[Copy link]
Post time 24-8-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 23-8-2019 10:27 AM
petition writer, si rentung maindeen tgh ketap2 bibir tu di bawah pohon angsana...

tahinah  @py ...

Petisyen writer?? Tak sangka aku.ko ni tua bangka betul yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 24-8-2019 10:26 AM
Yg aku maksudkan pendengar/pengikutnya. Mesej/pengajaran sebanar comparative religion tu tak berap ...

Pusing selagi boleh pusing. Tengok balik post hang tu. Sejelas jelasnya hang cakap ZN menghina umat agama lain di sini. So, sila bagi bukti
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
turboturtle replied at 23-8-2019 02:18 PM
Sis petisyen writer aper tu?
Jarang masuk porum...

Hanya golongan yg betul2 tua bangka macam @kemaruk je yg tau apa itu petisyen writer. Dia juga selalu sebut beberapa vocab lama macam peon tuh. Kita gulungan muda memang tak penah dengor bebende giteww
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 24-8-2019 10:34 AM
Pusing selagi boleh pusing. Tengok balik post hang tu. Sejelas jelasnya hang cakap ZN menghina uma ...

Baca jugak balik posts aku, baca within context yer, hope ko takde masalah pemahaman lar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 24-8-2019 10:44 AM
Baca jugak balik posts aku, baca within context yer, hope ko takde masalah pemahaman lar

Takyah nak konar lipat. Mana bukti tuduhan hang itu. Ni serupa cakap kosong ja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:51 AM | Show all posts
pyropura replied at 24-8-2019 10:19 AM
Yg nampak nggelupo tu ZN sendiri, kena provok oleh pengkritiknya, dia pun sama naik meloncat meroy ...

celah tetek mana kata zakir naik tu ulama...
tu la...ada bodoh tu simpan sikit...utk keturunan kelak...
ceramah zakir naik tu tak nak dgr..
sibuk dgr rentung barkata-kata...
terus megelupor mcm retung kena bako....
maka terserlah kebodohan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 24-8-2019 10:49 AM
Takyah nak konar lipat. Mana bukti tuduhan hang itu. Ni serupa cakap kosong ja.

Sah ko ada masalah pemahaman. Tu pasal lah jawap panjang menjela tapi completely lari dari point
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 24-8-2019 10:51 AM
celah tetek mana kata zakir naik tu ulama...
tu la...ada bodoh tu simpan sikit...utk keturunan ke ...

Tapi itulah anggapan para lobai semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 11:28 AM | Show all posts
Remyda replied at 23-8-2019 03:40 PM
Kaedah penyampaian atau dakwah ZN yang dikatakan tidak sesuai kerana menggunakan perdebatan yang m ...

Mcm aku kata, perspektif berbeza membawa interpretasi berbeza....kita org Islam nmpk hujah Dr Zakir Abdul karim Naik tu satu hakikat dan satu kebenaran, tp bagi penganut hindu itu satu penghinaan, merendah2kan agama mereka..

Sama macam kes yg terjadi baru2 nih, ahmoi DAP Laknatullah guna contoh buku lucah dan bible ditulis dlm tulisan jawi utk bag faham kat bangsa cina yg tulisan jawi is all about the tradition, not islamisation.....persektif dia contoh tu x salah sbb memang ianya hakikat , ianya kebenaran yg buku lucah memang ada ditulis dlm jawi, tp to some of us, melenting dan buat isu kata tindakan tu menghina jawi, lagi teruk kata tindakan tu menghina ISLAM terus....

So kita sbg org Islam saja yg bleh terhina? penganut lain xleh rasa terhina bila ianya melibatkan agama dan kepercayaan mereka??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 24-8-2019 11:03 AM
Sah ko ada masalah pemahaman. Tu pasal lah jawap panjang menjela tapi completely lari dari point : ...

Huk aloh. Sembang kosong ja la.

Serupa lidah bercabang hang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pls jangan halau dr zakir naik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 24-8-2019 11:28 AM
Mcm aku kata, perspektif berbeza membawa interpretasi berbeza....kita org Islam nmpk hujah Dr Zaki ...

Jadi apa masalahnya isu ZN ni. Dia bukan tahun ni baru duduk di Malaysia. Dah lama juga. Dan dia tak pernah ada isu pun sebelum ni. Dia cuma menjawab soalan yang orang tanya. Itu pun video telah di manipulasi pihak tertentu. Lari dari point asal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:50 AM | Show all posts
Remyda replied at 24-8-2019 11:30 AM
Huk aloh. Sembang kosong ja la.

