CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4263|Reply: 44

[Tempatan] Manisnya senyuman Nur Mardhiah [METROTV]

  [Copy link]
Post time 25-8-2019 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Manisnya senyuman Nur Mardhiah [METROTV]


Share


Tweet


Share















Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



USIANYA baru 22 bulan namun Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi sudah diuji dengan barah mata tahap empat yang menyebabkan pancaindera kirinya buta dan rabun di sebelah kanan.
Selain barah, bayi itu juga menderita masalah usus, hati bengkak, paru-paru kronik dan kaki bengkok yang menyebabkan pergerakannya terbatas hingga terpaksa menggunakan alat sokongan.
Ibunya, Nur Natasya Rasid, 23, berkata, seawal usia sebulan, anaknya itu sudah ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan selepas dikesan menghidap radang paru-paru (pneumonia).
Menurutnya, anak bongsunya itu ditahan di ICU selama sebulan dan ketika berusia tiga bulan, doktor mengesahkan Nur Mardhiah sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Cerebral Palsy dan mengalami kelewatan pembangunan global (GDD) berikutan perkembangannya yang tidak normal seperti bayi lain.


“Nur Mardhiah disahkan menghidap barah mata pada Mac tahun lalu selepas melakukan pemeriksaan lanjut dengan pakar serta ujian Imbasan Resonan Magnetik (MRI).
“Sesi rawatan kemoterapinya sudah selesai dan Februari lalu, dia menjalani pembedahan membuang mata kiri dan kini menggunakan pancaindera palsu.
“Menurut doktor, barah itu berpunca daripada kromosom 13q iaitu sejenis penyakit kelainan genetik dan berkemungkinan tidak dapat hidup lama serta hilang satu persatu daya keupayaan sehingga meninggal dunia.
“Kini, saya hanya mengikut nasihat doktor dan setiap tiga minggu sekali, Nur Mardhiah akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan kecil di bahagian matanya ,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kajang Utama, Kajang.

[size=0.8em]NUR Natasya bermain dengan anaknya, Nur Mardhiah Shahadah. FOTO Zulfadhli Zulkifli


Nur Natasya berkata, bukan tidak mahu bekerja cuma dia tiada wang untuk membayar pengasuh dan perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada Nur Mardhiah yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan setiap empat jam sekali.
Katanya, keadaan itu membuatkan dia runsing kerana memerlukan wang untuk membeli keperluan Nur Mardhiah selain menampung kos tambang Grab untuk pergi dan balik dari Hospital Kajang dan HKL.
“Saya sudah berpisah dengan bekas suami pada Ogos tahun lalu dan kini menetap di rumah ibu, Nor Aishah Ibrahim ,53, bersama dua adik.
“Ibu bekerja sebagai kerani namun pendapatannya tidak cukup kerana setiap bulan, sebanyak RM600 diperlukan bagi membeli susu formula khas untuk Nur Mardhiah dan itu belum termasuk lampin pakai buang serta lain-lain keperluan .
“Saya pernah memohon bantuan daripada agensi kerajaan tetapi tidak berjaya disebabkan pendapatan isi rumah melebihi yang sepatutnya dan kini mengharapkan sumbangan orang ramai menerusi kempen dilaksanakan platform penjanaan awam (crowdfunding), Kitafund,” katanya.
Nur Natasya berkata, tiada apa yang diharapkan kecuali melihat Nur Mardhiah kembali sembuh dan dapat menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain.
Katanya, tanpa Nur Mardhiah, hidupnya tidak bermakna kerana tiada zuriat lain memandangkan anak sulungnya kini tinggal bersama bekas suami manakala yang kedua diserahkan kepada ibu saudaranya sejak lahir.
“Walaupun sakit, keletah Nur Mardhiah sentiasa menghiburkan saya malah dia seorang anak yang ceria dan tidak menangis biarpun ketika menjalani rawatan kemoterapi.
“Malah, saya juga tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal jangka hayatnya sebaliknya akan terus berikhtiar yang terbaik saya mahu nyawanya panjang dan sihat semula,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada Nur Natasya boleh berbuat demikian menerusi bit.ly/metromardhiah.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 10:00 PM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2019 11:41 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga segala urusan dipermudah Dan semoga cecepat sembuh dik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hati bapa ceraikn mak, tinggal kan anak oku bawah jagaan ibu mertua...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Set set mak pentingkn diri
Time ngandung taram makan semua benda alasan ngidam sampai penyakit kencing manis darah tinggi semua dia tapau sampai kacau baby dlm kandungan

Mak dia umur 53 masih kerja jd kerani pastu bole pulak ckp pendapatan mak dia tak cukup sebab nak kena byr susu khas anak dia rm600..like what?  Yallll amat

G la keje upah caregiver dpt gaji hujung bulan bayar semua takpun upah pengasuh g niaga ke jual online ke

Lain kali pakai kondom ba wau dal wau ha

Fuhhh.. Done hencap
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 12:20 PM | Show all posts
kat atas ni ada setan tak tahu care giver mahal RM 3000 sebulan. dia fikir care giver tu apa? jaga pintu jamban ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X husband lepas tngan ke apa ni???wlaupon dh cerai dia tetap kena sara anak kan???lagi2 anak oku...tp kt atas tulis anak first dengan ex husband anak second ibu saudara jaga...ke anak yg ni anak dengan suami lain....kesian kt anak ni baru umur 22 bulan dh kena tanggung mcam2 sakit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 01:17 PM | Show all posts
berat ujian anak ini..
anak sakit mcm2 ni kena jagaan rapi..
maybe mak boleh cuba kerja shift malam, n bg nenek dia jaga..
siang mak sambung jga sndiri n nenek boleh kerja dgn aman..

or mak leh try kja dr umah..ambil upah pape ke..or business online..

bapaknyaaa tarak kasi nafkah ka>??????????
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya umur maknya,  23tahun dah ada 3 anak?

