CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2711|Reply: 27

[Politik] Mahathir Selalu Lupa, Jawatan PM perlu diserahkan pada Anwar Segera sebagai Pers

[Copy link]
Post time 30-9-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jawatan perdana menteri perlu diserahkan kepada Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali.

Katanya, langkah untuk melantik presiden PKR itu sebagai perdana menteri menjelang PRU15 hanya akan 'membunuh' Pakatan Harapan (PH).

“Kalau PRU15 baru nak serah (jawatan PM pada Anwar) itu nak membunuh parti, nak membunuh PH.

"Tak ada masa untuk Anwar berkempen, dia mesti bersedia sekurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperingati 50 tahun Dr Burhanuddin Al-Helmy di Auditorium Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hadir sama dalam majlis itu pakar ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.

Syed Husin berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata mempunyai masa tiga tahun untuk memegang jawatan itu.

Bercakap pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, kelmarin Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan banyak perkara.

Tegas Mahathir, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri sebelum PRU ke-15 akan datang.

'Mahathir selalu lupa'

Mengulas lanjut, Syed Husin yang merupakan bekas timbalan presiden PKR berkata beliau secara peribadi tidak percaya dengan kata-kata perdana menteri ketujuh itu.

“Saya memang tak boleh pegang cakap dia (Mahathir).

“Mahathir ini kadang-kadang dia buat keputusan bersama dengan pimpinan tapi nanti dia akan buat benda lain. Kemudian dia akan kata 'saya lupa'. Bukan Melayu sahaja lupa, Mahathir pun selalu lupa,” katanya.

Mandat kerajaan PH yang memenangi PRU-14 pada 9 Mei tahun lalu akan berlarutan hingga 2023, sekali gus menyaksikan PRU-15 bakal diadakan sebelum itu.

Mengikut konsensus PH sebelum PRU14, Dr Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri dan kemudiannya menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Anwar. Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Dr Mahathir sebelum ini juga pernah menyatakan beliau akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan perdana menteri.

Perjuangan PAS tak sama macam Dr Burhanuddin

Sementara itu, mengulas isu berlainan Syed Husin berkata sifat nasionalisme yang agresif pada Dr Burhanuddin Al-Helmy tiada lagi dalam perjuangan PAS sekarang.

Menurut Syed Husin, perjuangan PAS ketika ini terlalu menjurus kepada pegangan Islam sempit, tidak sepertimana adibawa Burhanuddin ketika memimpin parti itu dahulu.

"Perjuangan PAS sekarang dan dulu, sewaktu zaman Dr Burhanudin lain. Masa dia, ertinya ada progresif, ada sifat nasionalisme yang agresif dan mengiktiraf kedudukan keadilan sosial bagi golongan lain, agama lain, kaum lain dan sebagainya.

"Sekarang berbeza sama sekali, PAS sekarang sifat nasionalisnya kurang, sifat agamanya terlalu sempit, sihat anti kepada golongan bukan islam, bukan melayu kuat," katanya.

Tambah Syed Husin, sifat nasionalisme itu makin memburuk dengan kerjasama politik antara Umno dan PAS.

Dr Burhanuddin menerajui PAS pada tahun 1956 dan digambarkan sebagai seorang yang bersifat “nasionalis radikal dan pemikir Islam”. Beliau juga merupakan bekas Yang Dipertua Agung PAS.

Beliau tidak pernah meletakkan jawatan atau keluar dari PAS walaupun selepas ditahan di bawah ISA pada 28 Januari 1965 hinggalah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts


Heading in that direction inevitably is the scenario

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir masak Kat NY cerita Macam dia hebat sangat nak repair segalanyg Najib buat...padahal Makin teruk ada la...Macam tikus baiki labu...kesian Anwar kalau jadi PM nak betulkan hasil kerja Mahathir Tikus
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak nuar mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 03:10 PM | Show all posts
mimpi la kau semburit.
kalau nak sangat jadi PM, suruh madey bubar parlimen.
tengok orang melayu nak undi kau lagi ker tak next time.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi lambat tun serah tugas lg berkocak kerjasama ph menjelang pru. syukur... dah nampak alamat sepenggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 30-9-2019 03:58 PM
lagi lambat tun serah tugas lg berkocak kerjasama ph menjelang pru. syukur... dah nampak alamat sepe ...

Mahathir sendiri hancurkan Bersatu.

Dan BN takkan jadi parti yang solid lagi Macam dulu.