Serupa lidah bercabang hang ni

Masalahnya isu Dr Zakir Abdul karim Naik ini kaedah dia x sesuai dgn suasana masyarakat di malaysia yg majmuk yg mana nilai perpaduan sangat rapuh bagai di hujung tanduk yg bila2 masa saja bleh meletus krisis... tu jer

Aku x bangkang Dr Zakir Abdul Karim Naik nak berdakwah kalau dia x guna kaedah membanding agama ni.....gunalah kaedah dakwah yg menerangkan kebaikan Islam tanpa sentuh sensitiviti agama lain.....kaedah dakwah ada byk, mcm Ebit Liew ada, mcm geng tabligh ada, tp jgn sentuh isu sensitif....

Jgn plak ko kata aku x bagi Dr Zakir Abdul Karim Naik berdakwah, aku cuma xmau insiden2 x diingini tercetus........
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
DAKWAH ISLAMIYAH DI BUMI MALAYSIA.

Gerakan Dakwah Islamiyah di Malaysia TIDAK PERNAH disekat secara mutlak, sejak zaman BN, sampailah zaman PH.

Akan tetapi, sesetengah pendakwah ini kadang kadang disekat/dihentikan apabila terpalitnya perkara perkara berikut:

1- Campur tangan politik kepartian.
2- Perbalahan antara aliran Asyairah/Maturidiah dan Salafi Wahabi.
3- Melibatkan ketenteraman awam/hubungan politik dunia.

1- Campur Tangan Politik Kepartian.

Ini bukan perkara baru. Sejak zaman BN sampailah sekarang.

Kelantan menghalang Ustaz Nik Omar memberi ceramah. Ustaz Fauwaz Fadzil tak dibenarkan berceramah di beberapa surau yang dikuasai orang PAS atas alasan Ustaz Fauwaz tidak solid PAS.

Masa zaman BN, Tuan Guru Nik Aziz tidak dibenarkan berceramah agama di masjid masjid luar Kelantan. Apatah lagi TGHH tak boleh masuk Universiti. (Tetapi telah dibenarkan berceramah di Universiti zaman PH).

Tak kurang juga berlaku di beberapa surau yang dikuasai orang Amanah di Selangor. Mereka juga ada membatalkan kuliyah kuliyah ustaz ustaz PAS yang hardcore.

2- Perbalahan antara aliran Asyairah/Maturidiah dan Salafi Wahabi.

Ingat lagi senarai senarai penceramah yang dihalang berkuliyah di Negeri Johor?

Dr.  Rozaime tidak dibenarkan berceramah di Selangor.

Ini negeri Asyairah.

Negeri wahabi Perlis pun lebih kurang sama sahaja perangainya.

Dr. Asmadi Mohd Naim pernah menceritakan program beliau di Perlis dibatalkan tanpa notis.

3- Melibatkan ketenteraman awam/hubungan politik dunia.

Yang ketiga ini, biasanya ada libat Polis.
Contoh paling mudah ialah Al-Arqam dan juga Hizbut Tahrir. Apabila ianya mendorong kepada ekstrimis dan boleh menganggu ketenteraman awam, maka ia akan dihalang.

-----------------------------------------

Bagaimana pula dengan Zakir Naik?

Isu ZN ini agak rumit. Ia ada kaitan dengan hubungan politik antarabangsa, dalam masa yang sama ada campur tangan politik kepartian.

Zakir Naik bukan kali pertama berucap di Malaysia secara umum dalam program di Kelantan.

Dalam bulan Mac 2019 yang lalu, Zakir Naik sudah dijemput untuk berucap di Universiti Utara Malaysia di bawah tajuk: "Duty of a Muslim as a Professional."

Adakah program tersebut menimbulkan kontroversi?

Ya. Ada juga.

Orang pertama yang bising semasa itu ialah Naib Presiden MCA, Ti Lien Ker, mengecam Kementerian Pendidikan dan menggesa Timbalan Menteri Pendidikan Teo Ning dari DAP untuk meletakkan jawatan kerana membiarkan Zakir Naik masuk Universiti.

