View: 22497|Reply: 165
|
FARA FAUZANA KEMBALI KE KONTI
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 27-8-2019 06:53 PM
Lebih tiga tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, penyampai popular, Fara Fauzana kembali ke konti untuk mengubat rindu peminat, bermula semalam.
Fara yang bersiaran menerusi slot Team Pagi Suria bersama rakan penyampai, Issey dan Fizi Ali menyifatkan, tawaran diberikan sebagai peluang untuk kembali mendekati pendengar yang merindui suaranya.
Terdahulu, Fara, 39, pernah menjadi penyampai jemputan untuk stesen sama sempena kempen Super 8 Suria pada awal tahun ini.
“Tidak kira di stesen mana kita bertugas, paling penting adalah fokus dalam menyampaikan maklumat dan menghiburkan pendengar ketika ke udara.
“Semangat masih tetap sama kerana saya mahu kehadiran memberikan keceriaan kepada pendengar,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan sebagai DJ Lin berkata, kehadiran Fara yang memiliki reputasi tersendiri mampu memberikan impak kepada stesen itu.
“Melihat kepada maklum balas positif dan keserasiannya bersama Issey dan Fizi Ali ketika diundang sebagai penyampai jemputan, sedikit masa lalu menjadikan Fara pilihan terbaik melengkapi trio pagi,” katanya.
Tambahnya, kehadiran Fara juga diharap menjadi pemacu untuk menceriakan lagi suasana pagi di stesen terbabit menerusi kandungan program yang lebih segar, menarik dan interaktif.
Slot pagi yang kini dikenali sebagai Team Pagi Suria x Fara Fauzana ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi.
Fara memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Era FM pada 2003, seterusnya berhijrah ke Hot FM pada 2006. Selepas sedekad bersama Hot FM, Fara mengambil keputusan berundur pada 27 Februari 2016. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terdengar perbualan td. Sape ntah yg buat cabaran supaya fafau pergi public dan tanya kat org ramai, kenal x sapa fafau. Sheols ckp kalau cbrn tu dibuat 10 tahun yg lps bole la..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
duit dah x brp nak ada.. job kat luar pun x brp jgk.. i speku je ye.. jgn kecam |
|
|
|
|
|
|
|
unguaurora replied at 27-8-2019 06:58 PM
Terdengar perbualan td. Sape ntah yg buat cabaran supaya fafau pergi public dan tanya kat org ramai, ...
Dulu gigihkan sheols dgn fbi kayuh basikal pusing malaysia masa mula2 nak up kan hotfm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Faveret radio iols sekarang.. dengar time g kije dengan balik kije |
|
|
|
|
|
|
|
Better than pelawak2 yg mengarut je. Dulu fafau & fbi byk bawak isu2 yg menarik. Antara nya yg i ingat pasal love scam. Fafau siap kol. Live dgr awang hitam tu main cinta.. yekkkk. |
|
|
|
|
|
|
|
I dgr suria time blk keje je. Nak dgr abg tyzo |
|
|
|
|
|
|
|
Fafau ni kalau buat kelakar selalu tak menjadi dah la ketawa mengilai hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kril, HO & seelan paul lagi best..fafau soso, cakap banyak kadang2 merapu...
Rindunya dengar radio dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku skrg dengar radio rtm je klfm,nasionalfm kadang2 klasik fm. Tak layan dah radio swasta syok sendiri dan kuat merapu. Sendiri buat lawak sendiri gelak. Bodoh gila yang bayar gaji mahal kat dj2 macam ni. Buat topik peebincangan pun benda ringan dan tak berfaedah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr lite fm lg tenang.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
So Fafau ibarat sirih pulang ke gagang, ibarat ikan pulang ke lubuk laa ni...Tahniah Fafau dn selamat berjaya. Kalau Fafau ada baca komen2 netizen di sini, mungkin Fafau akan mengambil langkah memperbaiki dan membawa satu pembaharuan kpd persembahannya. Mungkin Fafau kena buat homework mencungkil isu2 yg dpt memenangi telinga para pendengarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke dgr pakcik bawang tyzo tu dgn acik rara & suraya belah petng.
nanti la nk dgr belah pagi plak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka dgr segmen cik pia dgn abg tyzo kak rara n suraya je.. issey boleh la.. kalo fizi ali handle mcm buhsan sket. |
|
|
|
|
|
|
|
gummiebear replied at 27-8-2019 07:51 PM
Faveret radio iols sekarang.. dengar time g kije dengan balik kije
Kelakar jgk kak rara, abg tyzo blender ngan suraya kundur.. asyik nk bercekau je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama x dgr radio..so, fafau dlu kata nak bersara dari dunia penyiaran radio kan? Tarik balik persaraan persis altimet, che ta rso dan yg sewaktu dengannya..
By the way, sheols ini better la dari pelawak2 yg acah2 jd dj popular yg kuat mengarut. Punca iols x dgr radio dah dalam kereta. Baik dgr pendrive yg ada ribuan lagu. |
|
|
|
|
|
|
|
gummiebear replied at 27-8-2019 07:51 PM
Faveret radio iols sekarang.. dengar time g kije dengan balik kije
Yess sama..iols pling suka si tyzo zenderr dgn suraya borhan..asyik gaduh je diorg tp bes!!skrg kak syeripah tu pun dh ngam ngn geng dua tu..tambah 2 syoj |
|
|
|
|
|
|
| |
|