View: 3561|Reply: 35
|
[Tempatan]
Bukan Macau Scam tapi ni PM8. Dengan sekali call Himpunan Briekfield hari ni BAT
[Copy link]
|
|
Lepas Anwar telefon, penganjur batal himpunan isu Zakir Naik esok
News | Diterbitkan Hari ini 12:19 pagi | Dikemaskini Hari ini 12:19 pagi
Penganjur bantahan berkaitan isu penceramah kontroversi Dr Zakir Naik yang dijadual esok telah membatalkan rancangannya berbuat demikian.
Perhimpunan pertama bagi membantah pengenalan pelajaran tulisan Jawi di sekolah Tamil telah berlangsung malam ini di Little India, Brickfields.
Penganjur himpunan berkenaan, Shankar Ganesh berkata pembatalan perhimpunan aman esok selepas mendapat panggilan telefon daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
"Anwar Ibrahim telah menelefon saya dan meminta untuk membatalkan perhimpunan tersebut.
"Beliau berjanji untuk membantu masyarakat India. Beliau telah memberikan kami temu janji untuk bertemu dengannya pada minggu depan bagi membincangkan isu-isu ini.
"Saya telah bersetuju terhadap permintaan beliau dan saya mahu meletakkan keyakinan terhadap janji beliau," katanya dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini malam ini.
Selain itu, kata Shankar himpunan esok juga dibatalkan kerana kegagalan pihak penganjur mendapatkan permit polis.
"Tanpa permit, saya tidak mahu orang ramai menerima kesan akibat sebarang isu.
"Saya memilih berhimpun dengan permit," jelasnya lagi.
Himpunan 'Say No Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races' itu yang dijadual berlangsung 2 petang esok telah mendapat maklum balas daripada ramai pihak yang menggesa supaya ia dihentikan.
Petang tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim memberikan amaran keras agar orang ramai tidak menyertai dua perhimpunan yang dirancang malam ini dan esok.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dalam suatu kenyataan malam ini pula menggesa semua pihak supaya "tidak memainkan isu sensitif yang boleh memecahkan keamanan dan ketenteraman awam."
"Semua bentuk tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan termasuklah perhimpunan-perhimpunan aman yang dirancang hendaklah dihentikan serta-merta," katanya.
Mengenai perhimpunan yang berlangsung malam ini, dilaporkan polis telah menangkap dua penganjur ketika bantahan berlangsung.
Peguam Devaneson Ganesan memberitahu Malaysiakini, polis sedang mengambil keterangan dua individu daripada kumpulan pendidikan Cina dan Tamil itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields
Pemangku Ketua Polis Brickfields Arifai Tarawe dipetik The Star berkata walaupun berlaku penangkapan, perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik anwar. Anwar for PM. Mahathir pun x blh setel isu ni, tpaksa anwar campur tgn. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kami sokong Anwar kekal sebagai bakal PM |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru menteri kawayangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Shankar Ni pun satu ngok yg pegi nego dgn PE em tepi Tu apahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang aku rasa bodohla orang India ni. Banyak benda boleh mintak utk kemajuan bangsa diorg, tapi bab bantah juga nak jadi juara |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gak dua ekor kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku sifirnya mudah . sebagai negara yg berbilang kaum , aku pasti utk memenuhi kehendak semua kaum bukannya mudah . tidak boleh sepatutnya ada keputusan sepehak sesambil memperlekehkan sebelah pehak . itulah yg telah ditunjukkan dlm sunnah rasuallah saw didalam piagam madinah dimana ada seorang wanita tua berketurunan yahudi yg dilayan seperti saudaranya sendiri walaupun wanita tua ini sering menghina rasuallah saw dan agamanya kerana tidak menyedari yg menyantuninya adalah rasuallah sendiri .
inilah adab2 yg ada didalam Islam yg mungkin ramai tidak sedar . Islam adalah cara hidup dan inilah nilai2 keindahan yg dibawa oleh Islam . |
|
|
|
|
|
|
|
kadang kalau aku hairan kenapa Islam dewasa ini tidak mampu menarik kaum2 jahiliah yg lain sedang sedangkan agama ini cukup memperjuangankan hak keadilan .. hak2 wanita dan nilai2 hidup bertaraf tinggi . tak sama seperti dizaman rasuallah saw yg asalnya terperuk ditanah arab tetapi berjaya menarik dunia dari timur dan barat utk mempelajarinya dek sebab tamaddun baru yg akhirnya berjaya membentuk tamaddun baru . apakah kita telah tersilap memilih kitab atau sbenarnya pembawakan kita yg tersilap ?? Islam kini kelihatan terlalu jumud hanya utk satu kaum . atau Islam kini sudah dijadikan alat urk ditunggang ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dess402....
Memang sifirnya mudah, TAPI..yang menjadikan sifir itu jadi SUSAH...bila tak ikut 2 panduan :
(1)HIKMAH (QURAN) dan ;
(2) SUNNAH (HADITH)
Maka tak hairan lah ...ianye jadi SUSAH....
Next Q....Siapakah "dia" , gerangan orangnya yang tak ikut HIKMAH dan SUNNAH itu? .....
Mereka itu adalah KETUA2/PEMIMPIN2....(tak semua)...yang TAK YAQIN dg 2 panduan tsbt.... |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik anwar. walaupun dia kecing minyak turun harga tpi ada org percaya |
|
|
|
|
|
|
|
Sebb ramai org especially Chinese masuk Islam la dia org mengamuk believe it or not 10% of Chinese are Muslims, Kat radio, tv2, Hijrah, oasis berlambak cerita revert... |
|
|
|
|
|
|
|
lambada replied at 24-8-2019 11:43 AM
Dess402....
Memang sifirnya mudah, TAPI..yang menjadikan sifir itu jadi SUSAH...bila tak ikut 2 p ...
masaalah mahathir komennya org2 politik . belit2 . isu2 sentimen selalu dibiarkan hingga boleh satu bom jangka . masalah tak ditangani dgn baik . |
|
|
|
|
|
|
|
Vote 4 Bung Nuwar bakal PM... |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 24-8-2019 09:38 AM
kami sokong Anwar kekal sebagai bakal PM
Phewiiit...aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak.....dgn satu panggilan je Anwart dah blh redakn keadaan....
Ok...Anwart blh terus jd bakal PM... |
|
|
|
|
|
|
|
wow hasil campurtangan pm ke 8 |
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 24-8-2019 10:46 AM
bagi aku sifirnya mudah . sebagai negara yg berbilang kaum , aku pasti utk memenuhi kehendak semua ...
Opps sgt, disebalik kejayaan baginda Rasulullah mperkenalkn islam ke seluruh alam, byk halangan yg nabi saw hadapi, ancaman bunuh, buang negeri, buang keluarga, dilempar batu, dicaci maki, dituduh majnun cakap je sume ada, u taknak mention?
When they do the same to the muslims nowadays, it is a solid proof that islam agama yg benar, spt nabi saw penah bgtau 1400 years before, muslim yg btul2 beragama di akhir zaman umpama memegang bara api di tangan cth isu dr zakir naik. |
|
|
|
|
|
|
|
Secenario nya sama macam kes Icerd. PM dah umum tak jadi sign Icerd tapi lobai2 nak jugak berhimpun. Bila keling buat bende yg sama lobai2 nggelupo ngeroyan |
|
|
|
|
|
|
| |
|