CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15167|Reply: 31

[Pelbagai] Lets TALK Komik yang mengujakan...

[Copy link]
Post time 10-9-2019 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 10-9-2019 11:33 AM


Ni curi baca koleksi anak buah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2019 12:46 PM | Show all posts
penyiasat kindaichiii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls belajar baca komik dari abang sepupu. Masa tu glamer Pedang Satria. Tapi leceh sebab buku dia kertas nipis tu. Kena air boleh menangis. Last2 iolls kumpul sin chan. Tapi kena sorok dari adik2. Takut diorang tiru menari macam sin chan, mampus iolls kena hambat dengan queen mother

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
conan.bila baca mesti nak teka sape pembunuhnya.pastu kesian kat ray sebab tak tau conan tu pakwe dia. lepas tu xtau ape citer, member dah tak beli.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 10:49 PM | Show all posts
rayriff replied at 10-9-2019 09:51 PM
conan.bila baca mesti nak teka sape pembunuhnya.pastu kesian kat ray sebab tak tau conan tu pakwe di ...

Baca detective conan jugak masa remaja dulu, cerita dia makin lama makin complicated. Dah lama tinggal, sometimes nak baca balik but tak sampai seru lg kot.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 10:51 PM | Show all posts
Selain tu baca Dragon Ball, One Piece, yang lain tak ingat nama dah... and selalu beli majalah kreko tu yang banyak komik from Japan kat dalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2019 11:24 PM | Show all posts
pngumpul komik xmen ade x?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 11:55 PM | Show all posts
mgkin lebih baik letak bawah komik cita KARTINI ni




Kartini : Kisah Cinta Yang Menyakitkan.

Perkara pertama yang terlintas ketika saya membaca kisah Kartini semasa sekolah dahulu ialah watak atau karikatur Kartini sangat cantik. Sempurna.

Perkara yang selalu saya buat tentang Kartini ialah bentuk huruf dan tulisan KARTINI itu sangat comel dan saya selalu menggunakan gaya tulisan yang sama untuk kerja-kerja seni saya seperti membuat kad ucapan buat kawan-kawan, menghiasi kulit depan kertas kerja saya dan sebagainya.

Perkara yang paling saya ingat tentang cerita Kartini ialah kata-kata keramat ‘tapi, apa yang paling kita nak, itulah yang takkan kita dapat’.

Sudah lama tidak menguliti ilustrasi kartunis Tembakau dan siri Kartini yang saya tinggalkan setakat babak cinta Yon yang tidak kesampaian pada Kartini.

Dan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, saya temui siri Kartini yang telah dibukukan di bawah Komik-M, PTS.

KOMA

Kartini merupakan kisah cinta zaman persekolahan. Mengapa siri ini begitu popular? Adakah ia hadir pada waktu yang tepat di kala itu tiada siri kartun yang memaparkan zaman persekolahan dan konflik cinta? Saya tidak pasti kerana waktu itu saya tidak banyak membaca.

Pada pendapat saya, siri ini popular sejajar dengan popularnya majalah Ujang dan Lanun ketika itu.

Ia tentang cinta. Mungkin cinta pandang pertama. Cinta yang masih mengkal. Berdasarkan rasa semata-mata. Kebodohan. kebijaksanaan. Persepsi tentang orang lain. Tindakan terhadap apa yang berlaku. Seakhirnya, cinta memberi banyak pengalaman.

Saya akui, kerana cerita Kartini, saya membina persepsi tentang cinta semasa zaman persekolahan. Berangan dan tersenyum. Sakit kerana cinta tidak berbalas dan bahagia apabila si dia hadir di depan mata.

Kisah Kartini, kisah cinta yang biasa-biasa tetapi dihadirkan dalam bentuk komik yang lebih mudah difahami.

Kisah Yon yang merupakan seorang pelajar seni yang tidak pintar berhubungan perasaan dengan Kartini, pelajar junior yang cantik dan bijak. Yon mendamba cinta dan mengekspresi makna cinta dalam hubungannya dengan Kartini. Manakala, Kartini pula mentafsir silaturrahim itu sebagai kawan yang istimewa.

Ini adalah konsep biasa yang dilalui oleh setiap manusia yang mula menyukai pasangan berlainan gender.

Tembakau mentafsir konsep cinta dan kawan dengan jelas dalam komik ini.

