CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1473|Reply: 0

Kempen Pink Power Watsons Pupuk Kesedaran Kanser Payudara

[Copy link]
Post time 2-10-2019 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Kempen Pink Power yang dilancarkan Watsons Malaysia adalah satu langkah untuk memupuk kesedaran mengenai barah payudara dalam kalangan wanita.









Kempen hasil usaha sama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) itu juga menggalakkan pemeriksaan berkala bagi pengesanan awal kanser payudara.


Kempen itu berlangsung sepanjang Oktober ini, di mana sebanyak RM1 akan disumbangkan kepada BCWA bagi setiap pembelian jenama produk yang mengambil bahagian bernilai RM50 dan ke atas.








Lebih menarik, pembeli akan menerima baucar bernilai RM10 daripada jenama produk yang mengambil bahagian.


Antara yang terlibat adalah Naturals by Watsons, Pink by Pure Beauty, Betadine, Bio essence, Blackmores, Biore, Cetaphil, Gatsby, Good Virtues Co, Herbal Essences, Hada Labo, Kitsui, Kinohimitsu, Lifebuoy, Loreal Paris, Max Factor X, Maybelline, NH Detoxlim, Nivea, Nutox Stay Young, Nature’ Bounty, Oral B, Rimmel, Shokubutsu, Safi, Sunsilk, Simple, Vantelin, Vaseline dan Wardah.








Reben merah jambu yang merupakan simbol global kesedaran kanser payudara juga boleh didapati dalam bentuk magnet dan boleh dibeli di kedai Watsons terpilih atau dalam talian pada harga RM5.


Pembelian ini secara tidak langsung membolehkan pelanggan mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma serta berpeluang merubah penampilan secara percuma oleh pakar Watsons.




Caryn Loh (lima dari kiri)




Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berharap setiap sumbangan diperoleh menerusi kempen ini dapat membantu persatuan itu meneruskan misinya untuk meningkatkan kualiti hidup wanita yang menghidap kanser payudara.

"Kami berharap kempen ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan dan kanser payu dara," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list