CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Zakir Naik Kekal Tinggal Di Malaysia: Tun M

[Copy link]
Post time 25-8-2019 02:31 AM | Show all posts
axl_bach replied at 23-8-2019 07:50 PM
Masalahnya isu Dr Zakir Abdul karim Naik ini kaedah dia x sesuai dgn suasana masyarakat di malaysi ...



Pendek kata cara dakwah di malaysia ni masih perlu dikekalkan dgn hanya isu kekeluargaan, hubungan suami isteri, kisah kisah aneh mengerjakan haji, hukum baja babi utk pokok pisang etc. Kalau level dakwah mcm Zakir Naik susah diterima oelh pelbagai pihak.


Anyway aii tgk video video Zakir Naik - kebanyakkan yang bertanya soalan adalah dari kaum yang berlainan ugama. Mereka buat perbandingan ugama mereka dgn ugama Islam maka Dr Zakir Naik akan membuat perbandingan utk menjelaskan yang ugama Islam ini bukan spt apa yang sibertanya itu fahami. Kalau tidak buat perbandingan macamana nak terangkan perbezaan ugama A dgn ugama B,C etc kan?


Penceramah ugama Islam di US pun ada straight to the point mcm Zakir Naik tak ada masalahpun mungkin sebab ugama yang ditegur Jews ke Christians ke punya ulama yang hebat hebat juga. Kaum India di Malaysia tak punyai orang hebat dlm mempertahankan ugama mereka jadi bila dibanding banding mereka akan sentap.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 24-8-2019 11:28 AM
Mcm aku kata, perspektif berbeza membawa interpretasi berbeza....kita org Islam nmpk hujah Dr Zaki ...

Kebenaran itu mmg pahit utk ditelan sister
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 25-8-2019 07:11 PM
Kebenaran itu mmg pahit utk ditelan sister

Bagi kita kebenaran sbb pegangan kita Al Quran, bagi dorg ianya penghinaan...

Mcm kes porno dlm jawi, bagi dorg itu kebenaran bagi some of us ianya penghinaan...btol x susterngesot
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 08:19 AM | Show all posts
axl_bach replied at 25-8-2019 10:57 PM
Bagi kita kebenaran sbb pegangan kita Al Quran, bagi dorg ianya penghinaan...

Mcm kes porno dlm ...

DZN telah membongkar kepalsuan demi kepalsuan kitab2 rekaan manusia dan telah memberikan fakta2 yg logika namun al kafirun masih in denial?
So?  Why bother  3x???


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:20 AM | Show all posts
M5 replied at 23-8-2019 11:23 AM
mana ada seiringnya, al quran tu al quran, sains bukannya al quran. macamna boleh kata tuhan cipta ...

...tak payah nk memutar belit...lau niat ko nk memusing akidah org islam...mohon terbakar ko nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 08:19 AM
DZN telah membongkar kepalsuan demi kepalsuan kitab2 rekaan manusia dan telah memberikan fakta2 yg ...

Bkn denial suster tp bab hidayah bkn hak kita....

Waman yahdillahu fala mudhillalah, waman yudhlil fala ha'diyalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2019 10:31 AM | Show all posts
axl_bach replied at 26-8-2019 10:26 AM
Bkn denial suster tp bab hidayah bkn hak kita....

Waman yahdillahu fala mudhillalah, waman yudh ...

sister...berdakwah dan menyampaikan itu wajib bagi umat islam....menyampaikan kebenaran itu wajib....DZN cuma menjalankan tugas beliau sebagai seorang islam....beliau cuma menunjukkan kebenaran..iya bener  hidayah itu hak yg diberikan oleh Allah....

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 10:31 AM
sister...berdakwah dan menyampaikan itu wajib bagi umat islam....menyampaikan kebenaran itu wajib. ...

Aku x nafi dakwah tu wajib, tp adakah hanya satu kaedah dakwah saja dlm dunia ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 10:31 AM
sister...berdakwah dan menyampaikan itu wajib bagi umat islam....menyampaikan kebenaran itu wajib. ...

DAKWAH ISLAMIYAH DI BUMI MALAYSIA.

Gerakan Dakwah Islamiyah di Malaysia TIDAK PERNAH disekat secara mutlak, sejak zaman BN, sampailah zaman PH.

