CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3060|Reply: 16

Sejarah Suntikan Maut, Hukuman Yang Dianggap Tidak Menyakitkan Dan Berperikemanu

  [Copy link]
Post time 30-8-2019 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suntikan maut mula diperkenalkan pada tahun 1970-an di Amerika Syarikat dan dianggap sebagai cara yang paling berperikemanusiaan dan kurang menyakitkan oleh ramai pihak. Pada abad ke-15 di Eropah pula, penderitaan tahanan yang dihukum mati merupakan ciri penting tentang keadilan, tetapi seiring dengan berlalunya waktu, manusia mula mencari sesuatu yang kurang kejam.

Sejarah Suntikan Maut
Akan tetapi, terdapat banyak bukti yang menyatakan bahawa suntikan maut bukanlah cara terbaik untuk membunuh.

1. Hukuman yang lebih berperikemanusiaan

Cadangan awal untuk suntikan maut muncul semasa Abad Pencerahan apabila kaedah pelaksanaan hukuman mati yang berperikemanusiaan sangat-sangat dicari.

Inisiatif pertama idea ini boleh didapati dalam karya sejarawan Perancis, Robert Muchembled, yang mengumpul cerita mengenai perubahan dalam tingkah laku banduan yang dikenakan hukuman mati dari abad ke-15 hingga ke-18.

Pada mulanya, orang ramai mengejek dan meraikan keadilan yang mereka anggap perlu dilakukan, lebih kejam dan menyakitkan, itu adalah lebih baik.

Menjelang akhir kurun ke-18, hukuman mati menjadi semakin menakutkan. Biarawati akan mengikut tertuduh sambil memercikkan air suci, menangis dan menjamin orang yang terkutuk itu dari pengampunan yang menanti mereka.

Pada tahun 1790-an, satu kaedah baru telah dicipta di Perancis dengan harapan untuk menjadikan hukuman mati lebih berperikemanusiaan, yang dikenali sebagai guillotine (penggal kepala).

Malangnya, mereka mengatakan bahawa kepala manusia masih sedar beberapa saat selepas dipenggal, membuatkan orang ramai beralih arah untuk mencari cara lain yang lebih baik.

Kemudian, pada tahun 1888, seorang doktor dari New York, Julius Mount Bleyer mencadangkan bahawa suntikan maut atau elektrik akan membawa kepada pengakhiran yang cepat dan tidak menyakitkan.

Namun, dia tidak diendahkan kerana dua sebab. Pertama, tiada seorang pun dalam bidang perubatan menginginkan jarum hipodermik yang baru diperkenalkan ketika itu dikaitkan dengan kematian.

Kedua, elektrik pada ketika itu adalah sesuatu sangat baru kepada orang ramai dan semua orang terpesona dengannya.

Penyokong kepada tenaga elektrik, termasuk Thomas Edison, membuatkan orang ramai mempercayai bahawa ia akan membawa kemudahan kepada semua orang.

Memang benar, elektrik telah membawa kepada kesenangan membuatkan orang ramai beranggapan bahawa elektrik tidak akan disalahgunakan.

Namun, penyokong tenaga elektrik meyakinkan semua orang bahawa ia adalah cara yang lebih berperikemanusiaan untuk mati menggunakan elektrik berbanding mati ketika tidur.

Credit: SentiasaPanas

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
2. Reputasi suntikan maut diburukkan oleh Nazi

Satu lagi sebab mengapa suntikan maut tidak diguna pakai lebih awal adalah kerana kemungkinan hubungannya dengan rejim Nazi.

Walaupun bilik gas menjadi trademark sebagai kaedah pilihan dalam pembunuhan beramai-ramai, suntikan maut lebih awal digemari.

Sudah tentu, ahli sains dan doktor Nazi tidak kisah dalam menyediakan kematian yang berperikemanusiaan.

Mereka menjalankan eksperimen ke atas orang kurang upaya dan orang sakit menggunakan pelbagai jenis ubat yang disuntik ke pelbagai tempat.

Kaedah yang paling berkesan ditemui Nazi adalah dengan menyuntikkan fenol, bahan kimia yang sangat toksik dan menghakis, terus ke dalam jantung seseorang.

