CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11359|Reply: 131

[Tempatan] Sah. Kempen BMF telah gagal. Langsung tiada kesan ke atas jualan produk bukan mu

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kempen BMF tak jejaskan produk bukan Muslim
9:31 pagi (Dikemaskini 9:31 pagi)
Ramieza Wahid


Tinjauan Malaysiakini di sebuah pasar raya dan dua kedai serbaneka mendapati jualan produk bukan Muslim tidak terjejas melalui kempen Beli Produk Muslim Dulu (BMF) yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Di pasar raya Giant di Shah Alam, Selangor, pengguna terutama kaum Melayu membeli belah seperti biasa tanpa ada tanda-tanda menunjukkan produk bukan Muslim berkurangan akibat kempen berkenaan.

Sama ada produk bukan Muslim atau Muslim yang disusun di atas rak di bahagian basah atau kering, juga tidak menunjukkan perbezaan.

Sementara itu, pekerja kedai serbaneka 99 Speedmart di Klang, Noor Rohita Mohd Jalil, 32 menjelaskan penghantaran barang buat masa kini tidak terjejas dan masih berjalan seperti biasa.

“Tiada pula (Stok terlebih atau berkurang). Tak kisah barang itu produk Muslim atau tidak, semua dihantar macam biasa saja.

“Saya ada juga baca berkenaan kempen itu tapi rasanya tidak jejas apa-apa kot,” katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Selain itu, Ida yang bekerja di 7 Eleven Klang pula menjelaskan tiada perubahan terhadap jualan produk selepas kempen tersebut giat dijalankan.

"Barangan dihantar macam biasa dan syarikat memang dah ada senarai sendiri.

"Barang pun tak diagihkan, memang dihantar ikut apa yang disenaraikan, tidak pula kami perhati yang dihantar itu cuma produk Muslim atau bukan," katanya menambah pembeli dari kalangan kaum Melayu juga membeli seperti biasa.


Kempen BMF dikesan sejak akhir tahun lepas dengan tujuan menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim.

Kempen itu kurang mendapat perhatian sehingga sekitar Ogos, apabila semakin ramai menyertai kumpulan kempen tersebut di Facebook.

Bagaimanapun, terdapat penyokong kempen itu bersikap lebih ekstrem dengan mengajak orang ramai memboikot produk bukan Muslim.

Reaksi pembeli berbeza-beza

Meskipun keadaan dilihat seperti biasa, namun reaksi pembeli Melayu terhadap kempen BMF adalah berbeza-beza.

Shohailly Shahidan, 60, menjelaskan tiada keperluan mengikuti kempen mengutamakan produk muslim kerana proses rantaian pengeluaran sesuatu produk itu bukan hanya melibatkan kaum tertentu.

“Tidak ada kesan pun, tidak payahlah, benda tu (BMF). Kita ni duduk satu Malaysia lepas itu barangan produk ni satu rantaian, kalau pengeluarnya orang Melayu, pemborong mungkin kaum lain.

“Tidak perlu diperbesarkan. Memang keutamaan kita beli produk muslim tetapi kalau dah terbiasa dengan barang harian tu kadang-kadang kita pun tak tengok ia keluaran produk dari kaum mana,” katanya yang merupakan seorang pesara.

Seorang suri rumah Aniza Mokhtar, 42, berkata kempen tersebut tidak mengubah corak pembelian hariannya.

“Tiadalah. Ada dengar pasal (kempen BMF) viral tu, tetapi saya beli saja barang yang saya biasa beli. Tak periksa pula ia dari kaum mana.

“Kita ramai kaum tak perlulah (kempen sebegini). Nanti makin timbul isu kalau dibesar-besarkan,” katanya.


Berbeza pula pandangan dari Anwar Basirun, 46, yang menjelaskan kempen itu merupakan satu langkah baik bagi membantu menaikkan ekonomi Muslim.

"Kita tak nak orang Muslim dipijak-pijak, kalau ikutkan ekonomi memanglah kaum bukan Muslim yang kawal tetapi kita boleh bantu dengan mengubahnya.

“Kita memang kena sokong produk-produk Muslim ini. Kalau kita yang Muslim tidak bantu mereka, siapa lagi,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
BMF bukan boikot. Jelas.


#BMF
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hamdallah la. Lepas ni usah la meroyan ya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:02 AM | Show all posts
BMF kat group whatsapp penduduk terang terang tulis jgn beli itu ini sbb tokey cina..bla bla kutuk kutuk cina padahal ramai je non muslim dalam grup..kenapalee cantik sgt perangaiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:21 AM | Show all posts
Edited by Asdan at 19-9-2019 10:59 AM


bmf gagal, apa pula kempen seterusnya ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2019 10:22 AM | Show all posts

tak salah bersaing, tapi salah pilih cara yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Rakyat dah matang. Cuma pihak kerajaan yang menimbulkan provok Dan havoc di kalangan rakyat.... Benda yg takda apa pun Tapi diorang kecoh mcm rusuhan nk jadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysiakini? tinjau dua tmpt dah klaim tak berjaya... sampling ke laut...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:34 AM | Show all posts
BMF ni satu usaha berterusan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga...kena istiqamah, sedikit-sedikit lama2 jadi bukit, ini lah sebenarnya sikap yg sangat di takuti golongan kapir...

golongan kapir tahu muslimin dan muslimat adalah satu kumpulan yg lemah dan tidak memegang ekonomi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:36 AM | Show all posts
yg lebihnya si pengadu domba.
pembeli relax je, pilih #bmf
barang jadi kurang ke lebih susah juga nak nampak.
habis boleh topup,apa ada hal..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 19-9-2019 10:02 AM
BMF kat group whatsapp penduduk terang terang tulis jgn beli itu ini sbb tokey cina..bla bla kutuk k ...

Betul...malu dibuatnye.

Ada satu group tu Ada cikgu India mengajar di SMK...dia siap jadi penyokong PAS...Masa PRU dulu dia carikan org India pakai Baju PAS untuk Merayu undi.

Malu weyh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 19-9-2019 10:02 AM
BMF kat group whatsapp penduduk terang terang tulis jgn beli itu ini sbb tokey cina..bla bla kutuk k ...

Betul...malu dibuatnye.

Ada satu group tu Ada cikgu India mengajar di SMK...dia siap jadi penyokong PAS...Masa PRU dulu dia carikan org India pakai Baju PAS untuk Merayu undi.

Malu weyh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:41 AM | Show all posts
happy dah? tak de effect kan? dah duk dendiam....aku akan terus istiqamah belanjakan duit aku pada pengusaha muslim semampu aku, kalau muslim tak support muslim sapa nak support? bismillahirrahmanirrahim.....syukur malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
spender melayu ada  ..  spender  ??



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
MissCarcosa9753 replied at 19-9-2019 10:24 AM
Alhamdulillah
Rakyat dah matang. Cuma pihak kerajaan yang menimbulkan provok Dan havoc di kalangan  ...

Kerajaan Dan parti Politik Tak berpijak di dunia nyata.

Kita semua rakyat Malaysia....zaman Melaka dulu dh Wujud masyarakat berbilang kaum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 10:43 AM | Show all posts
Kociwa spesis taliban dongan ketuatnan mendongar borita sa-begini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:46 AM | Show all posts
Malaysiakini punya cerita? Perangai sama je ngan Utusan zaman BN merintah? Next............
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:50 AM | Show all posts
hahahaha
hnshnshns
hnfhnfhnf
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:52 AM | Show all posts

tanya sikit, kenapa buat kempen bmf, bukan kempen boikot ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.077856 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list