Siapa yang bangkang tu? MCA tuan tuan. Rakan ta'awun. Krik krik krik

Apa yang berlaku selepas itu? UUM telah tampil memberikan penjelasan bahawa pihak Universiti dah memastikan program tidak menyentuh apa apa perkara sensitif.

Apa jadi selepas itu? Adakah Zakir Naik dihalang untuk ceramah oleh Kerajaan atau Polis? Tidak.

Adakah Zakir Naik dihalau oleh Kerajaan Malaysia? Tidak.

Adakah Zakir Naik disiasat polis? Tidak.

Hidup berjalan seperti biasa. Sebab apa?
Sebab kurangnya campur tangan politik kepartian. Yang anjurkan program pun pihak Universiti. Dan tidak menganggu ketenteraman awam.

Tetapi perkara ini berbeza dengan program baru baru ini di Kelantan.

Zakir Naik dijemput atas pentas politik. Ya dia dijemput oleh Kerajaan Negeri, tapi dalam masa yang sama, PAS memprovok lawan politiknya dari DAP dengan mencabar mereka datang ke Kelantan dan berdebat dengan Zakir Naik.

Sebahagian Pemimpin dari DAP pula yang bebal dan bodoh ini seperti Ramasamy dan Kula membalas provokan, semua atas nama politik.

Pas nak tarik pengundi melayu dan memainkan naratif PH anti Islam yang menjadi modal politik mereka, pemimpin politik hindu nak jadi jaguh kaum hindu juga dan nak undi kaum mereka.

Perkara ini bertambah buruk apabila Zakir Naik menyelitkan dalam ucapannya hal berkaitan isu isu politik nasional.

Sebab itu Polis masuk campur. Sebab itu Polis mengeluarkan arahan agar Zakir Naik tidak berucap di depan awam dalam tempoh siasatan.

Bukan sebab nak halang gerakan dakwah. Tapi nak jaga masalahat dan keamanan Negara. Bagi keadaan bertenang dulu.

Jadi, secara kesimpulan,  kenapa tetiba isu Zakir Naik jadi ribut macam sekarang? Sebab ianya DIPOLITIKKAN dan memberi kesan kepada kesejahteraan awam.

Bukan sebab lain. Bukan sebab nak sekat berdakwah. Polis tahu kerja mereka.

----------------------------------

Dari zaman BN, sampai zaman PH, banyak sahaja forum forum Islam terbuka, street dakwah, dialog antara agama yang bebas dianjurkan.

Masih banyak lagi program program dakwah (seperti dalam gambar poster) yang bebas dianjurkan di Malaysia.

Habib Umar sudah membuat Kembara Dakwah pada tahun Oktober 2018.

Tahun ni Kembara Dakwah di Malaysia InsyaAllah bulan September 2019.

Program program dakwah dan dialog antara agama pun banyak sahaja dijalankan oleh tokoh tokoh lain.

Tak jadi isu dan tak disekat pun.

Sebab apa? Tiada campur tangan POLITIK.

Jadi, apabila ada orang kata "Kalau Nabi pun turun zaman PH, nabi akan disekat", sebenarnya kalam ini kalam yang penuh emosi dan kalam yang tidak fikir panjang.

Mungkin beliau emosi sebab yang kena ialah geng dia (wahabi) dan bukan geng ASWAJA.

-----------------------------

Sebenarnya, apabila semua benda dalam dunia ini diambil kesempatan oleh orang POLITIK, yang jadi mangsanya ialah kita. Rakyat biasa.

Kita sibuk dengan isu isu buang masa tanpa fokus kepada perkara yang lebih penting yang boleh memajukan diri kita dan negara, sama ada dari sudut duniawi ataupun ukhrawi.

Saya hanya doakan agar Allah lindungi Zakir Naik, semua tokoh pendakwah yang ikhlas memimpin ummah, semua umat Islam dan semua rakyat Malaysia.

Saya doakan kita dijauhkan daripada tipu daya dan permainan orang politik, tidak kira sama ada dia muslim atau hindu, sama ada dia pakai kot atau pakai jubah.

Ok lepas ni kita tulis pasal GoJek vs Grab. Cukuplah pasal ZN.


Kredit : FB Abu Affan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 24-8-2019 10:24 AM
ZN ikut nggelupo cara yg sama yg dibuat oleh pengkritiknya. Lemah lembut mende? Ulamak yg hebat cu ...

