CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 4

[Tempatan] Teksi air (Catamaran Boat) ganti feri Pulau Pinang tahun depan

  [Copy link]
Post time 23-8-2019 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Teksi air ganti feri


KEMENTERIAN Pengangkutan menjangkakan pelaksanaan perkhidmatan teksi air atau Catamaran Boat bagi menggantikan sebahagian daripada perkhidmatan feri di Pulau Pinang tahun hadapan.

Menterinya Anthony Loke berkata, sebahagian perkhidmatan feri sedia ada hanya akan digunakan bagi tujuan pelancongan bagi memastikan teksi air terbabit dapat berfungsi secara menyeluruh.

“Dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, kita bersetuju memperkenalkan sistem perkhidmatan teksi air, yang mana feri sedia ada akan dinaiktaraf untuk sektor pelancongan saja.

“Feri harian masih beroperasi tetapi daripada enam unit yang ada, mungkin hanya dua atau tiga unit dikekalkan untuk membawa kenderaan seperti biasa manakala selebihnya digunakan untuk pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pas Mutiara Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di Weld Quay, Georgetown hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Datuk Mohammed Hazlan Mohamed Hussain.

Perkhidmatan teksi air adalah sebahagian daripada rancangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang yang diumumkan pada 2016.

Difahamkan, dermaga teksi air itu akan dibina di Gurney Wharf, Persiaran Gurney yang akan menghubungkan tanah besar di Butterworth.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang bermula pada 1894 adalah feri penumpang pertama dan paling tua yang masih beroperasi di negara ini.

Sementara itu, PRASARANA memperkenalkan pas perjalanan tanpa had My50 dikenali sebagai Pas Mutiara yang boleh digunakan untuk sistem pengangkutan bersepadu bas RapidPenang dan RapidFerry di negeri itu mulai 9 September ini.

Loke berkata, beliau berharap kemudahan itu dapat meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat selain menggalakkan mereka untuk bergerak dengan menggunakan sistem pengangkutan awam.

“RM50 yang dibayar pengguna untuk penggunaan 30 hari, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengangkutan membiayai RM50 dalam bentuk subsidi kepada pihak operator iaitu PRASARANA.

“RM50 yang dibayar oleh Kerajaan Pusat ini adalah subsidi bantuan terus kepada rakyat,” katanya.

Untuk rekod, 404 bas RapidPenang beroperasi membabitkan 71 laluan dengan jumlah purata penumpang harian melebihi 71,000.

Enam feri RapidFerry beroperasi di kedua-dua pelabuhan dengan jumlah tahunan 865,559 bagi penumpang dan 762,498 kenderaan.

Disember lalu, kerajaan melancarkan My100 dan My50, iaitu pas bulanan yang memberikan akses tanpa had kepada penggunaan perkhidmatan awam kendalian PRASARANA di Lembah Klang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 03:49 AM | Show all posts
Waaaa banyak projek pembangunan penang dapat!! untung lerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam-macam penang dapat. tapi hasil takda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 24-8-2019 08:09 AM

ini ke teksinya? seram aku nak naik. kalau angin kuat feri yg besar tu pun boleh melencong arah lain. kalau bot cenggini tak tahulah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.099307 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list