CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6357|Reply: 68

[Tempatan] Bank tak perlu sorok-sorok caj 50 sen - RM2, caj terus RM100 . Cepat sikit untu

[Copy link]
Post time 23-9-2019 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 25-9-2019 10:42 AM

Rais bantah caj bank di kaunter, CDM
23 September 2019 12:11 PM

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa buah bank didakwa cuba mengaut keuntungan besar apabila mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.
Hal demikian mendapat reaksi bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menyifatkan caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.

"Sedar-sedar Facebook baharu lapor - setiap khidmat kaunter bank kini kena caj RM2? Kalau benar, caj ini jelas mencekik sebab yang guna khidmat kaunter kebanyakan guru, golongan B40, peneroka, nelayan dan peruncit.

"Sehelai cek sudah lama kena caj. Untung bank berbilion ringgit. Mari bantah," katanya menerusi ciapan yang dimuat naik dalam akaun Twitternya kelmarin.

Isu caj perkhidmatan di kaunter dan CDM tular baru-baru ini dalam media sosial apabila pengguna menzahirkan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar RM2 atau 50 sen bagi setiap transaksi pembayaran bil kad kredit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 02:40 PM | Show all posts
Untung berbillion setahun pun nak charge ker...buka jer lesen Utk foreign banks hahahahaha hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cimb Atm and Debit card fee rm15 kena potong. Maybank tak pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 02:45 PM | Show all posts
bank tetap menang. Memang celaka. Tadak perlindungan untuk pengguna kat Malaysia ni. Sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 03:03 PM | Show all posts
oh mmg betul la issue ni ek.. kurang ajar pulak bank skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 03:09 PM | Show all posts
cimb je..lain ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2019 03:50 PM | Show all posts
haritu nk g bayar kat rhb, sib baik tny dulu diaorg ckap klu kat kaunter charge rm2, nk alert netizen guna mesin xmo g kaunter dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:03 PM | Show all posts
bank mana yang takde charge itu ini?
semua ada je charge entah apa-apa..
aware dengan tak aware je..
lagi pun apa pilihan pengguna ada?
kena juga guna bank untuk urusan kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 04:16 PM | Show all posts
apakebenda ni dok bayaq di kaunter?

la ni bayaq online saja maa.

pi ajaq mak ayah / pakcik makcik guna semarkfon bayaq online sudah.

revolusi IR4.0 katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:21 PM | Show all posts
tak puas2 lagi untung mkn hasil ribak

abis sume nak di caj nye

yahudi betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:25 PM | Show all posts
tak silap..cimb bayar kat kaunter yg kena caj..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:43 PM | Show all posts
balaci tua ni nak apa sebenarnya? persatuan bank2 tak reti2 nak hulur ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:48 PM | Show all posts
dh berzaman org tau,
usah panggil bank sebagai bank
panggila bank = 'tempat kumpul riba'

dorg untung dgn atas angin, pelbagai caz kene, tak kira org tua, oku, anak yatim, semua dia telan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:51 PM | Show all posts
yuki812 replied at 23-9-2019 04:25 PM
tak silap..cimb bayar kat kaunter yg kena caj..

sotong pelik online dia selalu down.

even bank sistem yg down baru2 ni pon dia.


ada hati dgn level perkhidmatan begitu buruk dok sauk RM 2 tiap kali kastemer nak berurusniaga.



Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada lagi yang membayar di kaunter ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 04:53 PM | Show all posts
Ambank

Kaunter RM2
CDM RM 0.50
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2019 12:49 AM | Show all posts
Caj bank RM2 dikenakan tidak termasuk RM25 untuk kad kredit, kata Najib
23 September 2019


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, dulu Pakatan Harapan (PH) lantang membantah caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 sen yang dikenakan untuk setiap pengeluaran duit dari ATM melalui rangkaian MEPS.

Padahal caj itu hanya dikenakan jika menggunakan ATM milik bank yang berlainan dari bank pengguna.

Lalu, PH menghasut rakyat bahawa GST cekik darah kerana mengenakan cukai peratus ke atas setiap pengeluaran wang ATM.

“Itu caj 6 sen atau 6 peratus ke atas caj servis RM1 MEPS. Bukan 6 peratus ke atas jumlah wang yang dikeluarkan dari ATM,” kata Najib.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Rais Yatim, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Negeri Sembilan yang menyeru orang ramai membantah tindakan beberapa bank yang mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.

“Sedar-sedar Facebook baharu lapor – setiap khidmat kaunter bank kini kena caj RM2? Kalau benar, caj ini jelas mencekik sebab yang guna khidmat kaunter kebanyakan guru, golongan B40, peneroka, nelayan dan peruncit.

“Sehelai cek sudah lama kena caj. Untung bank berbilion ringgit. Mari bantah,” kata Rais menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitternya.

Najib yang mengulas seruan Rais itu menyifatkan kerajaan PH ajak rakyat untuk membantah kerajaan PH yang secara senyap-senyap mengenakan caj RM2 bagi kemasukan wang tunai dan cek di kaunter atau melalui mesin.

Sindir Najib, bukan caj itu sahaja tetapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengenakan cukai baru RM25 setiap keping kad kredit sejak awal tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka deposit kat kaunter sebab apa2 hal deal direct dgn staf..kalau cdm mesin tu nyampah dah la q panjang..lepas tu duit kene reject nak kira balik..paling bodoh kalau duit telan gitu aje especially jenis cdm yg dah buruk giler entah camne maintenance..menyusahkan nak tunggu berapa hari baru duit tu clear..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
CIMB saja kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-9-2019 01:14 AM
CIMB saja kan?

Ada forumer atas tu kata Ambank pun sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.350952 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list