Mudah2an dipermudahkan segalanya,  mana tau ada yg offer adik ni kerja sambilan.

Dan harap ayahnya tak lepas tangan,  sebab anak perlu dapat nafkah,  walaupun sudah bercerai dengan ibunya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt atas ada sekor setan @CiliPadiSedap alias Adam Billionaire ada kote tp acah2 sistur yg galakkn mak pak beranak pastu lepas beban kt nenek utk tangging anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
burque replied at 25-8-2019 01:43 PM
Kt atas ada sekor setan @CiliPadiSedap alias Adam Billionaire ada kote tp acah2 sistur yg galakkn ma ...

chuols silap la.. bukan cili tu yg bg statement gitu.. lulu tu yg bg statement gitu.
tau la marah kt cili tu tp jgn la smpi tersalah org

#betulkan yang salah.. bukan pmbekap ya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:58 PM | Show all posts
burque replied at 25-8-2019 11:04 AM
Set set mak pentingkn diri
Time ngandung taram makan semua benda alasan ngidam sampai penyakit kenc ...

adakah dia jadi begitu sebab maknya tak jaga makan? paragraph mana tu?
mungkin kami miss out from article, tolong highlight please.. tq


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mintu replied at 25-8-2019 01:55 PM
chuols silap la.. bukan cili tu yg bg statement gitu.. lulu tu yg bg statement gitu.
tau la mara ...

Sistur mhn baca betul2 ya.. Pasang kanta mata ke ape. Dikatanya aku setan psl care giver

Spesis cari gaduh dari mn adam billionaire sampai bila2 tak aman.  Pastu bukak thread berkeluh kesah psl kesusahn hidup.  Sebb apa?  Sebab spesis gaduh memang hidup xberkat makan sumpahan org je

Sekian sistur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 25-8-2019 01:58 PM
adakah dia jadi begitu sebab maknya tak jaga makan? paragraph mana tu?
mungkin kami miss out fro ...

Tak ada dlm artikel sistur.  I rest my case gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:18 PM | Show all posts
burque replied at 25-8-2019 01:43 PM
Kt atas ada sekor setan @CiliPadiSedap alias Adam Billionaire ada kote tp acah2 sistur yg galakkn ma ...

orang macam kau ni sampah masyarakat je,  dah orang tu susah hulurkan bantuan. yang kau tambah susahkan hidup dia buat pe?  ni nama nya qada dan qadar. kalau dia tahu anak dia jatuh sakit tentu dia xmahu beranak.

mengata orang senang je. menolong orang tak mampu miskin hina dina mulut penuh tahi loji indah water.  kau dah miskin tak mampu tolong orang jangan tambah susah hidup orang.

siapa2 forumer nak tolong boleh derma. kita hanya baca surface daripada berita dan dah buat judgement. cerita sebenar mereka kita tak tahu. kita tak perlu jadi tuhan nak hukum mereka yang miskin di timpa kesusahan. kaka setuju birth control. kaka setuju kahwin bila kemampuan. tapi bila orang dah susah tak perlu lah kondem bajet diri cm malaikat walhal setan bertopengkan malaikat.



kalau miskin sengkek nak derma beri bantuan tak perlu hina. cukup simpan iri hati hasad dengki. biasa mulut cm loji indah water mak ayah dia memang sama jenis biadab. tak pandai didik anak ahlak anak jadi terbiar kat cariforum kalau pandai buat anak tapi tak pandai didik anak pun xguna juga. asyik kondem orang miskin orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 02:19 PM | Show all posts
burque replied at 25-8-2019 02:16 PM
Tak ada dlm artikel sistur.  I rest my case gituhh

fuck u tiada dalam artikel u fitnah orang miskin?? nampak sangat u ni suka judge hina orang miskin benda tiada tokok tambah asal dapat hina orang susah orang miskin.

nampak tak permainan burque
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:22 PM | Show all posts
@burque suka hina orang miskin. hati2 dengan busuk hati cmni

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:25 PM | Show all posts


@burque suka fitnah hina orang miskin xjaga kesihatan. hati2 dengan mulut loji indah water
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg bantuan sara hidup pon patut dinilaikan semula..jgn hanya bergantung pd gaji isirumah semata..tp kena kira berapa byk tanggungan juga.
cth, ada keluarga sorg ank..gaji 3.7k pon still dpt bantuan. tp keluarga 3-4 ank semua skolah gaji 4.2k..tak dpt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.072552 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list