Dengan kata lain Parti berasaskan Melayu takkan Ada Masa depan cerah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 04:19 PM | Show all posts
Perlu ke kenyataan Syed Husin Ali buka thread hari-hari? rasanya dah ada 3 thread yg sama..

Whatsapp je la ke Tun M.. kata dia perlu lepaskan jawatan PM..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 30-9-2019 03:10 PM
mimpi la kau semburit.
kalau nak sangat jadi PM, suruh madey bubar parlimen.
tengok orang melayu n ...

Mahathir dah terbukti gagal nak tunaikan Manifesto...kenapa nak bagi peluang pada Mahathir????cukup2 la hancurkan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 06:38 PM | Show all posts
pm tepi je la bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Forfoxache at 30-9-2019 07:48 PM

Madey, gila kuasa kejar dunia at 94. Akhirat can wait sampai battery kat jantung expire.. tapi kalau boleh replace ngan battery baru, of course buat.

Malaysia nanti make headlines, “First half human half carcass prime minister in the world”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 30-9-2019 07:47 PM
Madey, gila kuasa kejar dunia at 94. Akhirat can wait sampai battery kat jantung expire.. tapi kalau ...

Hahaha...half carcass..Pemikiran kalau ikut perkembangan semasa Tak pe gak....ni dia Bawa pemikiran kuno zaman British dulu.

YG sokong dia pun jenis2 otak reput
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 30-9-2019 07:59 PM
Hahaha...half carcass..Pemikiran kalau ikut perkembangan semasa Tak pe gak....ni dia Bawa pemikira ...

Dia jer betul. Orang lain semua salah. Dah tahap psychotic senile. Syok sendiri level dewa Kardashan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 30-9-2019 06:30 PM
Mahathir dah terbukti gagal nak tunaikan Manifesto...kenapa nak bagi peluang pada Mahathir????cuku ...

Mader sorang saja ke yg buat kerja? Yang ckp hari ni menang esok harga minyak turun mana pergi? Dah masuk gua Niah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 30-9-2019 11:44 PM
Austronesian replied at 30-9-2019 10:12 PM
Mader sorang saja ke yg buat kerja? Yang ckp hari ni menang esok harga minyak turun mana pergi? Da ...


Sekarang ni siapa ketua Kerajaan tu Anwar ke...pegang jawatan kabinet pun Tak kannn.

Bukan Nya Anwar tu PM nak turunkan harga Minyak bagai.

Patut nya atok tu tunaikan Manifesto yg atok janjikan.

Kalau Rasa x boleh letak je jaWatan secara terhormat....x payah berdalih...dah tua kot...perangai biar la semenggah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Insyaallah minyak 1.50 seliter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2019 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 30-9-2019 08:13 PM
Dia jer betul. Orang lain semua salah. Dah tahap psychotic senile. Syok sendiri level dewa Kardash ...

Itulah pasal...mahathir rasa dia betul aje...bila tegur, habis kita disindir, patronizing attitude tebal sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 12:10 AM | Show all posts
rakyat lebih berminat nak tau bila minyak nak turun RM1.50 dari berita bang non nak naik PM ke 8
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 1-10-2019 12:02 AM
Itulah pasal...mahathir rasa dia betul aje...bila tegur, habis kita disindir, patronizing attitude ...

Tu la...siap meracist...Syed ni pun tahu Mahathir kata dia yg pelupa..padahal Mahathir YG buat2 lupa.  

Manusia YG takda budi bicara Dan Ego adalah Mahathir...dah la buta ekonomi lepastu buat2 pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 1-10-2019 12:11 AM
Tu la...siap meracist...Syed ni pun tahu Mahathir kata dia yg pelupa..padahal Mahathir YG buat2 lu ...

Dia dok jaja dia pandai elak krisis kewangan 97...padahal Korea tu telan ubat pahit, sekarang ni dah jauh tinggalkan kita...

Dah tu suka pula pi menyembah jepun suruh buka kilang di sini...keliling dunia minta support kelapa sawit.

Nampak sgt ekonomi malaysia ni di takuk lama...jadi pengeksport barang tiada nilai tinggi mcm semikonduktor dgn kelapa sawit. Macam mana ringgit nak mengukuh?

At least najib pun ikut perubahan zaman...buat DFTZ..nak hebatkan service industry particularly sektor kewangan, dia buka TRX, buat HSR nak link dgn spore...
Mmg ada harapan jd pendapatan tinggi.

Mahathir? Back to 90s.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.094287 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list