CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5803|Reply: 44

[Tempatan] BMF: Kenapa produk halal mahal?

  [Copy link]
Post time 23-9-2019 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Disclaimer: TT sgt menyokong BMF, but there are rooms for improvement, so let's discuss issues related to BMF to make it more successful. Sumber dicedok from another source


Kebiasaannya sebagai pengguna kita mengimpikan harga yang rendah bukannya harga yang berpatutan. sebab itu bila datang sesuatu produk dari pengusaha muslim kita akan kata mahal dan sebagainya. tapi pernahkah kita terfikir susah payah pengusaha tersebut cuba menyediakan ruang untuk kita mendapat produk halal ini? Kita hanya mengeluh harga mahal bukan berterima kasih kepada pengusaha tersebut.


Rasanya majoriti pengusaha muslim tidak mempunyai modal yang besar dan sukar untuk membuat pusingan modal. oleh sebab itu kita perlu membantu dari segi membeli produk tersebut dengan harapan bila ramai orang membeli produk tersebut syarikat tersebut mendapat untung maka akhirnya mereka mampu memberikan harga yang berpatutan kepada kita semua. Malangnya melalui pengamatan saya kebanyakan dari kita akan menolak sebab harga mahal termasuklah org-org yang bergelar ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ dan akhirnya dengan rela hati memilih untuk menggunakan produk pengusaha bukan islam. Maka kita secara tak sengaja telah menguntungkan pengusaha tersebut lantas bersama modal yang besar dan keuntungan dari sokongan kita harga produk tersebut akan menjadi semakin murah. Dan kita terusa membeli sebab harga murah berbanding dengan produk pengusaha muslim. Kalau semua orang Islam beli produk pengusaha muslim berkemungkinan produk-produk lain akan tutup kedai.


Bagi pengusaha-pengusaha yang mengenepikan isu-isu halal-haram dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata akan mencari sumber-sumber yang murah walau pun sumber tersebut tidak halal atau lebih tepat lagi HARAM. Tetapi bagi pengusaha yang sensitif tentang isu halal-haram, sumber-sumbernya adalah terhad kepada yang halal sahaja dan pengendaliannya juga dijaga untuk menjamin kehalalan, kesucian dan kebersihan produk tersebut. Jadi kosnya adalah lebih mahal.


Dari segi pemasaran pula, bagi produk-produk yang tidak halal, pelanggannya terdiri dari pengguna-pengguna bukan Islam, juga yang sedihnya, tidak ketinggalan sebilangan besar pengguna umat Islam yang mengenepikan atau tidah sensitif isu halal-haram juga membeli produk tersebut, bagi mereka “janji murah”. Oleh sebab itu dari segi “volume” atau jumlah jualannya adalah sedikit dan kurang keuntungannya.


Bagi produk halal pula, ianya terhad kepada pembeli atau hanya berkisar kepada umat Islam yang betul-betul sensitif dengan isu halal-haram sahaja dan juga terdiri dari sebilangan kecil yang bukan Islam yang mementingkan isu kebersihan, kerana mereka yakin kebiasaannya produk yang halal juga adalah bersih dari segi pengendaliannya.


Perkara ini sebenarnya bertolak balik kepada para pengguna-pengguna Islam juga. Kalau para pengguna sanggup berkorban sedikit dan sanggup menyokong perjuangan pengusaha-pengusaha produk halal ini, lama kelamaan apa bila sampai masanya harganya akan turun.


Apa salahnya kita sebagai pengguna-pengguna Islam mengambil peluang ini untuk berjihad sedikit. Kerana bagi pengusaha-pengusaha produk halal ini, apa bila cukup tahun mereka juga akan menggeluarkan zakat dari jumlah keuntungan mereka, yang mana ia akan membantu dan mengguntungkan umat Islam kembali, Insyallah.


COUNTER-ARGUMENT


persoalan kenapa harga produk islam mahal sentiasa bermain dalam fikiran saya dan tidak pulak terfikir perkara ini juga bermain dalam pemikiran org lain. saya kurang bersetuju dengan pendapat bahawa kita berjihad sedikit dengan membeli produk halal yang mahal. pertama-tama jihad sidikit adalah dari pengusaha sendiri, bukan dari pengguna.


kita tidak boleh menyalahkan isu volume atau market yang kecil berbanding produk tidak halal menyebabkan harganya tinggi untuk ‘cover’ kos.Kerana produk-produk yang ‘tidak halal’ akan menggunakan strategi menawan hati pengguna dgn harga yang murah dahulu, kerana itu prinsip asas dalam perniagaan.


Jika dikaji kembali.syarikat-syarikat ‘tidak halal’ yang besar-besar dahulunya dulu juga kecil. Adakah mereka menggenakan harga yang tinggi ketika mereka mula2 melancarkan produk mereka? pasti tidak. Dan setelah berkembang pesat, adakah harga mereka mahal? juga tidak, masih murah berbanding produk halal.


kita juga tidak harus menyeru pengguna-pengguna islam ber’korban’ sedikit untuk sanggup menyokong per’juangan’ pengusaha-pengusaha produk halal ini, pernahkah kita terfikir kenapa tidak pengusaha-pengusaha tersebut berkorban sedikit untuk pengguna-pengguna islam?


untuk menjawab satu soalan mudah maka timbul pulak pelbagai soalan lain.

Adakah produk halal untuk org kaya sahaja?

Kenapa Allah mencipta perkara haram lebih murah dari yang halal dalam alam ini?

Adalah semua ini hanya fenomena yang menjual agama Allah dan Rasul?