Program membunuh orang cacat mental dan fizikal secara sistematik melalui bilik gas, suntikan atau bahkan kebuluran dikenali sebagai T-4.

Ia bermula pada awal tahun 1939 dan menjadi model pembunuhan beramai-ramai yang diikuti pada tahun 1940-an.

Ia dilakukan dengan doktor mengabaikan pesakit yang dianggap "tidak layak hidup" supaya mereka kelaparan dan berakhir dengan beribu-ribu pesakit dihantar ke pusat pembunuhan.

Penemuan antarabangsa terhadap kengerian yang dilakukan oleh Nazi Jerman menyebabkan hukuman bilik gas tidak disukai dan dan mungkin mempercepatkan penggunaan suntikan.

Suruhanjaya Diraja British berkata bahawa tidak ada hukuman elektrik atau bilik gas adalah lebih berperikemanusian daripada hukuman gantung.

Suruhanjaya itu juga memberitahu bahawa suntikan maut masih belum sesuai untuk dilaksanakan tetapi harus dikaji melalui sains.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
3. Protokol Jay Chapman

Hinggalah pada tahun 1977, seorang pemeriksa perubatan Oklahoma bernama Jay Chapman mencadangkan formula khusus untuk suntikan maut bagi memastikan kematian yang lebih berperikemanusiaan.

Orang awam masih mengaitkan hukuman mati bilik gas dan elektrik dengan rejim Nazi dan telah terbukti tidak berperikemanusiaan.

Mereka yang dihukum bunuh oleh kerusi elektrik kadang-kala terbakar dan saksi yang melihat kerap kali terkejut mengetahui betapa sukanya untuk menonton hukuman dijalankan.

Jadi, ketika Jay Chapman muncul dengan saranannya untuk protokol "tiga ubat", sistem kehakiman dan orang awam lebih bersedia untuk mendengar tentangnya.

Protokol ini direka supaya tahanan melalui proses di mana badan mereka akan mula-mula kebas, kemudian lumpuh dan diiikuti dengan kematian.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahanan boleh dibunuh dengan barbiturat, yang akan memastikan kematian yang tidak menyakitkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
4. Pelaksanaan suntikan maut pertama di dunia

Protokol Jay Chapman dibangunkan di Oklahoma, tetapi Texas adalah yang pertama menggunakannya. Charles Brooks Jr. adalah orang pertama yang mendapat "penghormatan" untuk menguji idea Chapman.

Dia telah disabitkan dengan pembunuhan seorang mekanik, David Gregory selepas hadir untuk pandu uji di kedai kereta terpakai di mana David bekerja.

David ditemui dalam keadaan terikat dan ditembak di kepala pada malam tersebut di sebuah bilik motel.

Charles dan rakan jenayahnya, Woodie Loudres, kedua-duanya didapati bersalah atas pembunuhan itu kerana kedua-duanya tidak dapat dibuktikan siapa yang menembak David. Walaubagaimanpun, Woodie dijatuhkan hukuman yang lebih ringan berbanding Charles.

Suntikan maut dirasakan berperikemanusian, tetapi tiada siapa yang tahu apa yang dirasakan oleh Charles kerana ia belum pernah dilaksanakan sebelum itu.

Charles Brookes kemudian berjumpa dengan Dick Reavis, seorang wartawan dan membuat perjanjian dengannya sebelum hukuman dilaksanakan untuk melihat sama ada dia mengalami sebarang kesakitan ketika dihukum.

Apabila Charles Brooks bersedia untuk disuntik, dia akan menggelengkan kepalanya jika mengalami sebarang kesakitan.

Apabila masanya sudah tiba, Charles perlahan-lahan memalingkan kepalanya dari satu sisi ke arah yang lain dan kemudian ke atas dan kembali ke satu sisi.

Namun, Dick Reavis tidak dapat memastikan adakah ini adalah isyarat daripada Charles, juga tidak jelas tahap pergerakan Charles memandangkan dia menjadi lumpuh akibat suntikan tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
5. Penerimaan masyarakat antarabangsa

Suntikan maut memperlihatkan penerimaan yang meluas di negara penghasilnya, Amerika Syarikat, dengan 30 negeri di sana membenarkan hukuman mati dengan suntikan maut.