Akan tetapi, sesetengah pendakwah ini kadang kadang disekat/dihentikan apabila terpalitnya perkara perkara berikut:

1- Campur tangan politik kepartian.
2- Perbalahan antara aliran Asyairah/Maturidiah dan Salafi Wahabi.
3- Melibatkan ketenteraman awam/hubungan politik dunia.

1- Campur Tangan Politik Kepartian.

Ini bukan perkara baru. Sejak zaman BN sampailah sekarang.

Kelantan menghalang Ustaz Nik Omar memberi ceramah. Ustaz Fauwaz Fadzil tak dibenarkan berceramah di beberapa surau yang dikuasai orang PAS atas alasan Ustaz Fauwaz tidak solid PAS.

Masa zaman BN, Tuan Guru Nik Aziz tidak dibenarkan berceramah agama di masjid masjid luar Kelantan. Apatah lagi TGHH tak boleh masuk Universiti. (Tetapi telah dibenarkan berceramah di Universiti zaman PH).

Tak kurang juga berlaku di beberapa surau yang dikuasai orang Amanah di Selangor. Mereka juga ada membatalkan kuliyah kuliyah ustaz ustaz PAS yang hardcore.

2- Perbalahan antara aliran Asyairah/Maturidiah dan Salafi Wahabi.

Ingat lagi senarai senarai penceramah yang dihalang berkuliyah di Negeri Johor?

Dr.  Rozaime tidak dibenarkan berceramah di Selangor.

Ini negeri Asyairah.

Negeri wahabi Perlis pun lebih kurang sama sahaja perangainya.

Dr. Asmadi Mohd Naim pernah menceritakan program beliau di Perlis dibatalkan tanpa notis.

3- Melibatkan ketenteraman awam/hubungan politik dunia.

Yang ketiga ini, biasanya ada libat Polis.
Contoh paling mudah ialah Al-Arqam dan juga Hizbut Tahrir. Apabila ianya mendorong kepada ekstrimis dan boleh menganggu ketenteraman awam, maka ia akan dihalang.

-----------------------------------------

Bagaimana pula dengan Zakir Naik?

Isu ZN ini agak rumit. Ia ada kaitan dengan hubungan politik antarabangsa, dalam masa yang sama ada campur tangan politik kepartian.

Zakir Naik bukan kali pertama berucap di Malaysia secara umum dalam program di Kelantan.

Dalam bulan Mac 2019 yang lalu, Zakir Naik sudah dijemput untuk berucap di Universiti Utara Malaysia di bawah tajuk: "Duty of a Muslim as a Professional."

Adakah program tersebut menimbulkan kontroversi?

Ya. Ada juga.

Orang pertama yang bising semasa itu ialah Naib Presiden MCA, Ti Lien Ker, mengecam Kementerian Pendidikan dan menggesa Timbalan Menteri Pendidikan Teo Ning dari DAP untuk meletakkan jawatan kerana membiarkan Zakir Naik masuk Universiti.

Siapa yang bangkang tu? MCA tuan tuan. Rakan ta'awun. Krik krik krik

Apa yang berlaku selepas itu? UUM telah tampil memberikan penjelasan bahawa pihak Universiti dah memastikan program tidak menyentuh apa apa perkara sensitif.

Apa jadi selepas itu? Adakah Zakir Naik dihalang untuk ceramah oleh Kerajaan atau Polis? Tidak.

Adakah Zakir Naik dihalau oleh Kerajaan Malaysia? Tidak.

Adakah Zakir Naik disiasat polis? Tidak.

Hidup berjalan seperti biasa. Sebab apa?
Sebab kurangnya campur tangan politik kepartian. Yang anjurkan program pun pihak Universiti. Dan tidak menganggu ketenteraman awam.

Tetapi perkara ini berbeza dengan program baru baru ini di Kelantan.

Zakir Naik dijemput atas pentas politik. Ya dia dijemput oleh Kerajaan Negeri, tapi dalam masa yang sama, PAS memprovok lawan politiknya dari DAP dengan mencabar mereka datang ke Kelantan dan berdebat dengan Zakir Naik.

Sebahagian Pemimpin dari DAP pula yang bebal dan bodoh ini seperti Ramasamy dan Kula membalas provokan, semua atas nama politik.

Pas nak tarik pengundi melayu dan memainkan naratif PH anti Islam yang menjadi modal politik mereka, pemimpin politik hindu nak jadi jaguh kaum hindu juga dan nak undi kaum mereka.