Adakah istilah halal itu cuma pada proses membuat sahaja? perlu juga di ketahui harga suatu produk yang lebih mahal dari harga pasaran adalah HARAM dari sudut hukum Muamalat Islam.


Boleh dikatakan semua org islam sensitif dengan isu haram dan halal ini. Tetapi berapa ramaikah pengusaha-pengusaha produk halal ini tidak berjaya? Rasanya macam semua dah kaya raya.


Sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
contoh kicap kipas udang..walpon mahal gigih meols sambar sebab sedap makan dengan telo mata...tiber
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:10 AM | Show all posts
ambik kesempatan maybe
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 23-9-2019 11:17 AM
jalfa replied at 23-9-2019 10:50 AM
contoh kicap kipas udang..walpon mahal gigih meols sambar sebab sedap makan dengan telo mata...tiber


Kebanyakan kicap di Msia ni sedap kerana banyak additives, karamel dan perisa dan kandungan pati nya sikit. Kicap yg betul2 bagus contoh macam brand Kikoman tu, dimana dibuat dari first extract dari pati soybean, dimana segala zat soybean full ada disitu.



https://www.kikkomanusa.com/images/homecooks/products/00070.png
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 23-9-2019 10:50 AM
contoh kicap kipas udang..walpon mahal gigih meols sambar sebab sedap makan dengan telo mata...tiber

Betul3x..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dizikirkan setiap proses pembuatan nya.

Boleh???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2019 12:02 PM | Show all posts

duit kita, suka hati kita la nak beli barang murah, betul tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:13 PM | Show all posts
produk re branding dan re packing mcm hausboom mahal 3 x ganda...

re packing timbang kilo krim kecantikan dari thailand sampai jutawan founder tu.. cth, vida, alif syukri..sajat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 12:57 PM | Show all posts

barang mahal = peniaga untung banyak
barang murah = peniaga untung sikit

soalannya, peniaga mana yg lebih patut kita sokong ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 01:07 PM | Show all posts
https://produkhalal.wordpress.co ... kan-pandangan-anda/

sumber artikel asal di sini  dan konteks sebenar di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 01:21 PM | Show all posts
@Asdan salah mathematic hang tu, harga murah, peniaga untung Bnyk baru betul....peniaga Muslim ni ingat Jual mahal untung Bnyk mcm Malaysia airlines, market logic tak betul tu....Sebab tu prod Muslim tak Bnyk volume....dia kena tukar paradigm tu baru boleh grow
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2019 02:58 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-9-2019 01:07 PM
https://produkhalal.wordpress.com/2008/06/27/mengapa-produk-halal-selalunya-mahal-kongsikan-pandanga ...

Thank you, as stated in the post (see sumber, ada link)
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 03:19 PM | Show all posts
arnauld replied at 23-9-2019 01:21 PM
@Asdan salah mathematic hang tu, harga murah, peniaga untung Bnyk baru betul....peniaga Muslim ni in ...

ada la sorang member aku, dia distributor barang2 rempah2, ada la dia ambil produk buatan muslim ni, nak tolong melayu la kononnya sbb sesetengah tpt dia pergi produk yg ni memang takde.. mula2 ambil ok, dapat harga borong.. tak lama pastu, anak tokey tak bagi ambil harga borong. kalau beli sikit2, boleh kurangkan harga. kalau ambil banyak kena harga biasa, sebab dia rugi banyak.. terus member aku tak ambil dah..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
@kucinghitam peniaga Muslim kena belajar menguruskan KOs, Kat Jepun harga barang setahun naik tak sampai yen1!!! Nak untung lebih kena jual bnyk, nak jual bnyk kena murah, jgn silap cycle jahanam hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:45 PM | Show all posts
harga mahal not necessary di tetapkan oleh pembuat/manufacturer..kadang2 ini mainan retailer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 05:20 PM | Show all posts
kucingitam replied at 23-9-2019 03:19 PM
ada la sorang member aku, dia distributor barang2 rempah2, ada la dia ambil produk buatan muslim n ...

macam tu la orang melayu meniaga... pandang untung cepat tak pandang jangka panjang.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:32 PM | Show all posts
@arnaud @minguk

tu la pasal..member aku tu ingat nak luaskan pasaran dorang, takde la tertumpu kat satu daerah je.. udah mentaliti melayu nak untung banyak, bukan luaskan kuasamu..eh.. camno..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 23-9-2019 03:19 PM
ada la sorang member aku, dia distributor barang2 rempah2, ada la dia ambil produk buatan muslim n ...

Nak share kejadian atas diri sendiri, sebelum tu, mmg sokong BMF. Kisahnya,  Bila saya balik kg, selalu beli barang kering dkt apek ni, mmg ramah dan murah beli kat dia. Garam utk pokok, bawang, susu pekat manis mcm2 lah. Bila mula BMF, saya pun pegi kedai sebelah, kedai melayu muslim.
Kebetulan plak wallet tak bawa, cuma duit dlm tgn je. Jadi saya beli barang rm5.10 sen. Saya pun ckp, diskaun 10 sen boleh ke? Tak de duit siling. Dgn sombong dia jwb, 10 sen tu kak den nak bayar gaji pokojo den pun tak lopeh. Mahaplah kak...
saya pun bagi rm6.00 ambil baki dan pergi. Mintak diskaun10 sen pun kena hamput hahaha... pi kedai apek, alah apek tak cukuplah duit ni, tak palah lu selalu dtg sini... itulah bezanya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:47 PM | Show all posts

beli barang murah = betul
beli barang mahal = biol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.456952 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list