Sehingga tahun 2009, 936 daripada 1,107 banduan yang dihukum mati sejak tahun 1977 dibunuh dengan suntikan maut.

Sejak tahun 2000, hanya 5 banduan dihukum mati dengan cara lain, iaitu dengan kerusi elektrik, teknik yang lebih diterima oleh banyak negara termasuk China yang melaksanakan hukuman mati sekitar 10,000 banduan dalam setahun.

Taiwan adalah negara luar pertama yang mengiktiraf suntikan maut selepas Amerika Syarikat namun tidak pernah menggunakannya.

Guatemala mengamalkan teknik ini tetapi berhenti pada tahun 2000 apabila pelaksanaan hukuman mati yang ditayangkan di televisyen telah gagal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
6. Ujian tahap kesakitan yang dialami banduan suntikan maut

Walaupun suntikan maut tersebar ke negara-negara di seluruh dunia, masih tidak ada bukti yang pasti bahawa prosedur itu tidak menyakitkan atau berperikemanusiaan.

Charles Brooks telah menggelengkan kepalanya apabila disuntik, mungkin cuba memberi isyarat kepada Dick Reavis bahawa dia mengalami kesakitan.

Namun, kita tidak pernah mengetahui tentang perkara ini kerana tiada siapa yang pernah terselamat ketika menerima suntikan maut.

Jay Chapman mengejek idea bagi menguji protokol untuk melihat sama ada ia menyakitkan atau tidak.

Beliau berkata bahawa, satu-satunya cara yang boleh menyakitkan banduan adalah memulakan dengan dos yang tidak berperikemanusiaan dan menambahkan dos, yang akan menyeksa banduan.

Tetapi, penyelidik di Florida dan Virginia telah menemui cara yang kurang kejam untuk menguji suntikan ini.

Mereka hanya menguji tahap ubat-ubatan yang masih terdapat di dalam badan selepas banduan mati.

Hasil yang ditemui menunjukkan bahawa sebanyak 90% daripada tahanan yang diberikan suntikan maut tidak mempunyai anestetik yang cukup dalam sistem mereka.

40% daripada banduan dipercayai berada dalam keadaan sedar selepas disuntik, menyebabkan mereka mengalami sensasi terbakar yang melampau di seluruh badan, kekejangan otot, sesak nafas dan akhirnya serangan jantung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2019 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
7. Kegagalan pelaksanaan suntikan maut

Walaupun suntikan maut mungkin tidak memberikan sebarang kesakitan jika dilaksanakan dengan betul, namun ia kerap kali dilakukan dengan tidak betul.

Doktor dan jururawat sering dilarang daripada menyertai mana-mana bahagian pelaksanaan oleh kod etika mereka. Sesetengah doktor pula tidak mahu memberikan sebarang pendapat mengenai amalan suntikan maut ini.

Ia bermakna bahawa, algojo tanpa latihan formal akan mengalami kerumitan dalam menentukan dos ubat bius yang diberikan dalam tiga ubat suntikan tersebut.

Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan pelaksanaan suntikan yang gagal dan banduan akan menderita kesakitan yang tidak sepatutnya jika juruteknik tidak boleh memasukkan jarum dengan betul, menggabungkan suntikan atau menyuntik terlalu sedikit bahan kimia.

Malang sekali, kesilapan ini agak biasa berlaku. Di Oklahoma, terapi intravena (IV) yang bertujuan untuk dimasukkan ke arteri femoral seorang banduan, Clayton Lockett, telah tersalah masuk dan bahan kimia tersebut dilepaskan di bawah kulitnya. Dia akhirnya mati selepas 43 minit dalam kesakitan yang melampau.

Di Georgia, seorang juruteknik juga mengalami masalah memasukkan IV dan 'menyerah kalah' selepas satu jam gagal mencari vena yang sesuai.

Dalam kes yang lain, seorang banduan berusia 72 tahun telah dimasukkan IV berhampiran pangkal punggungnya selepas tidak dapat dimasukkan di bahagian tangannya.

