Majoriti memuji
Sangkar keluar
Astro Shaw dan kolaborasi bersama 3 buah syarikat produksi lain kerana barisan para pelakonnya yang mantap dan jalan cerita yang tidak meleret. Bukan saja ada elemen pertarungan malah diselitkan juga permainan emosi antara Adam (watak Zul Arrifin) dan juga Johan (Remy Ishak) yang digarap dengan baik bersama elemen-elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan komedi.
Filem arahan Kabir Bahtia kelahiran Mumbai ini menelan belanja RM3 juta dan ada petanda besar
Sangkar akan ada
sekuel. Yang menariknya bukan saja membariskan
local talent seperti Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era dan Nik Adam Mika, ia juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional
MMA antarabangsa sebenar seperti bekas petarung
UFC James '
Sledgehammer' Mcsweeney dan Davron Kuronboev, serta atlet
MMA tempatan seperti Saiful Merican, Peter Davis, Jihin Radzuan, Rashid Salleh dan Andy Teh.
Seorang penonton turut memberikan komen di socmed,
"Cerita ni je mak aku menangis dari awal 20 minit cerita sampai habis! Berbaloi untuk ditonton. Berapa star? Oh dude memang tak boleh nak cakap berapa star sebab gempak sangat," tulisnya.
Berjaya memikat hati penonton
Sangkar tidaklah terlalu
heavy sehingga mendatangkan simpton kemurungan tapi sayangnya watak Mira Filzah tidak berapa menonjol dan mencabar. Hanya sekadar memegang watak jururawat iaitu adik kepada Johan (Remy). Apapun tahniah kepada Remy yang membawa wataknya dengan jaya sekali. Adegan
tukar lampin bersama Zul (watak Adam) tidak dapat dilupakan.
Sumber:
Astro Shaw IG
*Lidah pengarang: Merembes tak? Lumat tak ovari akak-akak sekelian?