Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
2305
View
56
Reply

[Tempatan] Trauma sepanjang hayat diraba lelaki ketika umur 10 tahun. Tak nak kahwin, jadi anti lelaki

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-8-2019 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 24-8-2019 11:58 PM

Diraba lelaki ketika baru berusia 10 tahun buat wanita ini trauma sepanjang hayat, "Tiada maaf untuk pedofilia... mereputlah dalam penjara selamanya" -


PENGALAMAN diraba oleh  lelaki dewasa pada 1999 menjadikan diri seorang wanita menjadi trauma sepanjang hidupnya.

Perkataan pedofilia memang menghantui hidup seorang wanita dikenali Heydahyun yang berkongsi pengalamannya di Twitter.

Menurut Heydahyun, sebagai mangsa pedofilia, dia tidak akan memaafkan individu tersebut kerana hidupya dibelenggu trauma sepanjang 20 tahun ini.

Lebih menderita apabila trauma itu seakan membunuh kehidupannya secara perlahan-lahan.

Jelas Heydahyun, pedofilia adalah jenayah paling teruk berbanding kes-kes lain.

Kisah ini terjadi ketika saya berusia 10 tahun. Zaman saya dulu, umur seperti ini masih innocent , bermain kejar-kejar lagi berbanding  zaman sekarang.


Satu malam pada 1999, mak ajak ke kedai runcit untuk beli barangan rumah. Saya pun dengan gembira ikut mak, tujuannya nak boleh bodek beli aiskrim dan jajan.

Kami sampai ke kedai runcit yang kelihatan agak sunyi. Mak saya dah siap ambil bakul dan cari barang-barang.

Mulanya saya memang mengekori di belakang mak, tapi disebabkan nak cari mainan dan makanan, saya melencong ke bahagian lain, tulisnya.

Menurut Heydahyun, ketika asyik berjalan-jalan sambil mencari mak, tiba-tiba muncul seorang lelaki dewasa berjalan menuju ke kedai itu.

Saya hanya pandang sekilas dan matanya tertumpu pada saya sambil berjalan.

Semasa berselisih bahu, dia meraba kemaluan saya sebelum masuk ke kedai runcit dan buat seperti tiada apa berlaku.

    Saya nampak lelaki itu sambil dia tersenyum sinis. Meremang bulu roma saya melihat dia seolah-olah bangga dengan perbuatannya.

Saya memang terkejut, malu dan rasa nak menangis, terus cepat-cepat cari mak.

Ketika itu saya tak menjerit sebab takut. Saya tak tahu nak buat apa-apa, luahnya.

Selepas selesai membeli barang, Heydahyun mengekori emaknya memasuki kereta.

Saya nampak lelaki itu sambil dia tersenyum sinis. Meremang bulu roma saya melihat dia seolah-olah bangga dengan perbuatannya.

Ketika itu hati saya sakit sangat. Saya geli dan jijik dengan diri sendiri. Malam itu saya tidur dalam tangisan dan trauma.

Malah selepas kejadian itu, saya jadi pendiam dan tidak bergaul dengan budak-budak lelaki lain. Saya jadi anti lelaki dan pembenci, kongsinya lagi.

Sebahagian daripada 'thread' perkongsian Heydahyun mendapat lebih 6,000 ulang kicau.

Pengalaman itu juga telah membuatkan Heydahyun membesar dalam keadaan depresi.

Setiap malam saya akan menangis seorang diri dalam bilik. Walaupun sekarang sudah berusia 30 tahun, saya masih ingat dengan jelas apa yang lelaki itu buat.

Dan sebab pedofilialah saya tidak boleh berkahwin dan mendapat kehidupan yang normal kerana keadaan kesihatan mental saya.

Trauma ini telah mengubah hidup saya 180 darjah, ujarnya.

Tambah Heydahyun, hubungan sosialnya juga terganggu dek pengalaman hitam itu. Katanya, dia juga terpaksa berhenti kerja jika pekerjaan itu melibatkan lelaki kerana tidak dapat menerima keadaan itu.

Sebahagian daripada komen-komen netizen berkaitan posting Heydahyun.

Akhirnya saya mula dengan bisnes online dan ia membuatkan minda saya sedikit tenang.

Saya trauma hanya kerana diraba dan tak dapat saya bayangkan kanak-kanak yang dirogol, dicabul dan dimanipulasi oleh pedofilia.

Pastinya trauma mereka lebih dasyat.

Saya hanya mahu berpesan kepada ayah atau bakal ayah supaya sentiasa melindungi anak-anak perempuan mereka. Be their superhero.

