CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10960|Reply: 136

[Tempatan] Why bother Suka hati kitoranglah nak beli produk apa

  [Copy link]
Post time 23-9-2019 08:57 AM | Show all posts |Read mode
TANDA pagar Buy Muslim First (BMF) semakin membanjiri media sosial di negara ini dengan kempen mengajak orang ramai beragama Islam mengutamakan produk keluaran Muslim.

Gerakan kempen yang bermula sejak beberapa bulan lalu itu nampaknya masih berterusan sehingga sekarang. Ada yang mendakwa usaha itu menyebabkan pengusaha bukan Islam terpaksa menurunkan harga produk mereka.

Di sebalik kejayaan tersebut, timbul rasa kurang senang dalam kalangan rakyat bukan Islam apabila mendakwa orang Islam terutama Melayu cuba memboikot barangan keluaran orang Cina dan India.

Persepsi itu menular sehingga mencetuskan syak wasangka dengan tuduhan orang Melayu mahu memecahbelahkan keharmonian kaum.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang berfikiran sedemikian. Lebih mendukacitakan apabila kempen tersebut dihangatkan oleh orang politik walhal gerakan kempen dilakukan rakyat biasa.

Apabila orang Melayu Islam tidak membeli produk keluaran bukan Islam, mereka dituduh memboikot. Salah faham ini perlu diperbetulkan dan diperjelaskan oleh orang Islam sendiri bagi mengelak kekeliruan.

Perkataan utama dalam kempen tersebut sudah cukup menjelaskan bahawa kita beli produk Islam dahulu dan jika tiada pilihan, barulah beli produk keluaran bukan Islam.

Belum ada lagi kedai bukan Islam yang tutup gara-gara kempen tersebut. Lagi pun setiap rakyat mempunyai hak untuk membeli apa sahaja mengikut selera masing-masing. Bak kata ‘duit sendiri, jadi ikut suka nak beli apa’.

Tiada istilah boikot kerana boikot itu membawa maksud memulaukan atau dalam erti kata lain, jangan beli langsung. Amalan sedemikian tidak boleh dipraktikkan di negara ini kerana kita mempunyai rakyat berlainan agama.

Seperti yang dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Mohd Al Iman Zakaria beliau sendiri menolak usaha memboikot produk bukan Muslim tetapi pada masa sama menyokong kempen mengutamakan beli produk Muslim.

“Kita percaya persaingan sihat dalam sektor perniagaan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih sihat dan maju. Kempen ini juga bukan bersifat rasis sebaliknya usaha membantu ekonomi orang Islam yang kelak memanfaatkan semua pihak termasuk bukan Islam.

“Ia sekali gus menjadi misi ke arah mengembangkan ekonomi Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk menembusi pasaran halal di seluruh dunia,” katanya.

Sejak kempen dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu mendapat respons positif, produk keluaran Muslim yang sebelum ini kurang dikenali sudah pun mulai popular. Baru kita ketahui bahawa banyak produk Islam di pasaran dengan kualiti yang setanding produk bukan Islam.

Secara tidak langsung kempen ini menggalakkan pengusaha Islam memohon sijil halal yang lebih banyak dimiliki oleh pengusaha bukan Islam.

Jika dahulu mutu perkhidmatan tidak seberapa tapi kini semakin baik.

Isu ini turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang percaya kempen menyokong pembelian produk keluaran Muslim bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi mereka, malah baik untuk bukan Islam.

Katanya, kempen ‘beli produk Muslim dulu’ itu secara tidak langsung membantu peniaga atau usahawan Muslim berdikari tanpa mengharapkan insentif bumiputera daripada kerajaan.

“Saya percaya saudara-saudara non-Muslim dalam negara ini, jika orang Islam senang dan mereka (orang Islam) kuat ekonomi mereka, pada masa itu kita (Islam-bumiputera) tak perlu lagilah bantuan-bantuan khusus untuk bumiputera.

“Dengan itu, saudara (bukan Islam) juga akan puas hati satu hari nanti dan tak timbul lagilah perasaan tak puas hati kerana semua dah kaya.

“Sekarang ini rasa tak puas hati adalah disebabkan faktor ekonomi. Tapi kalau saudara jadikan semua orang kaya macam saudara, tak ada orang marah,” katanya.

