CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 866|Reply: 8

[Tempatan] Edisi Rahmatan Lil Alamin : Hari Jumaat hari jawi.

  [Copy link]
Post time 5-9-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jumaat diisytihar hari penggunaan tulisan jawi - Mujahid

Bernama |September 05, 2019 04:54 MYT

Tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara. -Astro AWANI / Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.

"Insya-Allah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia.

"Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sos: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumaat-diisytihar-hari-penggunaan-tulisan-jawi-mujahid-216720

P/s: meleis yg melalak ketuatnan jawi haritu agak2 pandai baca tulis jawi tak? Ke setakat melalak nk ambek nama jah? Kahkahkah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2019 11:30 AM | Show all posts
takde pertandingan ke? aku nak masuk....mekasih ustazah hapsah ajar aku jawi....hanya Allah mampu balas jasa ustazah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 5-9-2019 12:54 PM

syabbas ph selogan  terbaikkk.
  ' jumaat hari tulisan  jawi ' dan  lengkapkan dgn,
' beli produk muslim tiap hari '
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:35 PM | Show all posts
10 Julai 2020 idea ini telah dikitar semua dan PN fanboys bersorak ria.

Sungguh menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:37 PM | Show all posts
Jumaat diumum sebagai Hari Jawi - Zulkifli
Diterbitkan Hari ini 11:39 am



Hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dalam kenyataan hari ini berkata usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

“Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.

Beliau berkata bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai hari ini.

Zulkifli berkata penggunaan tulisan Jawi juga akan turut diperluas meliputi penyampaian maklumat menerusi platform media sosial rasmi agensi di bawahnya.

Katanya, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

- Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:00 PM | Show all posts
سموڬ برمنافاات


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 05:18 PM | Show all posts
ستوجو دان مڽوکوڠ ڤنوه هاري جمعة ديوموم سباݢاي هاري جاوي
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena brush up balik membaca dan menulis jawi ni. Dulu2 masa utusan Malaysia ada pull out tulisan jawi, mmg saya yg volunteer transliterasi artikel jawi ke tulisan rumi utk ofis masa tu. Walaupun tak pandai sgt tp rupanya budak2 ofis tu lg tak reti membaca jawi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendunye thread 2019 diup kembali....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058188 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list