CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6423|Reply: 3

Ultraman Malaysia Sertai Pertarungan Ultra Galaxy

[Copy link]
Post time 1-10-2019 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda tidak tahu, pada 2015 Ultraman Ribut telah membuat kemunculan pertamanya dalam siri kartun tempatan Upin dan Ipin untuk musim ke-8.

Watak ini merupakan hasil kerjasama syarikat Les Copaque sendiri bersama Tsuburaya Production untuk mewujudkan watak Ultraman sebagai salah satu saga dalam Upin dan Ipin.






Pada musim ke-8 Upin dan Ipin, Ultraman Ribut membuat debut pertamanya dalam episod 25, 26 dan 27 di mana adi wira tersebut telah membantu kembar cilik itu menyelamatkan bumi dari ancaman makhluk asing.


Antara kuasa yang dimiliki oleh Ultraman Ribut termasuklah kelajuan luar biasa, kebolehan menempuh pelbagai suhu dan menghasilkan 'Penghadang Ribut' dari tangan kirinya untuk menghalang sebarang serangan dari musuh.





Kredit Gambar: Star2.com





Menurut Malaymail, siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes merupakan sebuah mini-series online untuk ditayangkan di siaran YouTube rasmi Ultraman setiap Ahad, bermula 29 September 2019 dan mempunyai 13 episod secara total.


Siri ini akan dihasilkan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Dikatakan dalam siri ini, kesemua generasi Ultras baru akan bersatu menentang League of Darkness, iaitu sekumpulan bekas-bekas penjahat Ultra sebelum ini yang diketuai sepasang Ultra jahat.







Ultraman Ribut, adiwira Ultra dari Malaysia ini akan menentang penjahat bersama kesemua Ultraman terkenal sebelum ini seperti Ultraman Ginga, Ultraman X dan Ultraman Orb.


Untuk tidak ketinggalan dalam menonton siri ini, jangan lupa subscribe ke laman Youtube Ultraman Official bermula hujung minggu ini.


Ayuh Ultraman Ribut, bangkitlah menentang kejahatan! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2019 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ultramen vokuru - hantu kopek
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:34 AM | Show all posts
wartawan cari ni mmg syarat nk apply kene jadi murid kelas corot ke

nama pun bod movie, yg ko letak utube series kt bod ni dah ngape???
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:57 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052334 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list