* Mohd Ridzuan Abu Hassan ialah Wartawan Sinar Harian Edisi Nasional
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elera-masing-masing
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ulang byk kali pun.. spesis bengap takkan faham
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak beli barang muslim takpe pulak, kita tak beli barang dia sebab nak beli yg orang muslim jual dulu tak boleh pula, eh duit poket  sendiri suka hatilah koranglah kan nak beli mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 23-9-2019 09:23 AM
buy Z first = buy A last, suka Z = tak suka A,

kenapa tak suka A = sebab lain agama/kaum/parti ...

Bukan tak suka A...sebab ekonomi z sangat lemah..perlu dibantu sedangkan z dah monopoli lama...tu pun tak boleh nak pikir...kata hak samarata...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau brg yg aku selalu guna/makan ada dari Muslim product..aku beli la
Dah kalau tak ada., beli je la product non muslim yang ada halal cert.
Aku pun dah unfolo fb BMF tu..mula2 ok je nak sokong tapi bila dah lama2
followers dah start maki hamun smpai nak hina2 org..
Tak kuasa nak menyokong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:32 AM | Show all posts

buy Z first = buy A last, suka Z = kurang suka A,

sebab kurang suka = beza agama / kaum / kasta / parti / rupa / pangkat / harta / dll,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada pihak tak puas hati. Yang penting kena teruskan juga. Aku malas nak sapot bisnes bumiputera muslim yang jual produk kecantikan timbang kilo tapi lebih pada produk makanan harian/ruji/sejuk beku dengan servis. Biarlah mereka nak cakap apa pun. Selama ni bukannya kita boikot boikot pun produk non muslim. Ada ja kita beli or makan kat kedai mereka. Ini kan pilihan pengguna.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Biar kaum bukan melayu jadi lebih miskin mundur dari sebelumnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 23-9-2019 01:44 AM
Mesti ada pihak tak puas hati. Yang penting kena teruskan juga. Aku malas nak sapot bisnes bumiputer ...

Aku dari dulu beli sabun melayu buat walau jauh lebih mahal .Tapi kualiti bagus
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:14 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-9-2019 09:50 AM
Bagus. Biar kaum bukan melayu jadi lebih miskin mundur dari sebelumnya

Melayu dengan muslim lain bro. Niat kena betul nak bantu saudara seagama. bukan niat nak menjatuhkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-9-2019 09:56 AM
Aku dari dulu beli sabun melayu buat walau jauh lebih mahal .Tapi kualiti bagus

Aki beli sabun kapur barus hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:26 AM | Show all posts
Madel replied at 23-9-2019 09:32 AM
Kalau brg yg aku selalu guna/makan ada dari Muslim product..aku beli la
Dah kalau tak ada., beli je ...

bila ko start unfollow?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:33 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-9-2019 09:56 AM
Aku dari dulu beli sabun melayu buat walau jauh lebih mahal .Tapi kualiti bagus

sabun apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:35 AM | Show all posts
Kepda yang tidak mennyukai akak membeli barangan BMF sila bagi duit pada akak ya. berikan duit dan akak akan beli barang yang bukan bmf.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:47 AM | Show all posts
kite truskan BMF jgn duk hangat2 tahi ayam dh la.

ade yg perosl BMF sb katanya Mydin pun bukannya jual produk BMF, siap kata kena tukar istilah kepada istilah ape ntah aku lupa. btw yg ckp mcm tu ialah macai UMNO uh x leh trima lagi kekalahan masa lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 23-9-2019 02:26 AM
bila ko start unfollow?

Itu uols tak perlu tahu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 11:00 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-9-2019 09:56 AM
Aku dari dulu beli sabun melayu buat walau jauh lebih mahal .Tapi kualiti bagus

sabun jenama apa

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:01 AM | Show all posts
Madel replied at 23-9-2019 10:57 AM
Itu uols tak perlu tahu la

aku pun dah unfollow..bukan niat nak kecam..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 23-9-2019 03:01 AM
aku pun dah unfollow..bukan niat nak kecam..hehe

Group BMF ni bnyk dah tumbuh kat fb
Ada yg aku hide kan aje.
Admin2 page ni patut pantau followers depa, jgn apa semua status pun diup.
Kalau kata nak fokus ke Muslim Product..fokus situ sudah
Jgn cmpur aduk politik, pastu dgn cerita makcik/pakcik Hassanah yg bangga menyound org melayu kat pasaraya sbb tak #bmf.
Pilihan masing2 kot dan mungkin mereka ada alasan msing2

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-9-2019 01:56 AM
Aku dari dulu beli sabun melayu buat walau jauh lebih mahal .Tapi kualiti bagus

Kalau sabun mandi, iols dari dulu pakai ni
Murah je rm2.80
Bagus utk melembutkan kulit.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.257742 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list