CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3353|Reply: 3

Seram! Perkenalkan Wrinkles Si Badut, Pennywise di Dunia Nyata

[Copy link]
Post time 23-9-2019 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Siapa kat sini dah tengok It Chapter 2 di pawagam? Adakah korang rasa Pennywise si Badut tu dah cukup menakutkan? Macam mana kalau badut seram dan psiko macam tu betul-betul wujud di dunia nyata, bukannya sekadar fiksyen?


Perkenalkan Wrinkles Si Badut.




Kredit Foto: Carian Google


Mungkin ini kali pertama anda mendengar nama Wrinkles si Badut, tetapi badut ini sudah mula berkeliaran sejak 2014, apabila sepasang suami dan isteri telah membayarnya untuk menakutkan anak mereka yang bersikap nakal. Wrinkles telah menyelinap di bawah katil budak perempuan tersebut dan menakutkannya, dan video berdurasi seminit dua puluh saat itu telah tular. Video itu masih lagi dapat dilihat melalui akaun YouTube HvUSeen Wrinkles.





Sejak itu, gambar dan risalah berkenaan Wrinkles telah disebarkan di serata Florida, berserta nombor telefon bagi orang umum untuk menelefonnya dan menyuruh badut seram itu menakut-nakutkan anak mereka yang berperangai tidak elok. Menurut Tampa Bay Times, nombor telefon itu masih berfungsi hingga hari ini, iaitu 407-734-0254.




Kredit: Instagram



Pada November 2015, Wrinkle si Badut (atau orang yang menyamar sebagainya) telah ditemubual oleh The Washington Post, mengatakan dia akan muncul di parti atau sebagai gimik untuk prank selepas dibayar beberapa ratus dolar secara tunai. Badut seram itu juga muncul dari semasa ke semasa, kali terakhir ia dilihat pada Jun 2018.



Menjelang 2019, sebuah dokumentari berkenaan Wrinkle si Badut akan ditayangkan di pawagam pada 4 Oktober 2019, dan setakat ini tiada info akan kemunculan dokumentari ini dari pawagam tempatan. Dokumentari ini diarahkan oleh Michael Beach Nichols, dan menurutnya, Wrinkle si Badut masih lagi aktif mendengar panggilan-panggilan orang awam. Ya, dia masih berkeliaran.






Jadi macam mana? Korang berani tak nak tengok filem ni? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 04:45 PM | Show all posts
tak nampak seram pon. nampak menyedehkan jahh. macam aiskrim yang dah cair gituh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:52 PM | Show all posts
seram la..hahaha takut
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk Sgt dah tua.. Kesiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054021 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list