CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4008|Reply: 33

Abang Hassanah versi Nasi Lemak Kampung Baru~

[Copy link]
Post time 4-9-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malam semalam aku teringin sangat makan nasi lemak di kampung baru. Terbayang dah dalam kepala, lauk sotong dan paru serta telur mata kerbau yang meleleh tu. Tambah lagi sambal yang pedas manis dan nasi yang panas berbau pandan dan lemak.

Kampung baru KL ni memang pusat makanan kalau malam. Mahal? Itu biasa. Golden Triangle. Memang mahal. Dari sewa hinggalah kepada harga makanan. Tapi bab makan ni aku tak berapa kisah sangat. Asal sedap. Datang pun bukan selalu, tapi sesekali bila rasa mengidam.

Setelah park kereta, aku masuk lah dalam satu warung tu untuk makan. Ambil nasi, paru, ambil sotong, telur mata dan sambal kerang. Aku lihat semua orang ambil makanan terus berlalu dan duduk ditempat yang disediakan.

Aku pula, tak biasa begitu. Bukan tak biasa macam mana tapi sebab ia terkait hukum.

Memang dari segi hukum jual beli pun, tak boleh makan sebelum tuan kedai melihat akan makanan yang kita ambil.

Kalau harga tetap macam KFC atau Mc Donald tak apa lah! Atau makanan lain yang berbentuk seketul seketul dan sepinggan sepinggan seperti laksa, mee rebus dan sebagainya. Harga memang dah tetap. Boleh duduk terus dan kira kemudian.

Tetapi kalau makanan seperti nasi campur, wajib kita tunjukan makanan campur yang kita ambil itu kepada penjual dan kita wajib pastikan kuantiti makanan dan harga dulu supaya kita tidak menzalimi penjual dan penjual juga tidak menzalimi kita dari sudut kuantiti yang kita ambil waktu pengiraan dan pembayaran nanti.

Bayangkan, macammana kita nak istihar makanan yang telah kita makan itu banyak atau sikit kepada sipenjual kalau kita tidak tunjukan dulu. Sipenjual pasti tidak mahu rugi dan kita juga sudah pasti tidak mahu dizalimi.

Maknanya tuan kedai tu kena kira betul betul mengikut kadar kuantiti makanan yang kita ambik dan dengan harga yang patut dia kenakan.

Begitulah adilnya hukum islam, supaya sesama kita tidak zalim menzalimi.

Berbalik kepada cerita aku, aku terus ke kaunter untuk dinilai dan dikira makanan yang aku ambil.

"Berapa kak." Tanya aku.

Dia merenung aku sambil senyum. Makanan aku pun di lirik nya saja sambil lalu.

"Tak apa. Encik makan dulu nanti kita kira kemudian." Kata kakak kaunter itu yang aku agak tokey kedai nasi lemak tu.

"Tak boleh gitu kak, saya ambik banyak ni. Nanti rugilah kalau tak nilai dan kira dengan betul. Macam ambik kerang dan sotong serta paru yang diricik halus ni. Macam mana nak kira kalau saya dah makan. Mestilah tengok dulukan?" Ujar ku pada kakak itu seolah ingin mengajar dia.

"Tak apa, tak apa, tak apa nanti adalah orang datang kira kat table encik. Encik duduk dulu ya." Ujarnya lagi menyuruh aku duduk.

Aku pun teruslah ke meja makan dan menunggu seseorang datang untuk mengira juadah yang aku ambil. Hampir lima minit menunggu. Tak ada kelibat orang pun yang datang.

Aku kembali balik pada kepada kaunter untuk bertanya. "Saya lama dah tunggu ni kak, tak ada pun orang datang kira." Ujar ku pada tokey kedai.

"Tukang kira tu sibuklah encik. Encik makan jer lah dulu." Jawab nya.

"Tak boleh begitu kak, haram hukumnya saya makan kalau tak dikira dulu sebab orang yang kira tu tak tengok apa yang saya ambik. Takut dia silap kira nanti. Akak tak boleh kira ke?" Ujar ku lagi.

"Tak boleh encik. Saya terima duit jer."

"Ok tak apa, nanti saya pergi jumpa tukang kira tu."

Aku pun terus pergi menuju orang yang mengira makanan dipenjuru warung. Aku lihat ia sibuk semacam. Maklum lah ramai pelanggan nak dilayan.

"Dik, kira makanan abang ni?" Ujar aku pada tukang kira sambil menunjukkan makanan yang aku ambil.

Tanpa merenung aku dia berkata, "Abang duduk dulu, nanti saya datang kira."

