CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47231|Reply: 381

Abby Abadi Tak Sabar Nak Peluk Baby D (update #382)

  [Copy link]
Post time 25-9-2019 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 21-10-2019 05:16 PM

SUAMI kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, memaklumkan, isterinya yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Muhammad Faizal, 45, ketika dihubungi berkata, bayi lelaki yang dilahirkan ketika usia kandungan enam bulan itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.

"Alhamdulillah, Abby dan bayi kami selamat. Bayi kami sekarang ditahan di NICU untuk rawatan lanjut sehingga keadaannya stabil dari segi berat dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro.

Pagi ini, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, dikejarkan ke dewan bedah Hospital Sungai Buloh selepas ditahan sejak empat hari lalu.

"Abby dimasukkan ke wad sejak empat hari lalu untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah. Hari ini, tekanan darahnya naik sehingga bacaannya mencecah 190 dan berlaku pendarahan".

Sumber: Harian Metro

  


24/9/2019:
Pelakon Gerak Khas Abby Abadi ditahan di wad akibat masaalah hipertensi atau dikenali dengan "darah tinggi" (hypertension). Abby meluahkan masaalahnya itu yang katanya berterusan walaupun sudah mengambil ubat.

Abby yang kini hamil 6 bulan melakukan videocall kerana rindu pada anak-anak dan dia merasakan akan ditahan agak lama di hospital.

"Rinduuu la.. tp Mama mcm lama je kena duduk hospital ni.. Tinggi je bacaan darah ni walaupun dah makan ubat mcm2. Canerrr ni?", luah Abby di Instagram.

  



Kategori
Sistolik (mmHg)
Diastolik (mmHg)
Optimum
<120
dan
<80
Klasifikasi untuk tekanan darah (orang dewasa 18 tahun). Diagnosis hipertensi dijalankan berdasarkan purata dua (atau lebih) bacaan yang diambil pada dua (atau lebih) lawatan yang berbeza.
Pra – hipertensif
120-139
dan/atau
80-89
Hipertensif Tahap 1
140-159
dan/atau
90-99
Hipertensif Tahap 2
160-179
dan/atau
100-109
Hipertensif Tahap 3
180
dan/atau
110
*Clinical Practice Guidelines Management of Hypertension (3rd Edition)
Hipertensi merupakan faktor utama bagi penyakit berkaitan salur darah yang terdapat pada jantung, otak dan buah pinggang. Hipertensi boleh menjadi pembunuh senyap sekiranya anda tidak memantau paras tekanan darah anda. Ini juga antara fakta yang dikongsikan oleh Dr. Siti Rahayu Abd Samad dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, ketika program Santai Bersama Persatuan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) di Menara Bank Rakyat, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tanda-tanda kecil penyakit darah tinggi adalah tekanan darah lebih dari 130/80, sakit kepala/leher, masaalah penglihatan (kabur), pening dan hilang keseimbangan, jantung berdegup pantas dan kebas-kebas anggota.

“Ramai di antara golongan muda ini yang tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan mereka. Mereka tidak menjaga pemakanan, tidak mengamalkan senaman dan sentiasa dalam keadaan stres membuatkan kualiti kesihatan merosot,” kata Dr. Siti Rahayu.

Sumber: PORTAL myHEALTH.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 10:41 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh abby
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la ble dh byk usia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Overall condition to begin with pun dah tak berapa kompeten , umur byk, dah ada pre existing penyakit so...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Seksanya mengandung kena lak darah tinggi. Semoga abby Dan kandungan sihat n selamat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:02 AM | Show all posts
sian semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takecare yebbyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tekanan darah tinggi masa mengandung ni memang kena jaga betul2. My mum masa pregnant dengan my youngest brother siap masuk ICU sebab tekanan darah terlalu tinggi. Get well soon Abby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 25-9-2019 11:41 AM
Foxey replied at 25-9-2019 11:34 AM
Tekanan darah tinggi masa mengandung ni memang kena jaga betul2. My mum masa pregnant dengan my youn ...