Sebagai rujukan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk sebarang kaedah pelaksanaan hukuman mati yang menyebabkan mangsanya menderita lebih dari 10 minit.

Semoga memberi manfaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk drama korea Dr. John.

Dlm drama tu dia ada tunjuk scene doktor bgi pesakit iv yg berlebihan sbb x snggup tgk psakit mnderita. Pesakit tu ada kanser yg x bleh sembuh n doktor tu dihukum penjara krn dikira brsalah mematikn seorng psakit wlaupun atas prmintaan psakit sndri.

Dlm drama tu pun ada tunjuk ubat yg dicipta utk matikn manusia dlm keadaan tenang tapi mgikut undang2 korea ubatan bgitu x dibenarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2019 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Afie13 replied at 8-9-2019 03:20 AM
Baru tgk drama korea Dr. John.

Dlm drama tu dia ada tunjuk scene doktor bgi pesakit iv yg berlebi ...

Wah, cm menarik je cite tu. Nk tgok gak la nti. Tq for the info.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 09:56 AM | Show all posts
paling senang pancung je. mcm guillotine tu dh betul.. walaupn kepale masih sedar beberape saat tp deria rase semua dh xde. pendapat aku la
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2020 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
LemangGoreng replied at 14-1-2020 09:56 AM
paling senang pancung je. mcm guillotine tu dh betul.. walaupn kepale masih sedar beberape saat tp d ...

Too many blood will splatter all over the place

Tp for sure dorg ada cara mcmn nk elak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
How bout gantung?

Bg sikit info
Just nk tgk perbandingan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman Gantung

Penggantungan merujuk kepada perbuatan menggantung sambil menjerut atau memaut tali gantung keliling leher seseorang sehingga tergantung tidak jejak bumi sehingga mati.[1]

Ia merupakan antara kaedah menghukum penjenayah sehingga mati paling lazim dilakukan sejak Zaman Pertengahan malah masih diteruskan di banyak kawasan dan negara sehingga kini - ia pertama kali dicatat dalam teks kuno Yunani Odsseia karya Homeros (Buku ke-XXII).[2] Ia juga merupakan salah satu kaedah membunuh diri yang kerap dijumpai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Penggantungan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap individu yang melakukan perbuatan ini melalui beberapa keadaan:

Penutupan arteri karotid yang menyebabkan hipoksia serebral
Penutupan vena jugular
Pematahan leher membawa kepada kecederaan saraf tunjang atau juga terpancungnya kepala
Penutupan saluran pernafasan.
Bagaimana penggantungan sebegini boleh menyebabkan kematian bergantung kepada keadaan persekitaran ketika penghukuman dilangsungkan.

Keadaan yang merumitkan pihak berkuasa memastikan kematian pesalah laku yang dihukum menyebabkan adanya penjelasan "digantung sehingga mati" ("hanged by the neck until dead") dalam penulisan undang-undang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

Hukuman mati mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat manusia, dan pernah berlaku di hampir semua masyarakat. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan dalam masyarakat. Tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati ialah satu cara untuk mengawal disiplin tentera. Contohnya, askar yang enggan bertempur atau lari daripada tugasan boleh dihukum mati. Tindakan ini adalah supaya tiada askar yang enggan bertempur kerana takut. Selain itu, hukuman mati juga merupakan satu cara untuk mengadakan kawalan sosial. Di negara yang autokratik, mereka yang mempunyai kelainan pendapat dengan kerajaan barangkali akan dihukum mati. Contohnya di negara komunis, seseorang itu akan dibunuh sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya itu "berbahaya kepada masyarakat".

Cara melaksanakan hukuman mati sebenarnya mengalami banyak perubahan. Pada masa sekarang hukuman mati biasanya dilaksanakan dengan kesakitan yang minimum. Cara yang melibatkan perdarahan dan mengambil masa yang lama biasanya tidak digunakan. Ini adalah kerana hukuman mati bermaksud menamatkan nyawa seorang penjenayah dan tidak bermaksud menyeksanya.

