CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5455|Reply: 4

5 Tabiat Kebiasaan Ketika Main Videogame Klasik Suatu Masa Dulu

[Copy link]
Post time 30-8-2019 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by leblues at 30-8-2019 07:06 PM

5 Tabiat Kebiasaan Ketika Main Videogame Klasik Suatu Masa Dulu





Bagi kanak kanak era 80an sehingga tibanya zaman awal millennium, memori tentang konsol permainan video pasti mempunyi banyak kenangan manis dan juga pahit.

Teknologi pada waktu itu juga kurang matang berbanding sekarang menyebabkan ada kalanya solusi solusi unik serta aneh perlu digunakan - dalam memastikan konsol yang ada terus dimainkan. Kecanggihan teknologi zaman sekarang banyak mengubah tebiat peminat videogame sehinggakan sekiranya diceritakan bagaimana kanak kanak zaman dahulu main permainan video - nyata sangat jauh berbeza aplikasinya berbanding sekarang.

Generasi muda zaman sekarang sangat bertuah kerana lahir di dalam era dimana teknologi sudah benar benar melepasi tahap eksperimen namun disebalik kesenangan yang datang, beberapa amalan masyarakat zaman dahulu dalam bermain permainan video semakin pupus ditelan zaman.


1. Lepas kalah kena bagi kawan main pulak


Zaman dulu kalau main game kat tv, controller dia biasanya ada 2 saja. Berbeza dengan sekarang dimana satu konsol mampu tanggung 4 controller serentak. Jadi bila dah main ramai ramai tu, terpaksalah yang dah habis turn dia sabar menanti giliran tu datang balik semula.

Kalau jenis main game n watch atau gameboy pula, hanya seorang boleh main dalam satu satu masa jadi kena tunggu yang main tu kalah dululah, baru boleh merasa. Selalunya dalam ramai ramai, mesti ada seorang yang tak nak bagi kerjasama, dah kalah pun dia cepat cepat mula balik kononnya orang lain tak perasan apa dia buat.


2. Budaya tukar tukar game



Dulu zaman katrij, rajin juga tukar game Micro Genius dengan kawan kawan. Seronok juga waktu tu tukar game sebab itu sajalah peluang nak mencuba game game lain yang popular waktu tu.

Diantara kawan kawan, mesti ada seorang atau berdua yang dah aim jangan jangan bagi dia pinjam katrij game sebab dia jenis tak pandai jaga barang atau gemar buat harta orang macam harta sendiri.

Bila dah teknologi berubah dan katrij mula digantikan dengan CD atau DVD, tak ramai lagi dah berani nak tukar tukar game sebab CD sensitif. Lagipun waktu tu game ‘lanun’ murah saja berbanding harga harga katrij sebelum tu. Katrij tu pun sebenarnya produk pirate tapi entah kenapa boleh dijual harga yahudi.


3. Beli game secara buta


Zaman sekarang nak beli game boleh baca reviu, tengok orang main dan tahu berapa skor pengkritik bagi untuk kita tahu apa yang kita beli. Kiranya kita memang boleh buat informed decisionlah bila nak beli sesuatu game.

Tapi 20 ke 30 tahun dulu, beli game ni memang proses beli buta ajelah. Game tu sedap ke tak nasiblah. Bagaimanapun, oleh kerana kehidupan generasi waktu tu dah terhad sebegitu, jadi tak ramai yang memilih sangat. Apa saja game yang mak ayah beli, sama ada best ke tak - semua best.

Dulu peminat videogame boleh main game yang simple macam game bola yang tak ada nama pasukan, jersi pun satu warna dan player tak perlu ada nama. Sekarang dah jauh beza, semua kena tulen. Tapi entah apa magiknya dulu boleh main game bola tu dari pagi sampailah ke malam.


4. Main ramai ramai satu skrin



Dalam banyak banyak budaya yang paling dirindui tentang permainan video ni, adalah budaya main dan tonton ramai ramai di satu lokasi yang sama. Sekarang ni kita masih lagi buat benda serupa cuma setiap orang kebiasannya ada skrin sendiri dan budaya main video game ni pun dah jadi lebih individualistik.

Sebab itulah ada kalanya bila dapat berkumpul dengan kawan kawan main FIFA misalnya, pengalaman yang dirasai itu meriahlah berbanding dengan main online beramai ramai.

Memang main online ni jumlah pemain lebih ramai, semua orang dapat main serentak dan game pun tak perlu lagi bahagikan skrin kepada dua atau empat kotak, hanya untuk pastikan setiap orang ada skrin sendiri. Tapi feel dia tu berbeza. Dulu main game adalah acara social yang benar benar membentuk ukhuwwah. Sekarang? Dah lain.


5. Main game kat kedai



Zaman kegemilangan arked videogame di Malaysia satu masa dulu memang jadi medan pertempuran kaki game nak tunjuk skill. Yang lebih menarik, syarikat pengeluar game dunia pun sokong industri kita. Capcom ada arked dia sendiri. Sega buka Sega Planet kat Sungai Wang untuk orang ramai cuba permainan terbaru mereka serta teknologi VR yang pada ketika itu masih lagi dalam peringkat eksperimen. Kedai kedai game yang jual bermacam jenis konsol senang nak dijumpai. Yang susah nak jumpa satu saja - game original. Itu era dimana cetak rompak sangat berleluasa.

Zaman sekarang ni, masih wujud beberapa kedai kecil yang terperosok dekat hujung hujung menawarkan perkhidmatan main game PS4 atau XBOX dengan kadar rm2 setengah jam sebagai contoh. Tapi kemeriahan dia dah tak ada.

Tak sama macam dulu dimana bila kita tengah main StreetFighter dan tertera ‘here comes a newchallanger’, darah gemuruh terus datang sebab kita tahu pencabar kita memang ada ditepi kita. Kalah dengan dia, burn duit kita.

Pemain game zaman sekarang memang boleh berbangga bila menang dalam pertarungan PUBG atau Mobile Legends tapi perasaan dia tak sama dengan perasaan lepas kita menang bila ada orang lain berani masuk token dan cabar kita.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 11:53 AM | Show all posts
bestnya main kat arcade...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:34 PM | Show all posts
nice info, thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 11:45 PM | Show all posts
no 5...
teringat zaman2 tggu result spm
keja sementara kat kantin sekolah, daei pagi smpai tghari
abis keja je, pi yik fong, main game
tiap2 ari


mmg hantu game btl time tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.556601 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list