CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5771|Reply: 27

[Tempatan] Masjid Sri Sendayan ‘Taj Mahal’ Malaysia

[Copy link]
Post time 23-9-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Masjid Sri Sendayan ‘Taj Mahal’ Malaysia
23 Sep 2019


MEMPERSONAKAN! Cukup satu perkataan untuk zahirkan keindahan reka bentuk serta seni bina Islam yang disuntik pada struktur Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Seremban yang dibuka sejak Jumaat lalu.

Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 di atas tanah seluas 4.5 ekar melalui konsep wakaf itu dilihat seperti Taj Mahal Malaysia ditambah dengan dominasi seni binanya yang bercirikan negara Timur Tengah cukup solid nampak begitu indah.
Tidak hairanlah masjid itu tidak putus dikunjungi dari pagi hingga malam yang bukan sekadar mahu menyaksikan keindahannya, tetapi turut menjadi sebahagian daripada jemaah untuk menunaikan solat.
Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini merupakan masjid kedua yang diwakafkan dermawan itu di Negeri Sembilan selepas Masjid Hussain yang digelar sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Imam Eksekutif Masjid Sri Sendayan, Ahmad Naim Azlan, 32, berkata, masjid berkenaan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
“Saya difahamkan kebanyakan seni binanya ditempah khas dari luar negara termasuk ukiran kayu pada dinding ruang solat, tulisan khat, penggunaan saduran berwarna emas dan bongkah jubin mihrab yang berhampiran mimbar.
“Ramai yang menyamakan masjid ini dengan Taj Mahal dan ada juga mengatakan ia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah. Sebab itulah agaknya orang datang tak putus-putus, nak tengok sendiri keindahannya,” katanya.
Menurutnya, pada hari pertama masjid itu dibuka untuk solat Jumaat, lebih 5,000 jemaah yang hadir bukan sahaja dari Negeri Sembilan tapi Melaka, Putrajaya dan Selangor.
Mengenai kemudahan disediakan, Ahmad Naim berkata, ia mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800) dan dewan solat wanita (800 jemaah).
“Selain itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
“Apa yang saya boleh cakap, masjid ini betul-betul jadi tarikan dan sebenarnya sebelum siap dibina lagi kita sudah menerima banyak pertanyaan daripada bakal pengantin untuk bernikah di sini,” katanya.
Bagaimanapun beliau berharap kesucian rumah ibadat itu dapat dijaga dan paling penting ia terus meriah dengan jemaah untuk menunaikan solat.
Sementara itu, arkitek yang bertanggungjawab membina masjid itu, Zailan Yusop, 57, berkata, seni bina Masjid Sri Sendayan itu adalah campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah dan hiasan tulisan khatnya ditulis oleh tokoh khat
paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.
Beliau juga beberapa kali terbang ke Istanbul, Dubai dan Turki dengan Abd Rashid hanya untuk mencari ilham.
“Sepanjang 30 tahun bergelar arkitek, ini adalah projek paling istimewa saya seperti satu love story. Terima kasih Tan Sri kerana beri kepercayaan pada saya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambarnya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
MakareyumSuciey replied at 23-9-2019 08:28 AM
Gambarnya mana?

Nah gmbr...Semoga jumlah jemaah lebih bnyk dr jumlah kipas...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai hp mcm mana nk copy paste
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak dgr pasal Tan Sri Rashid Hussain ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 08:57 AM | Show all posts
Alhamdulilah.. cantik masjidnya.. moga banyak program program bermanfaat dapat dilakukan didalam masjid ini.. Tahniah ahli jawatankuasa masjid..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2019 08:57 AM | Show all posts
nk try pegi la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:00 AM | Show all posts
R2D2 replied at 23-9-2019 08:46 AM
Pakai hp mcm mana nk copy paste

guna hp cap kentang ke sister?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-9-2019 08:46 AM
Pakai hp mcm mana nk copy paste

Baru berforum ye.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:21 AM | Show all posts
lawanya...nanti nak singgah kalau sampai area sana....

ctiteria sejid pilihan hakak:-

1. ground floor only for solat/bahagian atas atau groundfloor digunakan sebagai kelas/dewan no issue.
2. tempat wudhu and ruang solat muslimah covered all the way, tak yah nak bukak pakai tudung
3. toilet ade tempat gantung bag and lots of it
4. toilet bersih/takde bau
5. toilet ade cermin lebih best lagik kalo ruang solat muslimah ade cermin
6. ramp wheelchair

kalau semua ni ok...hakak bagi 5 bintang....

hakak nak dengar criteria acik porem yg lain dr akak ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:28 AM | Show all posts
Bakal jadi lokasi paling TOP untuk peniaga-peniaga Busana Muslim dan Hijabster buat Photoshoot
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:39 AM | Show all posts
contoh bagaimana Muslim menjana kewangan dan membelanjakannya scara baik utk  faedah bersama (termasuk utk bukan islam)
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:44 AM | Show all posts
ada 1 lagi masjid Rashid Hussain ni di Seremban 2 City Park
Masjid tu org panggil Masjid Putih
mmg jadi lokasi org nikah kawin sbb cantik
kecik dr Masjid ni
aku dgr jgk  kat belah utara ada 1 lagi masjid Rashid Hussain
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasid Usin ni menantu Robert Kuok kan? Anyway terima kasih banyak Tan Sri atas sumbangan nya, semoga bermanfaat



https://1.bp.blogspot.com/-7Ev8uSShs7s/V6rLTvTzJmI/AAAAAAAAkZw/wnZe9K8jhqwGsm2prEncRx_QZHZz6dZYwCLcB/s1600/VIRAL1.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:15 AM | Show all posts
pyropura replied at 23-9-2019 11:10 AM
Rasid Usin ni menantu Robert Kuok kan? Anyway terima kasih banyak Tan Sri atas sumbangan nya, semoga ...

Typical jantan melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2019 12:08 PM | Show all posts
1. Masjid Hussain (Masjid Putih di Seremban 2) kos RM22.6 juta tahun 2012
2. Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan kos RM100 juta tahun 2015
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 12:26 PM | Show all posts
Baguslah buat masjid.
Ini contoh ajaran jariah yang bahaya sebenarnya. Oleh kerana menginginkan sesuatu yang mereka rasa akan menafaatkan mereka walau telah meninggal, ramai belanjakan wang yang banyak untuk masjid, wakaf, alatan masjid etc, walau duit itu akan lebih menafaat membantu, orang miskin misalnya. Ramai orang kaya lebih utamakan sedekah yang begini. Sedekah begini kurang nilai kemanusiaan dan kurang menafaat yang sebenar benarnya tanpa pentingkan  diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:39 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 23-9-2019 08:53 AM
Lama tak dgr pasal Tan Sri Rashid Hussain ni

maksudmu RHB?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 23-9-2019 12:26 PM
Baguslah buat masjid.
Ini contoh ajaran jariah yang bahaya sebenarnya. Oleh kerana menginginkan ses ...

Ada org fikir kalau sedakah bagi makan, pahala dapat skali je..
Kalau buat mesjid, pahala dapat selagi ada org solat dlm tu...
Sebab tu ramai org kaya buat mesjid kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 01:04 PM | Show all posts
catik masjid. kalau g sendayan boleh singgah sembahyang kat situ
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073999 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list