"Tak apa, adik kira dulu, senang. Sebab abang nak cepat ni." Aku buat buat kalut.

Tanpa banyak cakap dia melihat dan meneliti makanan aku dan menulis. Kemudian terus memberi kertas kecil dengan harga sekali tanpa memandang aku. Haaa Rm 14.20.

Tanpa bicara, aku pula terus menuju meja untuk menikmati makanan malam aku sambil meminta air suam. Lazat memang lazat. Puji aku dalam hati.

Selang beberapa ketika, datang kembali si tukang kira ke table aku. Waktu itu makanan aku hampir separuh aku makan.

Mungkin dia tak perasan aku tadi dan terus mengira. Aku biarkan saja sebab aku nak tengok cara dia mengira dan menganggar makanan aku.

"Abang ambik apa tadi." Dia bertanya.

"Owhh, saya ambik paru sikit, kerang sikit, sotong dan telur mata." Jawab ku.

"Nasi ada tambah bang?" Tanya nya lagi.

"Tak ada." Jawab ku rengkas.

"Minum?"

"Air suam jer."

Dia terus menulis dan memberi aku kertas kecik dan berlalu pergi tanpa sempat aku tanya.

Aku lihat di kertas tu harga yang ia tulis rm17.80

Aku senyum sendirian. Senyum kerana betapa ulamak feqah tedahulu telah tahu dan mengkaji sifat manusia berjual beli dan bagaimana mereka nak istinbat sesuatu hukum dalam jual beli ni untuk memudahkan hidup manusia agar tidak zalim menzalimi.

Seperti yang aku jangka, tidak semua peniaga peniaga islam ni belajar hukum muamalat sewaktu ingin membuka perniagaan.

Justeru, jika kita tidak belajar hukum dalam apa pun bidang hidup kita, pasti nya kita akan silap dan menzalimi orang lain. Serta berdosa dengan Allah.

Usai makan, aku ke kaunter. Aku tunjukan slip harga yang telah di beri pada aku tadi.

"Kak, mula mula tadi, orang akak nampak makanan saya dan dia kira makanan saya harganya rm14.20. Ni slip kedua, dia kira waktu saya hampir selesai makan dengan harga rm17.80. Jadi mana satu yang saya patut bayar?" Tanyaku sambil senyum.

Aku lihat muka wanita itu tiba tiba berubah kemerahan. Senyumnya tenggelam. Dia diam. Mungkin malu.

"Mana satu ya kak." Tanya aku lagi. Ikhlas.

"Tak apalah, encik bayar ikut yang mula mula tadi." Ujar nya sambil menunduk dan tidak memandang wajah aku.

"Akak tuan kedai kan?" Tanya ku.

"Betul. Saya dan suami. Saya tak pandai letak harga, suami yang letak, sebab tu saya suruh encik kira dengan petugas yang ditugaskan kira tu."

Aku lihat, dia macam takut takut. Mungkin takut aku viral kot. Tapi pastinya aku tak kan buat begitu. Aku pun tahu dosa menyebarkan aib orang kalau ia bukan maslahah yang besar yang boleh kita betulkan. Aku cuma nak ajar dia saja, supaya berniaga mengikut syariat yang betul dan mengubah sistem pembayaran cara syariat.

"Tak apa kak. Nasi dan lauk pauk akak memang sedap. Saya puji. Tapi akak kena ubah cara mengira makanan tu mengikut cara syariat. Tak boleh agak agak begitu saja. Berdosa kak, menzalimi orang."

Tanpa menunggu jawabannya aku pun mengambil wang rm20 dan menghulurkan pada nya sambil berkata, "Akak, simpan bakinya sebab nasi akak sedap." Sambil aku berlalu pergi.

Aku lihat dia kaku. Mungkin tersedar kesilapannya.

Benar, terkadang dalam dakwah ini kita harus ajar dia cara begitu supaya dia faham dan berubah.

Muga Allah majukan perniagaan nya dan memberi ia ilmu berniaga mengikut apa yang dikehendaki syariat.

Sekadar renungan buat kita pagi ini

Kalau menfaat pengalaman aku ni, sharelah yer supaya kita dapat pahala dakwah. Jangan copypaste dan plagiat pulak.

#muharrikdaie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2019 01:03 PM | Show all posts
walaupun hasanah, message dia bagus..
jangan aniaya pelanggan dengan charge tak masuk akal..
i pun tak suka style dah makan baru nak kira..
kadang kita amik sikit je dia charge standard..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-9-2019 01:03 PM
walaupun hasanah, message dia bagus..
jangan aniaya pelanggan dengan charge tak masuk akal..
i pun ...


