CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8546|Reply: 7

220V tu tinggi/kuat ke penggunaan letrik?

[Copy link]
Post time 28-8-2019 08:27 PM | Show all posts |Read mode
hye semua, nak tau sbb saya kurang pasti, 220V tu kuat ke penggunaan elektrik? 220V tu bersamaan berapa Watts ye? biasanya kalau saya beli barang2 letrik,dia akan tulis dalam W, contohnya 27W dll. terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 09:02 PM | Show all posts
google converter Volt to wat lepas tu ambil calculator tekan dy/dx = kalau dapat syntax error maksudnya elektrik tu jimat saving energy, green house

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 11:03 PM | Show all posts
@KILL_NANCY    @MeghanK  tolong jawap klu ada masa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 28-8-2019 11:03 PM
@KILL_NANCY    @MeghanK  tolong jawap klu ada masa

haha..insyaallah nanti saya sampaikan..dia tengah bz skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 06:35 AM | Show all posts
MeghanK replied at 29-8-2019 11:30 PM
haha..insyaallah nanti saya sampaikan..dia tengah bz skang ni

tima kasih

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 08:45 PM | Show all posts
salam tuan tanah yang bertanya..
ni jawapan nya

assalam encik/cik,

sebelum tu kena paham dulu apa maksud watts.

watts adalah satu tentu ukur untuk Kuasa atau Power.220v (ac atau arus ulang alik) adalah ukuran potensi bagi voltan dan ini kita panggil sebagai normal rating iaitu 220/240v sebagai fasa tunggal atau single phase yang banyak digunakan di mana2 kediaman dalam tanah melayu ni.paham?

kalau encik/cik belek2 plug top atau bontot periuk Sanyo yang encik/cik dapat masa hari kawen, encik/cik akan melihat satu angka yang tertulis 50hz (hertz).50 hz dan 60 hz?apa benda ni?i hertz u rahul?macam tu?

hertz adalah unit SI bagi frekuensi.frekuensi (hz) adalah satu kitaran lengkap yang diukur pada asasnya selama 20 miliseconds.cukup sampai sini sebab kalau nak terangkan memang kena sembang sampai sinusodial dan RMS yada yada .... kena buka kitab .... bila dah buka kitab encik/cik kena buka dompet ....

Apa beza 50hz dan 60hz?

jawapannya hampir tiada beza namun tidak bermakna tiada beza.50hz adalah frekuensi yang ditetapkan oleh great britain dengan padanan voltage purata sebanyak 220v dan 60hz adalah frekuensi bagi Amerika dengan padanan voltan purata 110v.ada sesetengah negara yang pakai kedua2 frekuensi ni antaranya Jepun.so bila travel di luar negara jangan asal ada lubang jolok ya, dapat penyakit nanti.

punbegitu, sudah banyak negara2 maju yang membangunkan surge protector device untuk sense over voltages secara melampau yang boleh merosakkan peralatan elektrik lagi2 yang punya transistor dan microprocessor.sangat2 sensitif dengan voltan surge.

dulu2 kalau encik/cik masih ingat tentang tiub semikonduktor di mana saiznya sebesar mak ngah saya, design yang complex dengan functional wise yang amat limited tapi kalau takat masalah voltage surge ni dia boleh handle.tapi disebabkan tiub semikonduktor tu gedabak saiznya maka kejuruteraan elektrik telah mengalami revolusi di mana transistor diperkenalkan maka terhasillah intergrated circuit dan microprosessor.murah harganya, saiz yang lebih kecil, kompak, lebih sensitif dengan voltage surge.

kalau encik/cik nak tau pasal sedikit sejarah tentang arus ulang alik dan penggunaan hertz, bolehlah google nama2 carian seperti Ferranti, LESCo, William Stanley Jr, Carl Wilhelm Siemens dan seumpamanya.

220v berapa watts?

220v = 0 watt.bila tengok 220v/240v ramai pengguna akan terfikir yang perkakas elektrik tu produced 220v atau boleh terima 220v salah tu.220v bukan satu nilai untuk memperlihatkan kuasa periuk nasi encik/cik.

apa maksud electric power atau kuasa elektrik?

kuasa elektrik adalah kadar kerja yang terhasil oleh arus elektrik.kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk cahaya (solar system), haba, bunyi dan gerakan sesemua ni diukur dalam unit Watt.dapat tak?

saya beri satu contoh misalannya mini kompo Aiwa yang encik/cik dapat masa cabutan bertuah di kelab dangdut Teratai dulu.

contoh :

mini kompo Aiwa = 800watt/220v

berapa nilai arus elektrik yang digunakan?

sebelum tu untuk mengira kuasa elektrik, ni formulanya.

harus diingat !!! kebergantungan Kuasa adalah terletak pada nilai voltan dan arus.

P = V x I

P = Power/Kuasa
V= Voltage/Voltan
I= Influare/Arus

so berapa arus mini kompo tadi?

P = V x I
I = P/V <<<< sebab nak cari arus (I)
I = 800w/220v
I = 3.64A (Ampere)

jom kita check arus sebanyak 3.64A menghasilkan berapa watt?

formulanya,

watts = voltages x amps
watts = 220v x 3.64
watts = 800w

800w adalah watts pada mini kompo tadi.

kesimpulannya,

jika peralatan elektrik anda secara amnya mempunyai perkadaran 220v, ia adalah selamat untuk digunakan pada 240v (single phase/fasa tunggal).220v/240v adalah bekalan yang disalurkan hanya tunggal kemasukan pada setiap rumah.bukan satu nilai yang menentukan kuat atau tidak penggunaan elektrik.

harap membantu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2019 10:57 AM | Show all posts
MeghanK replied at 30-8-2019 08:45 PM
salam tuan tanah yang bertanya..
ni jawapan nya

terima kasih sudi membantu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 30-8-2019 08:45 PM
salam tuan tanah yang bertanya..
ni jawapan nya

thanks meg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060962 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list