Tiada maaf bagi pedofilia dan tempat paling baik untuk mereka adalah mereput dalam penjara selama-lamanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 12:09 AM | Show all posts
Tiada maaf bagi pedofilia dan tempat paling baik untuk mereka adalah mereput dalam penjara selama-lamanya.


mana boleh dekk... ko takda hak cakap mcm tu. kalau pedo "genius", harus dibelai dan diberi peluang kedua ya. lantaklah mangsa2 pedo, anggap jah statistik dlm carta gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam cerpen buatan manusia..nak menarik pembaca eh. Orang lain kemain bermukah birah sesedap biji, tak dapat biji gi main sabun ngan timun, terung, main bangla ke

ada ke pulak trauma kena cabul kat tangga or terserempak flasher. Desperate kotey si penulis ittew.. penulisan seks jaman now
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.. paham. Trauma sampai ke tua tak hilang.. tu orang yang tak dikenali. Kalau pak sedara sendirik? Orang tak penah kena tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 03:28 AM | Show all posts
emmm ...  tak semua mangsa kena raba jadi macam si Hidayah ni. IMO mangsa rogol lagi trauma ganda 10 sebab kecucian telah diragut dgn paksaan (waduh tak percaya pulak aii tulis gini)

Nasihat aii lah kan elok si hidayah dpt counseling.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena sekali dan sikit saja dah trauma teruk
Mmg kesian

Ramai yg kena lagi teruk tapi end up bercinta dan kawin juga lepas jumpa lelaki yg baik

I pun x suka lelaki dulu
Bukan benci tapi takut sbb trauma jugak

I kena cabul agak teruk
Sbb pelaku dah gesel2 sampai pancut atas i
Masa tu igtkan dah kena rogol
Umur pun baru 7 tahun
Rupanya cuma kena cabul, lega skit bila dah faham masa dewasa
Banyak kali gakla kena cabul dgn jijiknya tu

Semua perasaan sedih marah murung sakit hati jijik takut semua ada

Sampaikan takut sangat nak jumpa doktor tiap kali sakit sbb dok ingat doktor akan dapat tau i dah tercemar

Masa first kenal suami i skrg pun, sebelum melangkah serius , i terus terang hal i kena cabul tu dan mmg bersedia dah untuk kena tinggal
Tapi mujur suami i sangat baik dan memahami, masih terima i yg dah tercabul ni hmmm

Bukan semua lelaki jahat
Harap yg trauma boleh pulih dan jumpa lelaki yg sangat baik utk jadi pelindung
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 25-8-2019 02:01 AM
Macam cerpen buatan manusia..nak menarik pembaca eh. Orang lain kemain bermukah birah sesedap biji,  ...

Agak celaka komen kamu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 05:03 AM | Show all posts
Kat Amrika, ada pedo menaku nabi lagi......

Cilaka betul....dah lah pedo, menaku nabi pulak tu.......

Lee Kaplan nama cilanat tu........
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 25-8-2019 05:26 AM
clarizsa replied at 25-8-2019 04:38 AM
Agak celaka komen kamu


Look, Ive been around so many abused victims termasuk sambut anak luar nikah hasil terlanjur dah berapa kali and mangsa cabul yang muda2
Nobody get life long trauma from penis rubbed against your fabric in busy train. Or cikgu raba masa jasmani ya. Unless you or your daughter lembam

This shit written by a man
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok @R2D2 faulty news about pedophilia can get you in trouble   do you have resourceful and supportive evidence to this anon article

Can we get the real sources
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-8-2019 07:26 AM | Show all posts
di malaysia belum ada kes perempuan rogol lelaki tapi luar negara dah ada
tak ada pulak lelaki yg trauma
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 25-8-2019 07:26 AM
di malaysia belum ada kes perempuan rogol lelaki tapi luar negara dah ada
tak ada pulak lelaki yg t ...

Saya bagi you 24 jam untuk provide trustful resource about Hidayah. Else you kena siasat dengan pihak berkuasa. I kid you not

Artikel ni kalau palsu ia bertujuan memperbodohkan perempuan. Mockery dan mengundang victims buka aib. Don't ask for investigation
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-8-2019 07:50 AM | Show all posts
you can refer link
https://www.mstar.com.my/
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 25-8-2019 07:34 AM
Saya bagi you 24 jam untuk provide trustful resource about Hidayah. Else you kena siasat dengan pi ...

Been around the victims does not give u the right to dismiss a victims feelings or how her experience affects her. Lain org lain kesannya. X semua reacts the same way.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:12 AM | Show all posts
xboleh terima si pedo ni bebas sambung study kt ukm dgn aman...sumbat aje laa dalam hospital psikitrik...blajo aje dari sana...keje pon dari dalam....

p/s - baru baca story penulis kamus oxford kt bod lagenda, mitos & sejarah....patut buat gitu aje...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 25-8-2019 04:38 AM
Agak celaka komen kamu

MN dia pun kimak clarizsa oiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat budak yg kena cabul masa kat kedai RM2 tu....mesti lg trauma sbb kena gesel gesrl dgn si cilaka tu....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-8-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 25-8-2019 09:06 AM
Been around the victims does not give u the right to dismiss a victims feelings or how her exper ...

Aku setuju ngan ko. Feeling trauma bukan boleh pukul rata semua akan dpt rasa yg sama. .
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 25-8-2019 07:50 AM
you can refer link
https://www.mstar.com.my/

From Twitter to mStar that is not even trusted source. Pegi la research sikit sumber Twitter ni reliable ke. Sape pun boleh fake umur
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 25-8-2019 09:06 AM
Been around the victims does not give u the right to dismiss a victims feelings or how her exper ...

Unless you tau duduk dalam rumah saja, tak dulik hal sekeliling you memang tak kenal kes sexual. Victims pun tak akan approach you if muka pun stok bawang forum. Have some common sense

Kalau betul heshe trauma, she didnt tell the whole truth. Predator tu buat lebih kat dia baru she developed distortion of perception
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.097913s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list