CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Politik] TERKINI. Had usia persaraan kekal 60 tahun #58

[Copy link]
Post time 2-9-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak naik pun.. perlu kena saringan kesihatan.... kalau dah ada penyakit baik bersara jaga kesihatan bykkn amal ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts

Had Umur Bersara 65 tahun ?

Kementerian Sumber Manusia memperhalusi cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun seperti dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata cadangan akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.

Katanya, perkara itu perlu diteliti dengan rapi dalam beberapa aspek berikutan situasi semasa rakyat di negara ini.

“Singapura sudah meningkatkan usia persaraan kepada 65 tahun manakala negara kita berada dalam keadaan guna tenaga penuh.

“Ini antara perkara perlu diperhalusi dalam membuat keputusan yang baik pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kewajaran melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti dicadangkan beberapa pihak, dalam keadaan ramai golongan muda termasuk siswazah menganggur ketika ini.

“Laporan statistik mendapati golongan tidak bekerja hanya 3.3 peratus, malah kita kekurangan pekerja hingga terpaksa mendapatkan pekerja dari negara asing,” katanya.

Mengenai pemberian elaun bantuan sara hidup (COLA) minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta, Kulasegaran berkata, perkara itu diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.

“Kita sudah mengadakan dialog dengan Kementerian Kewangan dan memberi beberapa pandangan untuk diperhalusi.

“Perbincangan baru bermula dan ia akan dilihat dari pelbagai aspek sebelum ditetapkan,” katanya.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini memohon kerajaan memperkenal pemberian COLA minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta dan meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun.

Setiausaha Agung MTUC, J Soloman, dilaporkan berkata, cadangan itu diharap dapat diperkenalkan menerusi Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini untuk memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja, selain meningkatkan tahap ekonomi rakyat terpinggir.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 12:35 PM | Show all posts
larat lagi ke nak panjat tangga tu atuk dgn nenek?..mcm opis iols xde lif...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 02:42 PM | Show all posts
yg untungnya geng pangkat2 tinggi ni...
selagi boleh nak extend ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah la..unless yg betul2 menyumbang..kalau nak panjangkan pon, bukan sbb pegawai mintak, tp di offer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampuih bebudak bljar bertahun tahun nk tgu atok & nenek mati dulu baru dpt kerja....

Dorang kena beli payung & meja bukak bisness....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 2-9-2019 04:13 PM
R2D2 replied at 2-9-2019 12:05 AM
selalunya kalau kerap sgt desak
kerajaan biasanya tunduk dgn tuntutan
dlm masa sama kerajaan pun  ...


Selama ni pun kebanyakan jawatan pengerusi memang dipegang orang yang dah melepasi umur pencen
Jawatan yang aku tak faham apa fungsinya. Menghabiskan wang rakyat dan pemegang saham
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 2-9-2019 04:16 PM

Kalau nak naikkan simpanan persaraan mungkin kerajaan boleh pertimbangkan naikkan caruman wajib EPF pihak majikan. Untuk level manager dan ke bawah je. Yg lain-lain tak perlu la sebab gaji memang dah sedia banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan akan teliti cadangan tingkat had umur persaraan
02 Sep 2019