Makna kata kau nak bela golongan anti zakir la kan. Golongan yang besar kepala ikut selera dorang sapa yang boleh dan tak bileh dok di tanah melayu ni.
Eh lantaklah kau suka ke tak dengan zakir mamak tapi mana boleh ikut suka korang aje nak suruh orang keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 24-8-2019 11:30 AM
Huk aloh. Sembang kosong ja la.

Serupa lidah bercabang hang ni

Aku bercakap dlm beberapa konteks/layers, on ZN per se satu hal, pasal comparative religion satu hal. Aku bagi hint tu, pegi tengok balik my previous posts, hopefully ko.paham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 24-8-2019 01:53 PM
Makna kata kau nak bela golongan anti zakir la kan. Golongan yang besar kepala ikut selera dorang  ...

My specific post on this takde kena mengena anti ZN atau tidak. Cuma bagi deskripsi perangai ZN yg mudah melatah, sampai turut menari ikut rentak pengkritiknya. Mana ada ulama2 yg hebat cam budak kecik gitu? Takyah gi jauh, ambik contoh negara seberang je tengok Aa Gym.ke, arwah Ariffin Ilham ke. Nampak tak? Paham?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 24-8-2019 11:59 PM
pyropura replied at 24-8-2019 07:55 PM
My specific post on this takde kena mengena anti ZN atau tidak. Cuma bagi deskripsi perangai ZN yg ...


Tak payah cerita pasal mamak zakir tu lah.
Yang aku tau dia dok diam-diam aje kat malaysia. Tapi tetamu-tetamu ni dok bising suruh kerajaan expel dia. Lepastu baru dia jawab. Isunya kenapa nak kena bagi special treatment atas desakan satu-satu kelompok manusia? PM pun nak kena dengar cakap dia. Special sangat ke dorang? Ikut suka dorang aje nak suruh sapa-sapa keluar.
Lantaklah mamak zakir tu ulamak ke tak. Takde kena mengena dengan aku.
Bab tindakan kerajaan yang kena ikut desakan sesetengah pihak tu memang ade kena memgena dgn seluruh rakyat malaysia. Macam mana  ada seseorang golongan boleh dictate kerajaan dan PM?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2019 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 24-8-2019 11:50 AM
Masalahnya isu Dr Zakir Abdul karim Naik ini kaedah dia x sesuai dgn suasana masyarakat di malaysi ...

Bukan kaedah. Memang itu bidang & kepakaran dia. Dan juga perbandingan agama tu memang penting untuk masyarakat majmuk.

Member aku ramai juga non Muslim. Dan depa sepertinya tertarik dengan Islam. Banyak juga persoalan yang diutarakan. Dan dalam masa yg sama depa sendiri cuba mencari persoalan itu dalam agama yang depa anuti. Setakat ni, tadak pula kami bergaduh ka apa.

So, di sini aku nampak ianya tetap sesuai dan relevan di sini. Dan kalau tidak relevan,  di Malaysia pun tak perlu diwujudkan juga kursus perbandingan agama. Tetapi napa ia nya wujud ?

Isu nya juga sesetengah non Muslim sebenarnya lebih takut kerana ZN berjaya mengislamkan ribuan orang serata dunia. Itu lah hakikatnya. Dan punca yang tercetus depa meluap kali ini tidak lain tidak bukan berkenaan ceramah di Kelantan hanya kerana ZN menyeru umat Islam untuk mempertahankan bangsa uyghur yang paling didiskriminasi di dunia oleh negara komunis China.

Ia bukan mengenai isu warga India di layan secara baik di Malaysia berbanding minoriti di negara India, bukan juga isu kaum Cina sebagai tetamu yang menyumbang keharmonian keluarga malaysia.

Bagaikan ribut taufan media tempatan & antatabangsa menyerang beliau dengan mengorek ucapan di luar konteks. Lebih takjub, perbincangan mengenai status dia di Malaysia malah sehingga dibincangkan di kabinet mengatasi agenda pembangunan yang telah dicanangkan canangkan oleh Malaysia Baru

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 24-8-2019 11:56 PM
Tak payah cerita pasal mamak zakir tu lah.
Yang aku tau dia dok diam-diam aje kat malaysia. Ta ...

Kerajaan baru ni tak suka ZN duk diam diam macam sebelum ni. Pasainya Kalau diam diam, depa tak boleh cari pasal.

Macam itu la rentak kotor depa.
Selitkan iklan sekejap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.087529 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list