Exactly, that's the very definition of Hassanah.....buat cerita inspired by true event, tp olah dan garap seolah2 ianya based on true event

Tapi paling penting author mesti watak protagonis lah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu org kira hrga pon dh blh karang esei 500 pp..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masa tlg makcik meniaga nasi lauk kat hospital alor setar lama.. Aku tgk dulu baru bg org duduk.. Aku seorg nak balut nasi.. Nak kira nasi..

Makcik aku berbahagia dok lepak sambil membawang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:24 PM | Show all posts
dulu kawan akak selalu guna teknik naruto nasi separuh kiri bekas, sebelah bekas  full lauk.

tp tauke kedai makan guna teknik naruto bazuko, dia ambil garfu dia gali lauk pauk buat offshore rig oil dalam bekas makan. bahagian nasi tak di gali.

biasa teknik ni di amalkan pelajar2 nak jimat cermat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2019 01:26 PM | Show all posts
biasanya dia kira ikut senduk..ambik sikit ke banyak kira 1 senduk..
yang ketul tu kira ketul la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:32 PM | Show all posts
kedai makan mmg xde formula pengiraan hargake?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-9-2019 01:20 PM
Aku masa tlg makcik meniaga nasi lauk kat hospital alor setar lama.. Aku tgk dulu baru bg org duduk; ...

Owh, berniaga ka? Dulu org ckp nasi ayam kat selera mkn spital lama tu sedap.....tp aku sbg warga jati Aloqstaq haram x pernah try mkn kat situ....hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-9-2019 01:24 PM
dulu kawan akak selalu guna teknik naruto nasi separuh kiri bekas, sebelah bekas  full lauk.

tp  ...

Kah kah kah, benda makan pun nk menipu ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 4-9-2019 01:32 PM
kedai makan mmg xde formula pengiraan hargake?

Nk lagi best ko try confront tukang kira kedai mamak nasi kandar.....bila dia dh kira cincai2 ko suruh dia kira satu2 ikut lauk yg ko amik....terkulat2 dia nk menipu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:36 PM | Show all posts
nasik lemak kampung baru tak sedap mana..
kalo kompar..nasik lemak jalan kuching dulu sedap lg..
tu sebelum dia kurangkan halia dlm nasik la..
dari jauh dh bau wangi halia..
biasa cina jek suka makanan bau wangi ni..
hahahaha..

eh, ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:46 PM | Show all posts
aku xtahu kenapa xboleh berfikir untuk snap je gambar makanan tu pastu nanti pandai la acik tu kira..aku selalu buat gitu...kita xmenzalimi acik and acik pon xmenzalimi kita sbb kita tunjuk gambar makanan yg kita amik tu..mende simpel broooooo!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:48 PM | Show all posts
lesson learnt bagus
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 4-9-2019 01:36 PM
nasik lemak kampung baru tak sedap mana..
kalo kompar..nasik lemak jalan kuching dulu sedap lg..
t ...

Zaman dulu2 sedap noks.. lauk macam2
Sayur pun byk jenis
Rasa dah lari byk
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:50 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 4-9-2019 01:48 PM
Zaman dulu2 sedap noks.. lauk macam2
Sayur pun byk jenis
Rasa dah lari byk

yg zaman dulu tu kawe tak sempat..
time duk rasa tu dh mmg tak sedap..
lagi pulak yg jenama antarabangsa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
TalibanRock replied at 4-9-2019 01:46 PM
aku xtahu kenapa xboleh berfikir untuk snap je gambar makanan tu pastu nanti pandai la acik tu kira. ...

Ok, aku pun x petnah terfikir idea ni bro....ko mmg rock lah...

Tq atas idea yg bernas ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 4-9-2019 01:33 PM
Owh, berniaga ka? Dulu org ckp nasi ayam kat selera mkn spital lama tu sedap.....tp aku sbg warga  ...

Aku tlg makcik aku bila time aku cuti.. Berbahagia time aku ada.. Gerai nasi ayam tu sebelah gerai makcik
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hassanah tak hassanah tapi mmg tak selesa pon ambil mknn kena tggu org datang kira, ye la mana dia tau kuantiti kita amik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-9-2019 01:55 PM
Aku tlg makcik aku bila time aku cuti.. Berbahagia time aku ada.. Gerai nasi ayam tu sebelah gerai ...

Mmg sedap btol ka nasi ayam tu?...makcik dok meniaga lagi ka?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076410 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list