IPOH - [DIKEMASKINI] Kerajaan sedang meneliti saranan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencadangkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan kepada pekerja swasta serta meningkatkan had umur bersara kepada 65 tahun.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, perbincangan perkara itu telah dijalankan bersama Kementerian Kewangan (MOF) minggu lalu bagi mencari satu keputusan sebelum dibentangkan pada Belanjawan 2020 Oktober ini.
“Permintaan MTUC itu ditujukan kepada Kementerian Kewangan dan pada masa ini, kita telah berdialog bersama MOF dimana kita telah beri beberapa pandangan untuk diperhalusi.
“Perbincangan ini baru dimulakan, kita akan halusi bersama jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan dengan melihat liabilitinya sebelum kerajaan buat satu-satu keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kempen Tanam Pokok bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Taman Dr Seenivasagam di sini hari ini.
Menurutnya, peningkatan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun juga turut dipertimbangkan dengan melihat langkah yang diambil oleh negara maju seperti Singapura.
“Singapura yang telah tingkatkan usia persaraan kepada 65 tahun, negara kita adalah ‘full employment’ maka ia boleh perhalusinya sebelum buat keputusan.
“Ramai yang tidak bekerja adalah tidak benar kerana kadar pengangguran negara adalah 3.3 peratus. Kita kekurangan pekerja hingga mendapatkan pekerja dari negara asing. Pengangguran tinggi berlaku kepada graduan dan anak muda,” katanya.
Semalam, MTUC dalam satu kenyataan menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian COLA bulanan RM500 atau lebih kepada pekerja swasta dan ia tidak boleh ditangguhkan berikutan tekanan kos sara hidup yang kian meningkat.
MTUC juga melihat had umur persaraan harus dinaikkan kerana gaji rendah itu menyebabkan pekerja tidak memiliki simpanan mencukupi untuk menampung usia persaraan panjang hingga bergantung kepada ahli keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 04:26 PM | Show all posts
pengsan... nak keje gomen smpai 50 pun belum tentu.. rasa nk pencen awal je.. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
55thn pun dah cukup..  bagi anak2 muda pula bangunkan negara..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Instead of naikkan umur persaraan ke 65... Baiklah naikkan gaji skrg... Gaji skrg dgn kos sara hidup tak seiring hokkay.... Dgn rumah mahal, barang mahal, education mahal, babysitter mahal, utility mahal
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sokongan..rasa xperlu lot
High rank..level prof or assoc prof boleh dipertimbangkan.. Atau memang diakui kepakarannya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
klu nak naikkan elaun tu aku setuju tp klu nk naikkan umur persaraan kpd 65 tahun aku xsetuju..jika nak buat jg, sila kembali kpd yg lama di mana pekerja yg tentukan diorg nk pencen umur berapa..

kt opis ni mana yg lg setahun dua nak pencen dtg kje pun dh xsemangat..dtg pun semata-mata nak bg cukup umur 60thn..klu blh diorg pn nak pencen awal
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg la kt kitorg yg xde keja lagi ni.. Aparaaaaa...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Uittt tak kuasa kaka nak keje sampai umuq 65thn...biaq la hat muda2 yg menjana ekonomi...yg berusia emas bole berehat menghabisksn sisa idup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la pikiaq org muda hat habis belajaq NI nk kerja APA kalau hat dok Ada tu mau pencen 65. Sumpah tak produktif la umoq 65 kerja lg. Reason apaa? 3.3% ja tak bekerja. Menteri yg tak buat kerja kot. Graduan takdak pilihan..takkan NAK tunggu kerja gomen yg mmg tau susah NAK dapat tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakata ko keje sampai kojol
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bekerja sehingga ke sedutan oksigen terakhir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2019 11:54 PM | Show all posts
Syed Saddiq bantah cadangan MTUC naik had umur bersara
2 September 2019


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membantah cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menaikkan umur persaraan dari 60 ke 65 tahun.

Menurutnya, perbandingan dengan negara maju tidak tepat apabila kadar pengangguran belia Malaysia menunjukkan pada tahap 10.7 peratus berbanding di Jepun 3.4 peratus dan Singapura 5.9 peratus.

"Kita perlu fokus memberi peluang pekerjaan kepada anak muda terlebih dahulu.

"Pada masa yang sama kita hendak pastikan anak muda dinaikkan pangkat. Mereka berkebolehan, berwawasan sepatutnya dibuka ruang seluas mungkin," kongsinya melalui satu video di laman Twitter rasminya hari ini.

Beliau meminta supaya jangan membantutkan kebolehan anak muda untuk dinaikkan pangkat.

"Tidak cukup hanya ungkap di bibir bahawa anak muda masa depan negara tetapi kita tidak berani memberikan mereka peluang secukupnya untuk merangka masa depan negara tercinta," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060167 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list