View: 2261|Reply: 12
|
[Tempatan]
Kecewa Dengan Keputusan Siasatan, AR Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Ana
[Copy link]
|
|
Pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) menjelaskan dalam satu kenyataan hari ini tentang keputusan siasatan insiden yang melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya.
Kejadian duka tersebut diklasifikasikan sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan. Oleh tu, pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya, dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.
Badul atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, semua ahli keluarganya tidak berpuas hati dengan kronologi sebenar kematian anaknya itu.
“Kalau boleh, (kami) nak macam Adib (prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lepas).
“Saya rasa kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera (Tentera Darat Malaysia). Kami (keluarga) tidak pernah diberitahu secara khusus apa kronologi sebenarnya kematian anak saya. Kami terkilan sebab tidak diberi penerangan lanjut.
Punca kematian tidak diberitahu cuma dikatakan meninggal dunia sebab tertembak. Tertembak di mana, kita tak tahu…tiada khususnya. “Bedah siasat ada dibuat tapi tidak diterangkan. Katanya mati di hospital…kalau mati di situ (lokasi kejadian) pun kita tak tahu,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahlil untuk Mohd Zahir, di sini, malam ini.
Jelas Badul, inkues berkenaan juga dilihat boleh menjawab segala persoalan berkaitan punca sebenar kematian anaknya itu yang sering ditimbulkan dalam kalangan ahli keluarga dan orang awam yang turut ingin tahu mengenai insiden berkenaan.
“Saya minta penerangan (mengenai kronologi kematian) yang jelas. Bagaimana dia kena tembak? Adakah sebab peluru tersasar? Sebab anak saya berdiri tak betul ke? Atau penembak tak konsisten tertembak? Kronologi itu yang kita mahu tahu,” katanya.
Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan insiden kematian pegawai komando itu sebagai satu kemalangan dalam latihan dan keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga Siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil.
Mohd Zahir, 36, merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) itu dilapor meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan pada hari kejadian, 4 Sept lalu.
Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 27-9-2019 09:31 AM
Betul la apa loyer suzana tu cakap ye hujung jd kes terpencil jelaa.
Patutla razahar jerung dah update ig g kubur bagai.
Sebab dah takde kes, btw acik badul inkues tak terpakai untuk kes yg diketahui punca kematian.
Hurm sebelum ni tolak bila ade loyer nak tolong suh buat report bagai kan.
Sedihnya bermatian utk negara masa hidup2 hujung2 mati sebab kes terpencil.
Apabila wang lebih penting drpd maruah. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-9-2019 09:18 AM
Betul la apa loyer suzana tu cakap ye hujung jd kes terpencil jelaa.
Patutla razahar jerung dah upd ...
Kan. Anak2 dah la kecik lagi. Yg dlm perut baru nak jadi embrio pun ade. Korang ingat naik kan pangkat dia, dpt pencen sedap sikit tu boleh bagi deme lege ke |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 27-9-2019 10:05 AM
Kan. Anak2 dah la kecik lagi. Yg dlm perut baru nak jadi embrio pun ade. Korang ingat naik kan pan ...
Gitulaah mestilah nak tutup je kes
family ingat sebab kecuaian udahnya insiden jaaa kes terpencil lak tu.
Gitulaa masa sihat dan hidup mmglaa ok bila terjadi sesuatu gini belum tentu akan ada keadilan yg selayaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi, kenapa keluarga langsung tak diberitahu kronologi siasatan
memang patut la AR Badul berbunyi
senang2 jer cakap kes terpencil |
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah ke nak pegi rumah kuarga dia bgtau kronologi kes. Takyah bgtau depan wartawan la kalo nak elak speculation
Weols sebagai rakyat marhaen opkos la meroyan nak tau citer, tapi kalo weols taktau pun takde affect apa2 pun kat life weols
Yg tak patut tuh korang tak explain perkara sebenonye pun kat waris arwah |
|
|
|
|
|
|
|
kan akk pun ada baca kat fb peguam suzana tu sbb public jer kan fb nya
msa kejadian tu dia nak tlg tp family arwah tak nak kan.skrg ni nak buat
kira terlambat lah sbb pihak atm dah keluarkan keputusan tu.mcm tak leh
diguna pakai dah skrg ni..peguam tu nak tlg kan masa tu ..
|
|
|
|
|
|
|
|
ikanmasin replied at 27-9-2019 12:38 PM
kan akk pun ada baca kat fb peguam suzana tu sbb public jer kan fb nya
msa kejadian tu dia nak tl ...
Yup cuma bekas bini badul ja iaitu mak kandung badul tu ja yg terima nasihat suzana tu, sementelah pacik badul katanya redho aja dengan pemergian anak konon takmo ler perbesarkan kes plus dia pikir loyer nak duit pampasan padahal suzana tu cuma minta depa pi report polis biar polis siasat bagai tapi dah depa tanak nak serahkan ATM uruskan kes ni maka berpuas hati sahaja la dengan jawapan yg diberi.
Ada orang yang arif nak bagi nasihat guaman secara percuma takmo dengar so takleh nak wat pe laah. |
|
|
|
|
|
|
|
oh bekas istri badul yg ok .ye lah peguam tu dah bg nasihat kan.tak kisah
mcm mana situasi pun kene buat report polis dl..dah tak nak dgr nasihat
peguam tu.peguam tu pun tak bole buat apa..dia nak bantu jer takde pun
dia kata nak minta bayaran apa kan.dah keluar keputusan tetiba ada waris
yg menghubungi peguam tu kan.dah tak bole buat apa lah kata peguam tu..
skrg ni pakcik badul nak kecoh2 dah tak guna jg..
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes teoh beng hock....bagaimana keluarga dia dll berjuang berhabis habisan....atas nama 'menuntut keadilan'. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 27-9-2019 10:05 AM
Kan. Anak2 dah la kecik lagi. Yg dlm perut baru nak jadi embrio pun ade. Korang ingat naik kan pan ...
dah gugur pun |
|
|
|
|
|
|
|
ikanmasin replied at 27-9-2019 02:39 PM
oh bekas istri badul yg ok .ye lah peguam tu dah bg nasihat kan.tak kisah
mcm mana situasi pun ke ...
ex wife arwah dah minta tlg suzana..uols p la baca kat fb ujen..macam2 hal dan aib arwah dah terbongkar |
|
|
|
|
|
|
|
baru update semlm kan ..sbb akk follow peguam suzana ni..tq2 bg info
|
|
|
|
|
|
|
| |
|