CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11061|Reply: 89

[Politik] Mukhriz bagitahu dia cuma bantu kawan...

[Copy link]
Post time 28-8-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Saya hanya bantu kawan, itu cerita lama'
28/08/19 | 12:09 pm

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendakwa beliau hanya membantu untuk mendapatkan tanah di Sarawak yang dianugerahkan kepada kawannya pada sekitar tahun 1994.

Menyifatkannya sebagai cerita lama, anggota parlimen Jerlun itu menjelaskan beliau tidak mendapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah berkenaan.

"Itu cerita lama, 1994. Saya pun sudah lupa. Saya membantu kawan, dia memohon (tanah), jadi dia meminta (saya) supaya terlibat sama.

"Jadi saya bantu macam itu sajalah, tetapi saya tidak dapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah itu, 1,000 ekar ke 1,000 hektar saya tak pasti," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sebelum itu, pada 19 Ogos lalu, portal Sarawak Report melaporkan menteri besar Kedah yang juga anak kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu menerima 1,000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994.

Menurut laporan portal itu, seorang penasihat undang-undang sebuah kerajaan negeri mendedahkan bahawa Mukhriz mendapat kontrak pembalakan daripada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1994 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4.

Ekoran pendedahan Sarawak Report, penasihat undang-undang berkenaan mencabar portal berita itu melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Sarawak Report, bekas pemilik sebuah syarikat berjaya mendapatkan 1,000 hektar kontrak pembalakan dengan pertolongan penasihat undang-undang berkenaan dan Ketua Menteri Sarawak.

Sementara itu, Mukhriz berkata disebabkan perkara itu telah terlampau lama, beliau juga sudah lupa nama syarikat berkenaan.

Namun katanya, bagi Sarawak, jumlah kawasan tanah yang dianugerah kepada syarikat berkenaan pada masa itu tidak begitu luas.

"Tapi bagi Sarawak biasa saja agakanyalah, bukan kawasan yang begitu luas.

"Terlampau lama dan saya pun dah tak teringat nama syarikat itu bila disebut, tapi saya tak terlibat dengan syarikat itu sudah sekian lama," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 04:48 PM | Show all posts
yeah right..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 04:48 PM | Show all posts
daddy ada, apa ada hal??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyelah tu....Tolong sikit Ex UMNO dari PH
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi BIG TIMEEEE
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 05:12 PM | Show all posts
bila org2 PH dah kantoi...
boleh minta maaf...
dan yg terbaru...tolong kawan...


perghhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Surat kelulusan kerajaan sarawak ditujukan kepada dia selaku pengerusi syarikat balak tu... Tolong kkawan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lu macai apa Tau?

1000 ekar ka 1000 hektar sama jah.. bukan manfaat besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak ingatttt....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-8-2019 05:22 PM
Lu macai apa Tau?

1000 ekar ka 1000 hektar sama jah.. bukan manfaat besar

1000 hektar =2471.05 ekar... Sangat membantu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 28-8-2019 05:35 PM
1000 hektar =2471.05 ekar... Sangat membantu

Utk boboi takde effect jah katanya atas kesejahteraan diri dia.

Kau rasa shalom?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-8-2019 06:04 PM
Utk boboi takde effect jah katanya atas kesejahteraan diri dia.

Kau rasa shalom?

Utk soklan bonus ni.. Ak slalu tanya ngan bi ak kt kandang... Tp tu la ak dh sembelih pulak hukkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mengapa keluarga depa ni...'MUDAH LUPA'.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-8-2019 05:09 PM
Kantoi BIG TIMEEEE

Sbb tuu aku tak caye depa nii.. bagi je laa tanah tuu pd msyrkt penan sana.. sian depa.. mkn pakai pun tak pasti.. ko dah kaye.. nak buat ape duit lg.. aku masa keje dulu.. rasa dpt 6ribu gajii tuu dah byk sgt.. ujung ujung aku sedekah pd org kg yg memerlukan.. itu aku yg cikgu jahh.. nak beli baju semua baju dah rase.. nak mkn.. semua mknan dah rase.. nak kete.. dah ade kete elok.. rumah pun Tuhan bg dsh selesa bglaa pd yg memerlykan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
So memang mengakula?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 28-8-2019 06:38 PM
Sbb tuu aku tak caye depa nii.. bagi je laa tanah tuu pd msyrkt penan sana.. sian depa.. mkn pakai ...

Org kaya ni.. Makin kaya makin tamak.. Susah nak cari yg makin kaya makin byk memberi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-8-2019 06:58 PM
Org kaya ni.. Makin kaya makin tamak.. Susah nak cari yg makin kaya makin byk memberi

Tak cukup cukup lg kee duit.. duit dah seguni pun tak cukup lg kee
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 28-8-2019 07:03 PM
Tak cukup cukup lg kee duit.. duit dah seguni pun tak cukup lg kee

Duit ni mcm kita minum coke.. Tak penah hilang haus.. Tapi kalau kita anggap duit tu hamba kita.. insyaallah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 28-8-2019 05:14 PM
Surat kelulusan kerajaan sarawak ditujukan kepada dia selaku pengerusi syarikat balak tu... Tolong k ...

bodohgemok percaya la cite gini haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-8-2019 07:06 PM
Duit ni mcm kita minum coke.. Tak penah hilang haus.. Tapi kalau kita anggap duit tu hamba kita..  ...

2.6 bilion najib tu sibuk mahacai ph...
atuk tu lg hebat... tp tak kena sbb bijak haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.153341 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list