CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2758|Reply: 5

20 Tahun Sejak Transcendence, Butterfingers Kini Kembali!

[Copy link]
Post time 25-9-2019 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Apabila bercakap tentang band tempatan, Butterfingers sememangnya bukan satu nama asing bagi penggemar muzik tanah air. Jika negara luar mempunyai Nirvana sebagai simbol kepada muzik bergenre grunge, di Malaysia kita pernah berkesempatan menikmati Butterfingers satu ketika dulu.







Peminat Butterfingers pasti tidak boleh lupa akan suara Emmet menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti Girl Friday dan Faculties of Mind, dan siapa saja boleh melupakan intro ikonik sebelum lagu The Chemistry (Between Us) atau instrumental hebat dari Vio Pipe?

Emmett, vokalis utama Butterfingers telah melanjutkan pelajarannya di Kanada menjelang 2003, sebelum kugiran itu kemudiannya diterajui oleh Loque. Loque membawa Butterfingers kepada satu tahap dan genre yang berbeza, namun mereka akhirnya berpecah secara rasmi pada 2009.





Kredit Foto: Instagram @antiloque





Bersempena ulangtahun ke-20 album Transcedence, Butterfingers kembali untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya dengan barisan yang sama. Acara ini telah diumumkan oleh ahli-ahli Butterfingers sendiri termasuklah Loque dan Emmett di laman sosial mereka sendiri yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 2 November ini.


Tiket mula dijual bermula 19 September 2019 jam 5 petang, melalui laman web Air Asia RedTix, dan bermula dari harga RM115, RM165 dan RM256. Setiap tiket dikategorikan berbeza mengikut harga seperti Mokhsha, Chemistry (Between Us) dan Epitome.





Kredit Foto: Twitter





Jadi, Royal Butters, simpan duit, tanda tarikh tersebut dan bersedialah untuk "memecahkan" Stadium Melawati Shah Alam. Butter late than never! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 06:37 PM | Show all posts
edisi bangkit dari kuburan ke nih? boleh la cuba audition masuk gv7 tahun depan pulak yach
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg Thank youu you for infonya. Zaman kaset ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 07:02 AM | Show all posts
last album 2008  lagu kembali tu. 2009 butterfingers beku sbb emmet pi kanada kerja sana. 2015 baru dia balik msia tapi butter belum ada plan nak aktif balik sbb loque tgah rancak dgn monoloque dia.

semalam update standing ticket dah sold out
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sampai skrg dok layan lagu2 dieorang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 02:35 PM | Show all posts
memula aku ingatkan band omputih.
lps tu aku mcm teringat2 je nama band ni mcm band dlm negara je.
aku scroll ke atas..ye ar band tempatan.

pasti semua dah tua2 kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.334318 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list