CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 1

Mengapa Mass Effect Andromeda Ditakdirkan Untuk Gagal

[Copy link]
Post time 24-9-2019 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Pada 2017, industri permainan video dikejutkan dengan kegagalan epik Mass Effect: Andromeda. Walaupun menelan belanja melebihi 40 Juta Dollar, hasil selepas lima tahun dalam pembangunan permainan video itu sangat mengecewakan.

Sebaik sahaja dilancarkan, Mass Effect: Andromeda dirundung masalah animasi, bug, dan glitch yang tiada kesudahan. Sudah pastinya wargamaya tidak mengambil masa lama untuk menjadikan masalah ini satu jenaka dan meme di Internet.


Gambar dibawah salah satu masalah animasi yang terpaksa dibaiki Syarikat penerbitan Electronic Arts (EA).





Sumber : Jaded Gamer



Walaupun lebih satu Juta salinan berjaya dijual, EA mengumumkan bahawa projek Mass Effect: Andromeda adalah satu kegagalan.

Penulis sendiri hairan bagaimana hal ini boleh terjadi dibawah selian EA dan Bioware yang merupakan syarikat berpengaruh dalam industri permainan video. Hasil dari kajian penulis berikut merupakan beberapa sebab ME: Andromeda sememangnya ditakdirkan untuk gagal.


1. Developer Yang Tidak Berpengalaman.


Tema 'Open World' dan 'RPG' merupakan genre paling sukar dalam industri ini. Oleh itu, kebanyakan studio baru tidak akan menjadikan genre ini sebagai genre pilihan pertama mereka.


Berbeza dalam kes Mass Effect, Bioware telah mewujukan dua pasukan. Pasukan Pertama berpangkalan di Edmonton, Kanada yang merupakan pasukan utama dan akan fokus untuk membangunkan 'Anthem', satu Intelectual Property (IP) baru. Manakala, pasukan kedua akan berpangkalan di Montreal, Kanada. Mereka akan membangunkan Mass Effect: Andromeda.


Namun, apa yang menjadi masalah, pasukan kedua yang digelar Bioware Montreal ini langsung tidak pernah menghasilkan apa-apa permainan video. Mereka hanya mempunyai pengalaman dalam mereka beberapa Downloadable Content (DLC) untuk Mass Effect 3.

Apa akibatnya? Selepas kegagalan Mass Effect: Andromeda , Bioware Montreal dibubarkan serta diserap masuk ke pasukan lain dibawah kendalian EA.




Sumber: MMORPG.com





2. Pelan Yang Terlalu Bercita-cita tinggi.

Di peringkat awal, Bioware Montreal mahu mengembalikan semula aspek explorasi yang telah dibuang dalam Mass Effect 2 dan Mass Effect 3. Idea mereka, pengguna akan diberi peluang meneroka planet-planet yang dicipta automatik oleh sistem komputer pengguna sendiri.


Namun, di saat akhir mereka akhirnya sedar bahawa ianya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.




Sumber: PowerPhyx.com



Dengan masa berbaki 18 bulan sebelum tarikh pelancaran, aspek penerokaan ini terpaksa dibuang. Ini menyebabkan banyak kerja perlu dimulakan dari peringkat awal.


3. Masalah Engine Frostbite


Developer mengunakan Game Engine dalam proses pembangunan permainan video mereka. Dalam kes ini Game Engine yang digunakan adalah Game Engine Frostbite yang direka khas untuk studio-studio dibawah kendalian EA.




Sumber: PCWorld



EA turut memaksa studio-studio ini mengunakan Frostbite. Malangnya, Frostbite bukanlah Game Engine serba guna seperti yang disangka EA. Walaupun bagus untuk permainan video First Person Shooter (FPS) seperti Call of Duty dan Battlefield, Frostbite merupakan mimpi ngeri bagi developer permainan video RPG.

Apa yang unik, Bioware sendiri secara sukarela mengunakan Frostbite untuk Mass Effect: Andromeda. Keputusan yang akhirnya memakan diri sendiri. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 06:20 PM | Show all posts
Edited by australianass at 24-9-2019 06:21 PM

Get assignment help from Australian assignment. So you can find the best assignment help in Australia.
assignment help sydney, assignment help brisbane, assignment help perth, assignment help melbourne, assignment help adelaide.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.109323 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list