Rasa cam mana ek? Sorry I maklumlah tak pernah lagi mengandung. Boss I dulu ... lelaki dia rasa sebelah badan kebas  x rasa apa2. lps tu tu dia ckp nk collapse. Satu department panik... pergi Hospital Ampang 3 hari tahan. Sekarang ok tp bawak Grab. X nk kerja dah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya darah tinggi.. tu yg takut.. leh koma..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 25-9-2019 11:36 AM
Rasa cam mana ek? Sorry I maklumlah tak pernah lagi mengandung...


Drh tinggi mcm boleh buat pening kepala sgt2 kot smpai boleh pitam. My mom dlu pnh tgh myapu kt lmn tibah gedebuk jatuh. Bila sdr she ckp tibah xnmpk apa pndangan jd itam trus blackout. And dia pregnant ms tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:46 AM | Show all posts
semoga semuanya dipermudahkan ye hakak yebbi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 25-9-2019 11:40 AM
Drh tinggi mcm boleh buat pening kepala sgt2 kot smpai boleh pitam. My mom dlu pnh tgh myapu kt  ...

Astafirullah.. patutla doktor suruh buat check.. I ni boderline.. risau gak lepas nengok boss I keadaan camtu.. x pernah tengok dia dlm keadaan camtu  phm..doktor dia ckp kalu rebah pecah salur darah tu bahaya.. kena monitor.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:48 AM | Show all posts
umur dah banyak..suami pun ramai..anak pun kena ramai juga la..purata kalau sorang suami 3 anak..so

moga abby cepat sihat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Foxey at 25-9-2019 11:53 AM
BicaraHatiku replied at 25-9-2019 11:36 AM
Rasa cam mana ek? Sorry I maklumlah tak pernah lagi mengandung. Boss I dulu ... lelaki dia rasa  ...


Rasa pening yang amat kot. Sebab dia penah pitam masa raya kat rumah time mengandung adik bongsu fox tu.

Darah tinggi ni pun boleh menyebabkan stroke. Contoh macam boss you rasa tu. My friend pun kena macam tu, stress antara penyebab darah dua naik, and right after dia buat presentation, dia rebah. Sekarang masih rehab.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 25-9-2019 11:46 AM
Astafirullah.. patutla doktor suruh buat check.. I ni boderline.. risau gak lepas nengok boss I ke ...

Drh tinggi bhy chuols. Mmg boleh pening pale n pitam tak jangka. My parents kitorg beli alat utk check drh sndri kt umh n ade jarum gk cucuk jari so check drh kt alat tu.  Kdg ade bcaan rendah kdg ade tinggi dorg skrg dh xtkut utk buat sndri.Depends pd apa yg deme mkn gk. Lg satu my mom klo tlalu byk pikir mslh ank2 n xtidur mlm kompem she kne darah tinggi n pning mlampau boleh pitam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 11:55 AM | Show all posts
aku faham org nak anak byk2 berderet
tapi kena tgk jugak la badan tu
kesihatan diri camna..
dah sakit kan susah

apa2 take care la yebby

subur jugak mcm fasha
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 25-9-2019 11:46 AM
Astafirullah.. patutla doktor suruh buat check.. I ni boderline.. risau gak lepas nengok boss I ke ...

Kalau borderline dah kena start berjaga2. Biasanya doktor akan suruh you monitor your blood pressure at a particular time of the day, for a week or so. Kalau sepanjang tu masih tinggi, dah kena on medication.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 25-9-2019 11:53 AM
Drh tinggi bhy chuols. Mmg boleh pening pale n pitam tak jangka. My parents kitorg beli alat utk c ...

I bacaan 127... oh tidakkk!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 11:57 AM | Show all posts
Foxey replied at 25-9-2019 11:51 AM
Rasa pening yang amat kot. Sebab dia penah pitam masa raya kat rumah time mengandung adik bongsu ...

i dah makan ubat darah tinggi nearly +/-10 tahun years since late 20s

sila lah makan ubat dgn konsisten..
jiran iols umur 30s stroke kot sbb dia xmakan ubat dgn elok konon makan bila pening je
walhal keje KK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074965 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list