Walaupun banyak negara menggunakan hukuman mati sebagai hukuman untuk jenayah berat, terdapat beberapa negara yang tidak mengamalkan hukuman mati. Contoh negara yang tidak mengamalkan hukuman mati ialah negara-negara dalam Kesatuan Eropah. Mereka menganggap hukuman mati ialah tindakan yang melanggar hak kemanusiaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cahayahidupku at 10-5-2020 08:43 AM

Di negara yang bertamadun, hukuman mati ialah satu pendekatan untuk menghapuskan jenayah. Biasanya hukuman ini hanya dikenakan kepada penjenayah berat sahaja. Contoh bagi jenayah yang membawa kepada hukuman mati adalah seperti berikut:

Membunuh
Kebanyakan negara akan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang membunuh secara segaja. Hukuman ini berdasarkan prinsip pembalasan: "hutang harta dibayar harta; hutang darah dibayar darah".

Penyeludupan dadah
Di negara Asia seperti Malaysia, Singapura, dan juga China, sesiapa yang melakukan penyeludupan dadah boleh dikenakan hukuman mati. Hukuman ini berdasarkan kenyataan dadah memberi kesan yang mahaburuk kepada masyarakat.

Penjualbelian manusia
Di negara China, penjualbelian manusia ialah satu jenayah yang membawa kepada hukuman mati.

Jenayah seks/rogol
Di negara Islam, penjenayah seks boleh dikenakan hukuman mati. Keadaan yang sama juga berlaku di Vietnam yang mengenakan hukuman mati terhadap pesalah yang merogol kanak-kanak.

Jenayah-jenayah lain
Menderhaka, menculik, penyalahgunaan senjata api, malah rasuah adalah antara kesalahan yang dikenakan hukuman mati di beberapa negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada peringkat antarabangsa, hukuman mati bukanlah sesuatu yang diterima semua. Ada yang menyokong dan ada yang membantah, masing-masing dengan alasan etika dan juga alasan kemasyarakatan.

Dalil nyah ontologi
Kedua-dua pihak penyokong dan penentang menuntut kepada dalil nyah ontologi untuk menahan pendapat masing-masing. Bagi pihak penentang, hukuman mati ialah satu bentuk pembunuhan juga. Sebagai satu bentuk pembunuhan, ia tidak lari daripada sifat kekejaman. Tambahan pula, hidup dan manusia merupakan hak Tuhan, dengan alasan itu manusia tidak harus mengambil nyawa manusia kerana ia bukan hak manusia.

Bagi mereka yang menyokong hukuman mati, hukuman mati adalah adil untuk dikenakan kepada mereka yang melanggar hak kehidupan orang lain, yakni pembunuh. Atas prinsip pembalasan, mereka yang membunuh harus dibunuh.

Maka kesimpulannya, dari segi analisis hierarki nilai, mereka yang menyokong hukuman mati, sebenarnya telah meletakkan nilai keadilan di atas nilai "sayang kepada nyawa". Maka bagi mereka yang menentang hukuman mati, mereka meletakkan nilai "sayang kepada nyawa" di atas nilai keadilan.

Dalil ekonomi
Dalil ekonomi tidaklah boleh dianggap dalil yang utama dalam mendebatkan isu ini. Ekonomi di sini juga tidak merujuk kepada konsep kewangan tetapi kepada "peruntukan" dalam erti kata yang luas.

Bagi pihak yang menyokong hukuman mati, dikatakan hukuman mati adalah lebih jimat berbanding dengan hukuman seumur hidup. Kenyataan ini adalah senang diterima kerana hukuman seumur hidup melibatkan kos penyaraan si pesalah untuk satu jangka masa yang panjang. Manakala bagi hukuman mati pula, ia tidak melibatkan kos ini. Dikatakan bahawa lebih baik kos menyara hidup banduan seumur hidup ini dialihkan untuk kegunaan perkara yang lebih berfaedah seperti memajukan kebajikan rakyat.

Tetapi bagi pihak yang menentang hukuman mati, dikatakan hukuman mati sebenarnya menelan kos yang lebih banyak. Penentangan ini adalah kerana hukuman mati sentiasa melibatkan proses kehakiman yang teliti dan mengambil masa yang panjang. Maka kos yang ditelannya lebih banyak.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum dapat mengeluarkan statistik untuk membuktikan kesahihan hipotesis masing-masing

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086766 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list