CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3038|Reply: 9

'Mengalah Dulu Kemudian Ambil Tindakan Ini'- Lelaki Bagi Tips Berguna Berdepan P

[Copy link]
Post time 23-9-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pergaduhan dua lelaki yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara dan menjadi tular di media social. Kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan dan membuat laporan polis.





Kredit Foto: Astro







Ini bukanlah kali pertama kes buli jalan raya berlaku, malahan ada yang berlanjutan sehingga mengakibatkan kematian.




Kredit foto: Carian Google





Bagaimana sepatutnya kita menangani masalah ketika berdepan dengan pembuli jalan? Seorang lelaki bernama Syawal tampil memberikan tips yang berguna dan tips itu mendapat sokongan ramai netizen lain.







Kredit foto: Carian Google









Menggunakan akaun Twitter @advreds, Syawal berkata beliau telah beberapa kali berdepan dengan pembuli jalan dan selalu menangani masalah itu dengan mudah.





Kredit foto: Twitter









Caranya?


'Aku mengalah dulu, bagi dia jalan jauh-jauh kemudian aku singgah buat laporan polis' terang Syawal.


Bagaimanapun tips itu lebih berguna jika anda merakam kejadian buli tersebut.


'Boleh dapatkan dashcam, beli sahaja di Shopee, dapatkan untuk depan dan belakang' tambahnya lagi.







Kredit foto: Twitter







Menurut Syawal lagi, beliau sudah dua kali berdepan kes buli. Seorang daripadanya sudah disaman, manakala seorang lagi dipanggil ke balai untuk inquiri.





Kredit foto: Twitter







Tweet tips daripada Syawal kemudian menjadi tular dan ramai yang bersetuju dan menyokong cadangannya.

'Terima kasih kerana menyatakan cadangan ini, lebih logik dari bergaduh, merakam video, membahayakan penumpang kanak-kanak, menjadikan rakaman viral mahupun menggunakan isu perkauman' kata seorang netizen.









Kredit foto: Twitter








'Ini tindakan yang bijak, dah tahu pembuli tu kurang bijak, kenapa ikut macam dia'kata seorang lagi.


Malahan ada juga yang mengatakan mereka pernah melakukan perkara yang sama.


'Saya setuju. Saya pernah ada pengalaman dibuli, dia hambat aku tapi aku drive terus ke balai, tak mahu pula dia masuk' kongsi seorang netizen.


'Sama, lelaki tu kejar aku macam tiada hari esok, terus aku report ke balai' kata seorang lagi.



Kredit foto: Twitter







Semoga tips daripada Syawal ini memberi idea kepada anda apabila berdepan dengan kaki buli di atas jalan raya pada masa depan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 11:01 AM | Show all posts
umm boleh la pegi balai buat report, tunggu 38 minit encik polis menaip satu, satu huruf, pastu backspace, tapi lagi, semua guna satu jari. then dia akan cakap ok report dah siap, cik simpan salinan ni ye and case closed. takde nya nak jadi kes.

tp yang penting part mengalah tu la. anggap je ramai org gila atas jalan raya. korang patut kesian kat org2 baran ni, kalau sikit hal atas jalan pun boleh buat dorang jadi samseng, kesiannya life dorang nak menghadapi liku-liku hidup yang lebih stressful. biasanya org mcm ni tak tenang pun hidup dia.

cuma aku rasa something needs to be done la dah sampai ada kes mati, bukan sorg dua kan. penguatkuasaan tu kena ada, mcm mana nak benteras jenayah atas jalan raya, menyebabkan bahaya & stress kepada org lain.

serious la aku drive a few countries, malaysia paling byk farthead, jiwa binatang, ego besar otak sempit. tp aku belum pernah drive kat india/hongkong/etc la so cannot compare.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg acah2 jadi mangsa buli pon bkn selalu betul. Kalau duduk line paling kanan pas tu bawak 40km sejam sambil main telefon..belakang kau kereta berderet nk potong x lepas....pas tu ko nak claim kau mangsa buli bile org marah kau....bullshit
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:00 PM | Show all posts
julielapadite replied at 23-9-2019 11:01 AM
umm boleh la pegi balai buat report, tunggu 38 minit encik polis menaip satu, satu huruf, pastu back ...

tuh nasiblah dpt officer mcm tuh ms kita report case..masa i accident dulu, i dpt officer nk pencen pas tuh dh malas attend case aku...dia ckp tiada siapa bersalah...hangin aku..mlm tuh juga aku p balai balik....kebetulan ada pegawai atasan mlm tuh..so aku citer....case reopen smula....and aku dpt officer yg very helpful..dpt gak claim insurance org langgar aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018: tuh nasiblah dpt officer mcm tuh ms kita report case..masa i accident dulu, i dpt officer nk pencen pas tuh dh malas attend case aku...dia ckp tiada s ...



Last year iols buat report IC hilang masa bulan puasa. Dh la lembab tunggu officer tu habis hisap rokok kat belakang balai.. iols punya la duk tunggu. Kawan dia ckp officer tu tgh buang air besar. Sekali dia masuk bau rokok kuat.. iols husnuzon je lah. Pastu mintak iols duit sbb nk beli makanan buka puasa. Setahu iols mmg kena bayar RM2 jah. Tp dia x nak. So iols sedekah je lah RM20.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 02:12 PM | Show all posts
aku pilih betumbuk atas jalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2019 04:59 PM | Show all posts
zulka replied at 23-9-2019 02:12 PM
aku pilih betumbuk atas jalan

Ha'ah, bayar cash trus, bru puas hti btul2 sbab sesetngah org ni kdg2 x masuk ajar klau d ajar dngan lembut.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 05:59 PM | Show all posts
macam mana dia tau org tu kena saman? polis pos saman melalui dia dulu ke camner? acah2 good jer mamat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 09:11 AM | Show all posts
zulka replied at 23-9-2019 02:12 PM
aku pilih betumbuk atas jalan

hebat boss... ikutkan hati nak juga mcm tu..
tapi pikir tak berapa kuat sangat .. ai mengalah jelah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 04:10 PM | Show all posts
Kalau kena kejar pandu je masuk ke kawasan balai yang berhampiran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.078778 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list