Ilustrasi Yon marah dan kecewa dengan menumbuk cermin, dinding dan membelasah orang lain memang akan berlaku jika cinta menguasai diri.

Kartini pula, yang berperilaku sedemikian iaitu tidak menyatakan rasa hati kepada Yon, mungkinkah menjelaskan konsep kawan yang didukungnya sehingga tidak mahu melukakan hati kawannya itu.

Sejujurnya, komik Kartini ini kisah sedih. Kisah cinta yang menjadikan manusia tidak faham akan dirinya. Saya sebetulnya tidak suka pengakhiran yang menyedihkan. Ia akan memberi kesan negatif dalam diri jika tidak disertai redha dan akal yang panjang berfikir.

Kisah kartini sebetulnya belum berakhir. ‘Kartini Kembali’ khabarnya adalah kesinambungan kisah Kartini. Namun, komik Kartini Kembali tidak saya temui di gerai PTS semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Saya akan mencari sambungan kisah Kartini bagi menghuraikan apakah kesudahan kisah Yon dan Kartini.

KOMA

Benarkah apa yang paling kita mahu, itulah yang takkan kita dapat?

Ada sisi yang jawapannya, ya.

Ada sisi yang jawapannya, tidak.

Ini buku ketiga yang saya ulas.

P.s : Ada seorang kakak senior semasa saya sekolah menengah dahulu yang wajahnya mirip kartini dan nama kakak tersebut juga Kartini. Misteri yang saya tidak tahu ada kaitannya dengan komik Kartini atau tidak.

link - Kartini : Kisah Cinta Yang Menyakitkan











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2019 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu baca komik feel 100%..tp xabis baca sbb kena rampas warden..skrg nak bli full set..mahal...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 09:21 AM | Show all posts
Dulu kecik2 mak selalu beli komik kawan ni sebab nak galakan iols pandai membaca. Setiap minggu g pasar kat TLDM tu mak belikan penuh gak koleksi. Lepas tu ayah pencen pindah balik kampung, ntah mana la komik ni. Sedih pedih sebab ada tangan ghaib yg selogkar ambil dlm kotak. koleksi setem abg iols pun hilang.eh bnyak la hilang. OT jap.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 09:32 AM | Show all posts
i pengumpul komik shin chan.. kalau baca mst tergelak sorg2..

abg i dlu kumpul dragon ball n komik mcm mod share tu..

my hub kumpul slam dunk..   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:43 PM | Show all posts
komik sudah semestinye doremon . sekotak ad kumpul ikut siri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 02:17 PM | Show all posts
Doraemon, Shin Chan, Ujang, Gila-gila, Detective Conan, Archie (tapi nie mahal sgt nak beli )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 04:09 PM | Show all posts
iols kumpul Ujang dr zaman skolah... tetiap bln beli, rela x mkn asalkn dpt beli... pastu simpan bwh katil.. bila masuk matrix, mak iols pi jual kat old newspapers... sedih giler... majuk jap iols

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 04:56 PM | Show all posts

komik komik mcm ni meriah kan dulu dulu. ingat lagi pernah kumpul satu box hitam novel mcm ni. sekali dengan komik ujang & gila gila. tu tak pernah miss beli sampai la dah start kerja. lepastu busy sampai asyik missed setiap keluaran. so malas nak sambung dah.


komik ni pun naisss. layan masa study

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kecik2 selalu pow komik adik. Kadang2 siap bwk pegi skolah lgi. Antaranya conan,chibi maruko chan, doraemon, sin chan, ujang, apo dan byk lg la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 09:39 AM | Show all posts
Babygugu replied at 10-9-2019 10:49 PM
Baca detective conan jugak masa remaja dulu, cerita dia makin lama makin complicated. Dah lama tin ...

sekarang ada lagi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 13-9-2019 09:39 AM
sekarang ada lagi ke ?

Yes...kalau tak silap ada lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca komik Gila Gila. Saudara bagi pinjam baca. Mesti baca kat rumah dia. Tak boleh bawa balik rumah bimbang koyak atau rosak. Paling best Edisi Raya tebal dan banyak cerita kelakar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Komik Boboi Boy! Dan jugak Usop Sontorian dgn Ujang   tumpang baca koleksi komik pak cik aku(kedekut  nak mampos)  sayang bebenor dia dgn komik2  antik dia tuh hahahaha! tapi aku memang happy giler lah bila dapat tumpang baca komik  Usop & Ujang nih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.129044 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list