Perkara ini bertambah buruk apabila Zakir Naik menyelitkan dalam ucapannya hal berkaitan isu isu politik nasional.

Sebab itu Polis masuk campur. Sebab itu Polis mengeluarkan arahan agar Zakir Naik tidak berucap di depan awam dalam tempoh siasatan.

Bukan sebab nak halang gerakan dakwah. Tapi nak jaga masalahat dan keamanan Negara. Bagi keadaan bertenang dulu.

Jadi, secara kesimpulan,  kenapa tetiba isu Zakir Naik jadi ribut macam sekarang? Sebab ianya DIPOLITIKKAN dan memberi kesan kepada kesejahteraan awam.

Bukan sebab lain. Bukan sebab nak sekat berdakwah. Polis tahu kerja mereka.

----------------------------------

Dari zaman BN, sampai zaman PH, banyak sahaja forum forum Islam terbuka, street dakwah, dialog antara agama yang bebas dianjurkan.

Masih banyak lagi program program dakwah (seperti dalam gambar poster) yang bebas dianjurkan di Malaysia.

Habib Umar sudah membuat Kembara Dakwah pada tahun Oktober 2018.

Tahun ni Kembara Dakwah di Malaysia InsyaAllah bulan September 2019.

Program program dakwah dan dialog antara agama pun banyak sahaja dijalankan oleh tokoh tokoh lain.

Tak jadi isu dan tak disekat pun.

Sebab apa? Tiada campur tangan POLITIK.

Jadi, apabila ada orang kata "Kalau Nabi pun turun zaman PH, nabi akan disekat", sebenarnya kalam ini kalam yang penuh emosi dan kalam yang tidak fikir panjang.

Mungkin beliau emosi sebab yang kena ialah geng dia (wahabi) dan bukan geng ASWAJA.

-----------------------------

Sebenarnya, apabila semua benda dalam dunia ini diambil kesempatan oleh orang POLITIK, yang jadi mangsanya ialah kita. Rakyat biasa.

Kita sibuk dengan isu isu buang masa tanpa fokus kepada perkara yang lebih penting yang boleh memajukan diri kita dan negara, sama ada dari sudut duniawi ataupun ukhrawi.

Saya hanya doakan agar Allah lindungi Zakir Naik, semua tokoh pendakwah yang ikhlas memimpin ummah, semua umat Islam dan semua rakyat Malaysia.

Saya doakan kita dijauhkan daripada tipu daya dan permainan orang politik, tidak kira sama ada dia muslim atau hindu, sama ada dia pakai kot atau pakai jubah.

Ok lepas ni kita tulis pasal GoJek vs Grab. Cukuplah pasal ZN.

Kredit FB Abu Affan
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:36 AM | Show all posts
DARSITA replied at 25-8-2019 02:31 AM
Pendek kata cara dakwah di malaysia ni masih perlu dikekalkan dgn hanya isu kekeluargaan, hubu ...

way to go sister!!!!!...akak mmg setuju sgt....sebagai comparative religion scholar, DZN cuma menerangkan perbandingan yg beliau buat terhadap kitab2 yg beliau telah kaji...and obviously his knowledge of vedas is more than most of the hindus themselves...sebab tu ramai hindu yg bergegar kopek takut kepalsuan terbongkar....

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:38 AM | Show all posts
Baru Zakir Naik sorang saja mengapa nak mengelabah biawak. Hampir  seluruh dunia media memburuk-burukan islam, kebanyakan orang islam kat Malaysia ni balas balik melalui media sosial jugak. Ini sampai nak suruh orang tu keluar, sudah kira hati tisu.  Hujjah ko balas dengan Hujjah, baru dikira orang bertamaddun. Tapi yelah mana ada Tamaddun kalo geng bontot kuali
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:50 AM | Show all posts
axl_bach replied at 26-8-2019 10:34 AM
Aku x nafi dakwah tu wajib, tp adakah hanya satu kaedah dakwah saja dlm dunia ni?

iya ada byk kaedah, dan kaedah DZN adalah melalui kepakaran beliyau iaitu perbandingan agama....dan mengajak manusia menggunakan logik akal....
tidak ada salahnya....yg jadi masalahnya ialah apabila kafirun rasa terancam dgn bilangan manusia yg revert kembali kpd islam melalui program dakwah beliau...they think he is a threat....


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 11:18 AM | Show all posts
ZN graduated uni mana sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.480454 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list