CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9546|Reply: 85

[Tempatan] Photographer nak gambar kononnya kreatif untuk pengantin, akhirnya byk peralatan

  [Copy link]
Post time 25-8-2019 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Padah nak gambar meletop punya pasal...baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”



PERSIAPAN rapi dilakukan dari sekecil-kecil hal dalam memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar bagi meraikan cinta raja sehari.

Tapi malang tidak diduga sekiranya perancangan majlis umpama kisah dongeng boleh bertukar tragedi, hanya disebabkan perkara remeh-temeh.

Gara-gara mahu mengabadikan foto baju pengantin dengan cara yang kononnya paling kreatif, sudahnya habis basah busana itu kerana ia digantung pada sistem pemercik air atau fire sprinkler system di siling bagi memadamkan kebakaran.

Jurugambar profesional, Nor Azreen Omar berkongsi kisah yang dialami dua rakan setugasnya, tambah tragis bukan sekali malah ia berlaku dua kali, masing-masing pada 2013 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan terkini juga di sebuah hotel tetapi di Putrajaya, minggu lalu.

Sistem pemercik air.

Jurugambar berusia 34 tahun itu memberitahu, menggantung baju pengantin pada sistem pemercik air bukan sesuatu yang baharu kerana idea kreatif tersebut sering digunapakai oleh segelintir jurugambar untuk pelanggan mereka.

“Tujuan jurugambar menggantung baju pengantin pada sistem pemercik air itu untuk menghasilkan art of seeing atau seni menimbulkan baju pengantin sebagai objek tumpuan bagi menampakkan butiran dan perinciannya.

“Gantung baju pada siling di tengah-tengah laluan untuk ke bilik penginapan di hotel akan memberi kesan yang lebih fokus, tapi sebenarnya ia amat berisiko,” katanya kepada mStar.

Segelintir jurugambar sering menggantung baju pengantin pada sistem pemercik air bagi menghasilkan kesan yang lebih fokus. Foto Azreen Omar

Nor Azreen yang berpengalaman sebagai jurugambar sejak 10 tahun lalu berkata, sekiranya merkuri atau bahagian berwarna merah pada sistem pemercik air itu pecah akibat gantungan baju pengantin, ia secara automatik akan berfungsi dan semburan air berlaku serta-merta.

“Bila gantung baju, guna hanger (penyangkut baju), mungkin nasib kita tak baik. Benda tu (merah) ada bahagian yang sensitif dan bila pecah, air terus keluar.

“Baju pengantin bukan sahaja basah tetapi habis banjir selepas itu. Karpet pada laluan tu boleh rosak. Siling bilik pun kemungkinan juga akan rosak,” ujarnya.

    “Lepas budi bicara, jurugambar terpaksa bayar RM3,000 disebabkan kerugian yang perlu ditanggung pihak hotel. Laluan ke bilik-bilik tu bukan sahaja banjir, tapi tetamu terpaksa berpindah ke bilik lain

Mengulas lanjut mengenai dua kejadian yang berlaku, Nor Azreen berkata,  laluan ke bilik-bilik tetamu di hotel dibanjiri air semburan sistem itu.

“Dalam kejadian minggu lepas, pihak pengantin sempat mengeringkan baju menggunakan seterika, dan pengantin dapat memakainya semasa bersanding.

“Malangnya, baju tak sempat kering dalan insiden pada 2013, hanya separa kering. Tapi sebab baju tu diperbuat daripada kain songket, jadi tak nampaklah basah,” tambahnya.


Walaupun pengantin bertolak ansur pada 2013, tetapi tindakan jurugambar menggantung baju pada sistem pemercik air itu bukan sahaja menyebabkan banjir di laluan bilik-bilik tetamu, bahkan pasukan bomba turut bergegas ke lokasi kejadian.

“Bayangkanlah bomba datang dengan jentera. Tapi hanya kerana sistem pemercik air bertindak balas. Bukan setakat jurugambar, semua orang jadi panik macam kebakaran berlaku, tapi tak ada yang terbakar pun.

“Dalam kejadian minggu lepas, pihak pengurusan hotel pantas buat pemeriksaan pada CCTV (kamera litar tertutup), jadi jurugambar tak dapat nak kata apa dah.

“Lepas budi bicara, jurugambar terpaksa bayar RM3,000 disebabkan kerugian yang perlu ditanggung pihak hotel. Laluan ke bilik-bilik tu bukan sahaja banjir, tapi tetamu terpaksa berpindah ke bilik lain,” ujar anak kelahiran Muar, Johor itu.


Sehubungan itu, Nor Azreen menasihatkan kepada jurugambar terutama untuk foto-foto perkahwinan supaya mengambil langkah berhati-hati meskipun masing-masing mahu menghasilkan gambar kreatif untuk dijadikan kenangan buat pengantin.

“Carilah tempat lebih selamat, suruh orang pegang ke, gantung kat tingkap atau cermin. Atau baringkan saja baju tu bersama aksesori lain di atas katil.

“Jadi, berhati-hatilah ya. Kita ni jurugambar nak pergi cari rezeki, jangan bertindak tanpa berfikir sampai jadi kecoh. Jangan sebab nak gambar meletop punya pasal, nanti keluar duit pula bayar ganti rugi,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan apakah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan. Kreatif tak bertempat. Menyusahkan pihak hotel, tetamu, dan yg terutamanya pihak bomba yg datang sebab ingatkan ada kebakaran. Again, MENYUSAHKAN! GERAM PULAK AKU
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Gantung kat laluan tu mmg nampak cantik dalam gambar tapi jangan menyusahkan pihak lain. Kang kena bayar pulak pada hotel tak berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau suka memandai mandai ni mak mmg padankan muka je kalau terjadi tragedi yach!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
So insiden 2013 tu, pengantin pakai baju separa basah la ye masa sanding? What a memory photographer bagi kat pengantin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Gantung kat ranting pokok laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg stupid la sbb usik spinkler system tu..tu fire fighting system kot ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tetiba teringat scene dlm pilem crazy rich asian yg pengantin pompuan tu jln menuju ke altar tiba2 air masuk dan dia seolah berjalan atas air gitu mmg nampak wow sangat laa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:59 AM | Show all posts
harap photogarpher yang lain alert laa benda2 gini...jangan pandang remeh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baju pengantin tu dr material yg nak kena dry clean, ha mampus kena cari ganti plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu beriya sgt nk gantung situ, tampal lah hook beli kat MR DIY...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:17 AM | Show all posts
benda aktif ko pergi usik....
mendapat ler...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:27 AM | Show all posts
bodo xbertempat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:46 AM | Show all posts
Padah mengusik sistem yang sensitif.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:50 AM | Show all posts
tolol sangat...kreatif tak bertempat,menyusahkan org lain plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary lak tengok gambar baju tergantung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:53 AM | Show all posts
Nak tunjuk pandai pada hal ... akhirnya menyusahkan orang lain .  Kadang baju yang cuba diberi tumpuan tu pun bukannya cantik pun kalau ianya digantung sebegitu kalau desigannya biasa je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cantik pon gambar baju tu. Macam menyeramkan je
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik wak luuu.... kalau gantung baju camtu dah mcm langsuir  gentayangan dlm hotel la pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.093297 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list