Melalui temu bual di sebuah stesen radio tempatan,
Atikah berkongsi yang dia mahukan seorang lelaki yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Dia juga tidak kisah berapa umur lelaki itu.
“Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang. Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakkan,” jelasnya.
“Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit,” gurau Atikah apabila berkongsi ciri-ciri lelaki idealnya.
Selepas berkongsi mengenai kisah ini,
ramai lelaki di luar sana yang merasakan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memiliki hati gadis ini.
Tak kurang juga yang
perli Atikah dan mengatakan bahawa dia memberi hint yang dia mahukan orang kaya sebagai pasangannya.
Kredit foto: Facebook
Harap bertemulah jodoh yang diinginkan, mesti sampai ke jinjang pelamin tau.
-CARI